Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

PILIHAN SANG ROMEO....ROMANTIKNYA!!!


Facebook Laughing

Crying Laughter
KIKIKI...MEMANG ROMANTIK....PILIHAN YANG EKSKLUSIF BAGI PASANGAN YG INTIM BERCINTA

PADAN MAKAN NASIK BUNGKUS JERLAH...SAMA MEEHUN GORENG...JANJI KENYANG....
NDAK PILIH-PILIH TEMPAT LAH PULAK....
....KIK KIK KIK....

MAKAN NASI LAUK UDANG MASAK LEMAK CILI API
DAN VAGETABLE SPAGHETI...
MMMM...YUMMY...

BIASALAH BAGI YANG BERKEMAMPUAN...YANG TAK MAMPU....KITA BUNGKUS JER....BELI KAT WARUNG JER..

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Jumaat, 4 April 2014

GST PEROSAK: BUKTI KEGAGALAN KEWANGAN NEGARA







1. Khairi dapat maklumat 'tak cukup masak', Stadium Hoki dalam proses baik pulih

2. Anwar: Kerajaan 'sembunyi' maklumat misteri kehilangan MH370

3. MH370: Najib kecut berhadapan media antarabangsa, imej negara tercalar

4. Isu lukisan Pak Samad jadi iktibar, Kerajaan Negeri akan bayar segera

5. Stadium Hoki Selangor dalam proses baik pulih

6. TAWAS serah sumbangan kepada waris mangsa kelar

7. Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

8. 2,589 pelajar asnaf fakir dan miskin terima bantuan pendidikan LZS

9. LZS terima Zakat Perniagaan RM20.5 juta

10. Penculikan di Sabah, Esscom patut berupaya tangani ekoran perbelanjaan RM200juta

11. Adun Bangi: 'Bangi Selamat' demi kesejahteraan penduduk

12. Gemar bermain catur, sertai kejohanan di Klang Parade


PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Isnin, 18 Mac 2013

MANA HILANGNYA WANG TABUNG BAKUN? - ANWAR

SONY DSC

SARAWAK 18 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kedudukan wang tabung khas Bakun yang dijanjikan kerajaan kepada penduduk sebagai ganti rugi pembinaan Empangan Bakun. Berucap depan kira-kira 3,000 penduduk tempatan di Rumah Badeng, Hulu Rajang, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wang berkenaan perlu diberi kerana ia hak orang Asal.

“Semasa saya Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu buat Empangan Bakun dan meminta saya mempengerusikannya.

“Saya setuju, dengan syarat ganti rugi perlu diberi kepada penduduk melalui pemberian tanah yang sesuai."

“Kemudian kena buat tabung khas dengan pemberian RM5 juta kepada penduduk, saya luluskan. Yang jadi persoalan sekarang, RM5 juta itu langsung tidak diberi."

“Ke mana perginya wang tabung itu? Mana boleh kita sokong kerajaan yang rampas tanah kita sendiri,” katanya disambut sorakan gamat."

Pada ceramah sama, Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit turut menyelar perilaku BN yang giat merampas tanah adat di Bakun."

“Rampasan BN terhadap tanah adat di Hulu Bakun menyebabkan hanya tiga ekar saja yang tinggal."

“Perbuatan memindah dan menyerahkan tanah milik kita kepada syarikat kroni adalah perbuatan kejam."

“Saya gesa, ditubuhkan segera Suruhanjaya Tanah Adat untuk siasat rampasan itu,” katanya."

Pejuang tanah adat tanding kerusi Parlimen Hulu Rajang, Sarawak

SARAWAK 18 MAC: Pejuang tanah adat, Abun Sui Anyit yang terkenal kerana membela rakyat tertindas akibat pembinaan Empangan Bakun, diumum bertanding kerusi Parlimen Hulu Rajang pada PRU 13.



Pengumuman dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Hulu Rajang, malam tadi.

Sorakan gamat kira-kira 3,000 penduduk tempatan mengiringi pengumuman terhadap Abun, seorang peguam yang juga Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang.

“Kita tahu apa yang diusahakan Abun beberapa tahun ini. Beliau banyak berjuang terutama dalam isu Empangan Bakum yang merampas tanah adat orang Asal,” kata Anwar.

Beliau berkata, Abun memperjuang keadilan untuk seluruh penduduk terutama orang Asal di Hulu Rajang yang menjadi mangsa penindasan pemimpin BN.

Hadir sama, Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Ali Biju; Adun Batu Lintang, See Chee How; Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak, Paul Bian dan pimpinan lain.

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Ahad, 17 Februari 2013

PENYELEWENGAN KETENTERAAN YANG SERIUS OLEH UMNO...

IMG_8047

Banyak penyelewengan ketenteraan ‘tiada jawapan’ – Brig Jen (B) Hadi

KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.

Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara.

“Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah.

“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13.

“Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi.

Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007.
“Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar. Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah.

“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu mentero jawab, saya cabar jawab,” katanya.

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Isnin, 27 Ogos 2012

BENARKAH PENGUSAHA BAS TAMAK?


SEORANG penumpang bas ekspres menunjukkan harga tiket bas yang dibeli pada harga RM55.35 untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru semalam.

ADA Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)juga masih tidak jalan penguatkuasaan, atau mungkin tak cukup kakitangan. Namun bila pengguna membuat tafsiran bahawa pengusaha bas mengambil kesempatan dan tamak, maka sudah tentu kesalahan ini 100 peratus diletakkan dibahu pengusaha bas terbabit, kerana dasar customers is always right.

Cetusan fenomena berfikir secara selapis ini wujud kerana kepintaran fakta yang disembunyikan. Namun bila kita ingin menyatakan yang sebenarnya, maka akan muncul pula perkataan ini "...jangan politikkan isu ini...". Inilah modalnya selama berpuluh tahun. Padahal inilah kenyataannya.

Bukan soal politik atau soal parti dalam pentadbiran negara, tapi ini adalah sistem pentadbiran. Jika pengusaha bas mengambil kesempatan menaikkan harga tambang, apakah mereka juga harus dipersalahkan seluruhnya dalam soal ini? Pernah si penuduh berfikir aras sintesis, mengapa terjadi demikian?

Dalam soal ini sikap mengambil untung lebih sudah menjadi kebiasaan bagi peniaga, tidak kira siapa. Wujud sikap sedemikian bersifat global dan natural, tidak mungkin masih ada manusia yang meniaga tapi tak mahu untung. Cuma kadarnya saja yang sering menjadi pertikaian. Melontarkan tuduhan sedemikian amat tidak wajar kerana sistem pentadbiran yang ada sekarang juga tidak kosisten dalam hal ini. Harga barang mentah yang meningkat naik hampir saban bulan dan saban tahun tidak pula menjadi landasan kesedaran pengguna tapi menurutnya saja apa yang kerajaan ingin lakukan.

Minyak naik rakyat senyap, gula naik rakyat senyap, minyak masak naik rakyat senyap, sayur, ikan, ayam daging semuanya melambung. Elektrik melambung, air melambung, tapi semuanya rakyat senyap saja. Road tax kenderaan diesel melambung, harga diesel yang tinggi, road tax motor hanya RM2 tapi insuransnya mahal melambung. Sama saja dengan sistem lama. Inilah yang rakyat gelap mata dan tak nampak.

Coba bezakan harga barang asas ini dengan 50 tahun lalu, paling kurang 30 tahun lalu sebelum Tong Mahathir mentadbir, apa rasanya perbezaan ini? 20 sen pergi sekolah pun sudah cukup. Kini ramai rakyat sudah mula berfikir, malangnya pemikiran mereka hanya setakat menyalahkan sebelah pihak saja. Padahal sebelah pihak lagi yang bertanggungjawab tidak pernah dipersoalkan.

Setiap sesi pembentangan bajet, gah sekali pihak kerajaan mengumumkan konon akan membantu dan membanteras kemiskinan, namun hakikatnya yanhg terjadi adalah tidak semua yang dilaungkan itu ditepati. Bahkan banyak yang akhirnya menjerat batang tengkuk rakyat dalam sindrom hutang budi tergadai bodi.

Pendek kata, rakyat hanya tahu senyap saja, tapi bila gaji naik kerajaan bising, heboh sana sini mencari publisiti murahan, bila tambang kenderaan awam naik pengguna pula bising. Ini sajalah yang rakyat robot di Malaysia ini mampu berfikir. Logiknya lembaga yang bersalah sebenarnya adalah kerajaan yang meninggikan kadar inflasi, "wang seguni mengejar ayam nan seekor".

Kesimpulannya tidak dapat dinafikan selain penguatkuasaan yang gagal dalam soal ini, kerajaan yang ada sekarang terus-terusan membaham rakyat dengan menetapkan harga siling yang sangat tinggi bagi barang kawalan. Kerajaan yang ada sekarang telah gagal menguruskan ekonomi Malaysia dengan baik dan berhemah, sebaliknya hanya melindungi kroni-kroni yang nyata membedal wang rakyat...

JOHOR BAHRU - Situasi terdesak orang ramai yang ingin pulang ke ibu kota pada saat-saat akhir semalam mendorong kebanyakan pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin di sini mengambil kesempatan menjual tiket pada harga yang jauh lebih mahal.

Selepas menerima aduan daripada pengguna, Kosmo! yang membuat tinjauan mendapati ada pengusaha sanggup menjual tiket ke Kuala Lumpur pada harga RM55.

Tidak kurang pula yang menawarkan harga antara RM40 hingga RM35.

Harga asal tiket bas ke ibu kota sebenarnya cuma RM31.20.

"Harga yang saya bagi merupakan harga standard pada musim perayaan, lagi pun hari ini (semalam) adalah hari terakhir orang ramai pulang ke kampung," kata seorang penjual tiket yang memberi alasan punca harga tiket dinaikkan.

Buktinya, wartawan Kosmo! yang cuba membeli tiket semalam terpaksa membayar tiket pada harga RM40 yang asalnya ditawarkan pada harga RM55. - Statement yang kurang cerdik. Inilah sindrom berfikiran selapis yang dilahirkan oleh pendidikan sekular UMNO.

P/S: SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK MEMBUNGKUS KERAJAAN YANG ADA SEKARANG, BERIKAN KEPADA YANG LAYAK DAN JUJUR MENTADBIR...

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Sabtu, 25 Ogos 2012

MYANMAR PATUT DIGANTUNG KEAHLIANNYA DALAM ASEAN - MAPIM

SEBELUM ambil tindakan itu, kerajaan Malaysia juga wajar membentuk pasukan ketenteraan bersekutu untuk menggempur kumpulan penjenayah Rukhine Buddhist. Ajaklah negara Islam lain bergabung dan bantai saja kumpulan terbabit. Buat macam USA dan tentera bersatunya menyerang Iraq.

Apatah lagi askar di Malaysia ini tiada pengalaman berperang, asyik duduk jaga sempadan saja. Jaga rakyat seludup beras 5 kilo, 10 kilo untuk makan bukan untuk jual pun. Jaga orang jual orang, pendatang haram. Itupun bukan semua anggota terlibat. Bila pencen buat tarian bontot. Makan pencen. Derma Hari Pahlawan tiap tahun minta dengan budak sekolah. Berperang belum pernah. Misi bantuan keamanan dunia ada sertai tapi duduk jauh-jauh saja. Israel sergah sikit, mula nak terjun tingkap.

Jika dengan rakyat sendiri berani bukan main, nak lempang orang ni, tampar orang tu, tembak Ibrahim Libya dan Al-Maunah. Maki hamun peserta Bersih, nak lempang Che Gu Bard. Ini sajalah kerja puak-puak ni..

Buat macam Amerika, bila askar dah tak berperang di negara sendiri pergi berperang di negara orang, itu baru pahlawan sejati. Ini seropa makan gaji bota saja, bagi pencen bota, lepah tu duk jaja sana-sini akulah pahlawan tanah air. Pejuang kemerdekaan. Ingat rakyat bodohkah, Malaysia merdeka percuma saja tau...mana ada berperang. Lawan geng komunis sekor dua tulah yang duk canang kepahlawanan pun. Itupun negara dah merdeka dari British dah...

Paling elok hantar saja puak-puak ni pergi berperang di Myanmar sana. Selamatkan umat Islam, korang-korang mati syahid masuk syurga terus, tanpa hisab. Sori ya gua cakap itu ada benarnya jangan marah yea...

Mapim gesa gantung Myanmar dari Asean

MAPIM mendesak agar Malaysia mengambil tindakan tegas menyemak semula kedudukan Myanmar dalam Asean berdasarkan penghapusan etnik Rohingya Muslim yang masih berterusan dilakukan oleh pihak keselamatan yang bersekongkol dengan golongan ekstremis Rakhine Buddhist.

Sehingga ini keganasan , pembunuhan , membakar masjid dan perkampungan Rohingya Muslim di Arakan , Myanmar berterusan walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di negara tersebut. Lebih parah lagi Myanmar menutup sebarang akses media yang bebas serta agensi bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Arakan yang menjadi provinsi Umat Islam Rohingya yang paling ditindas.

Sehingga ini Malaysia masih belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai keganasan ke atas Umat Islam Rohingya Myanmar walaupun suatu ketetapan telah dikeluarkan dalam persidangan OIC di Jeddah baru-baru ini bahawa semua Negara OIC perlu menyemak semula perhubungan diplomatik dengan Myanmar.

Respon Myanmar untuk mengujudkan badan siasatan khas yang dianggotai oleh Rakhine Buddhis yang merupakan seorang pendalang kepada kempen membenci dan melancarkan serangan keatas Rohingya Muslim tidak boleh diterima sebagai tindakan yang positif kerana regim Myanmar jelas cuba bermuslihat untuk mengaburi mata dunia terhadap polisi menghapuskan etnik Rohingya yang maseh kekal.

Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berani atas nama hak kaum minoriti serta hak asasi manusia bahawa jika Myanmar maseh berdegil maka persidangan khas ASEAN perlu diadakan untuk membincangkan usul menggantung keanggotaan Myanmar dalam ASEAN serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara tersebut.

Mapim menegaskan bahawa isu pokok yang perlu ditangani ialah isu penafian hak kerakyatan etnik Rohingya di Myanmar. Isu ini menjadi persoalan yang utama jika isu yang lain hendak diatasi. Bermakna Myanmar tidak mahu menghentikan operasi penghapusan etnik kerana menganggap etnik Rohingya adalah pendatang haram.

Oleh kerana itu Negara anggota Asean dan OIC tidak punya pilihan , selain memberi tekanan politik antarabangsa keatas Myanmar untuk mengubah dasarnya terhadap etnik Rohingya.

Ketetapan di persidangan OIC perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk memastikan sejarah Palestin tidak berulang lagi , yang mana OIC dilihat sebagai badan antarabangsa Umat Islam yang tidak punyai wibawa untuk menekan Israel menghentikan penghapusan etnik Palestin di Tebing Barat dan di Gaza.

*penulis adalah Setiausaha Agong MAPIM
PAKDOE ALLAN

Source: http://

[Baca selanjutnya...]

Khamis, 16 Ogos 2012

KELUHAN HATI SEORANG DOKTOR DI SABAH....BUKAN MACAM KELUHAN HATI DR MAHATHIR AND THE SONS OF SAN MIGUEL...

CERITA ini telah diriwayatkan oleh saudara Sakmongkol. Ini kisah benar diceritakan oleh seorang doktor dari Semenanjung mengenai kemiskinan di Sabah.

Penulis yang melakukan pendedahan itu memulakan:-

*******
Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatannya. Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.

Pengenalan saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuning nya setelah selang satu bulan.

Wanita ini tidak mempunyai wang untuk tambang teksi. Dia telah menunggu masa salama 1 bulan mengumpul wang. Dengan menjual ayam ayam peliharaan nya dia dapat cukup RM50 membayar teksi ke Kota Marudu Hospital. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu untuk sampai ke bahu jalan mendapatkan teksi.

Sebagai seoarang yang lahir dan dibesarkan di Semenanjung, saya amat terkejut. Bila wanita ini sampai, dia berada dalam keadaan keracunan atau septic dan mempunyai batu karang dalam saluran bile nya( gallstone in her bile duct). Batu karang tersebut di buang tapi masa yang sama, saya dapati wanita ini mempunyai masaalah jantung yang memerlukan suatu pacemaker. Kami telah mengusahakan supaya dia mendapatkan suatu pacemaker tapi dia telah enggan menerima pacemaker tersebut.

Apabila saya mendesak mengapa dia enggan, wanita ini membertahu saya bahawa dia tidak mampu untuk membeli bateri pacemaker. Ayam2 nya semua nya sudah dijual. Sebaik sahaja saya menerangkan bahawa bateri yang ada pada pacemaker boleh bertahan untuk beberapa tahun, barulah dia bersetuju memasang pacemaker tersebut.

Bandar Ranau sendiri mempunyai rangkaian jalan yang baik dan terletak hampir dengan lebuh raya antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Bandar ini telah membangun kerana ada lombong tembaga Mamut( mamut copper mines). Tapi kita mesti sedar, apabila saya sebut rangkaian jalan ianya ialah jalan dua hala yang selalu mengalami tanah runtuh dan penuh dengan lobang lobang besar. Perjalanan dari Ranau melalui jalan seperti ini mengambil masa selama 2 jam untuk ke Kota Kinabalu.

Keluar sahaja bandar Ranau, pengangkutan dan hubungan jalan menjadi masaalah besar kerana jalan tar tiba2 menjadi jalan tanah dan batu atau jalan2 lori balak. Sesiapa yang pernah berkerja di Sabah akan mempunyai cerita yang sama yakni mengenai kemiskinan yang amat dasyat dan sistem pengangkutan dan hubungan jalan yang amat buruk.

Selama 2 tahun saya diRanau, saya telah melihat hampir kesemua nya. Pesakit dengan celebral malaria, suatu penyakit yang hampir tidak terdengar di Semenanjung. Pesakit penyakit ini datang ke hospital setelah 48 jam dari tempat2 seperti Kaingaran and Karagasan, dimana saudara mara mereka terpaksa menolak taxi sapu atas jalan yang berlumpur, berbelanja RM50 kalau ianya musim hujan. RM50 sama dengan gaji selama 2 bulan walaupun ketika itu harga petroliam pada waktu itu hanya RM1.20/litre di Ranau.
Keadaan pesakit terpaksa menangguhkan rawatan keatas penyakit yang membahayakan nyawa kerana jambatan runtuh . rawatan kecemasan seperti pembedahan caesarian , appendix bahkan termasuk juga kandungan songsang atau ectopic pregnancies terpaksa dilakukan dalam hospital kami oleh Medical Officer yang hanya mempunyai pengalaman 4 bulan housemanship.

Rawatan perubatan kecemasan seperti serangan jantung atau myocardial infarctions, yang kalau di Semenanjung akan dilakukan di bahagian Coronary Care Unit terpaksa dilakukan oleh hospital daerah. Akan tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kerana kakitangan saya di hospital tersebut adalah pasukan yang terbaik yang saya rasa bangga berkerja dengan mereka. Mereka adalah perkerja yang penuh dedikasi yang komited terhadap membaiki taraf kehidupan pesakit2 mereka.

sistem pengangkutan jalan yang teruk bukan sahaja memburukkan keadaan kesihatan tapi juga menyusahkan rakyat mengangkut hasil mahsul mereka ke pasaran. System pengangkutan menyebabkan rakyat sabah terperangkap dalam kitaran kemiskinan.

Suka atau tidak, terpaksalah mereka menjual hasil mahsul mereka kepada orang tengah . hasilan mereka dijual dipasar tamu untuk memberi mereka pulangan RM 20-RM 50. Orang2 kampung juga dieksploitasi oleh penjual2 kain jalanan yang kebanyakan nya terdiri dari warga asing. Penjual kain jalanan ini akan menawarkan skim bayaran ansuran dan apabila tidak boleh bayar dan faedah kepada pembelian itu meningkat, ramailah orang kampong membenarkan anak gadis mereka berkahwin dengan penjual2 kain yang kebanyakan mereka mempunyai isteri di Pakistan.

Satu daripada kes yang saya tidak boleh lupa melibatkan kes sebuah keluarga yang datang ke Hospital Ranau. Ianya kes suatu kelgara yang hampir kebulur yang terpaksa memakan telur katak puru yang mengakibatkan fatality. Keluaga ini tidak ada makanan kerana tanaman mereka rosak dan mereka tidak dapat membeli makanan. Oleh kerana terlalu lapar, sibapa telah memberikan kepada anak anak nya telur katak puru. Bila mereka sampai ke wad kecemasan, satu daripada anak meninggal dunia dan 2 lagi meninggal setelah 10 minit tiba di wad kami kerana keracunan telur katak puru tadi.
Pendidikan merupakan suatu lagi masaalah di beberapa tempat yang berada diluar Kota KInabalu. Ramai anak2 Sabah tidak mampu pergi ke sekolah. Ramai dari pesakit saya tinggal di luar Ranau dan bernasib baiklah jika mereka mendapat pembelajaran yang paling asas. Kebanyakan mereka berkahwin dalam umur belasan tahun.

Saya bertemu dengan kes gadis2 berumur 14 tahun yang melahirkan anak dan mereka tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Pendidikan mereka amat rendah menyebabkan mereka memberi bayi2 mereka meminum susu kondens kerana menyangkakan susu tersebut lebih baik dari susu ibu.

Tapi matlamat asas ialah semua ibu2 ini mahukan yang terbaik untuk bayi2 dan anak2 mereka. Tahap pendidikan yang rendah menyekat mereka dari melakukan nya. Bandar2 utama di Sabah mempunyai bekalan letrik dari Perbadanan Elektrik Sabah. Namun, kampong di pendalaman hanya mengunakan generator disel, lilin atau pelita bila waktu malam.

Bagaimana anak2 Sabah mahu belajar dalam keadaan demikian?
Saya sendiri terpaksa belajar bahasa orang Dusun untuk berkomunikasi kerana pesakit2 tidak tahu berbahasa lain. 45 tahun setelah Malaysia ditubuhkan, janji suatu kehidupan yang baik untuk rakyat miskin terdiri dari orang Dusun, Murut dan Rungus dalam daerah Sabah hanya merupakan janji kosong. Bagaimana pemimpin politik kita berbohong telah membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Sabah sedangkan sebahagian besar rakyat Sabah masih memakai t- shirt yang murah dan topi yang di beri percuma oleh BN beberapa tahun yang lampau?

Mana mungkin saya tergamak untuk menyatakan saya bangga dengan Putrajaya yang indah dengan jambatan cantik dan tiang lampu yang ornate dan bangga dengan menara kembar Petronas, ketika warga Malaysia di Sabah menderita dan terbiar?

Kitaran dan kedaaan kemiskinan di daerah2 Sabah sungguh menyayat hati dan menghancurleburkan perasaan kita. Pembasmian kemiskinan mesti menangani isiu2 besar seperi tahap pembelajaran dan pendidikan dan system perhubungan jalan dan pengangkutan dan bukan penyampaian bantuan kepada rakyat.

Istiharlah 16 September sebagai cuti awam, tapi tolonglah ingat bahawa dalam konteks nyata, kita telah berjanji keada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kita akan melayani mereka sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. berikan mereka kemajuan dan pembangunan yang telah lama kita nafikan.

Berhentilah berlagak pemberi yang murah hati sedangkan kemajuan dan pembangunan asas dilupakan.Tepailah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai hiasan billboards.
Tamat Keluhan sang doktor. *******

P/S: INILAH KITARAN HIDUP RAKYAT SABAH YANG MAHUKAN PEMBANGUNAN TAPI UNDI UMNO, YANG KAYA HANYA TIGA EKOR MENTERINYA DI SANA MUSA AMAN, ANIFAH AMAN, DAN SHAFIE APDAL...RAKYAT MARHAEN TERUS MENDERITA KERANA JANJI TIDAK DITEPATI...YANG PALING SEDIH IALAH UMNO MENIPU RAKYAT DI MANA-MANA...

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Isnin, 6 Ogos 2012

PEMIMPIN UMNO YANG TIDAK BERHEMAT...BOROS!!

'Kerajaan sekarang hanya memikirkan wang yang perlu dibelanjakan semaksima mungkin asalkan sokongan undi rakyat diperolehi. Kegelojohan pemimpin kerajaan menghamburkan wang tanpa melihat implikasi jangka panjang akan benar-benar mendedahkan negara kepada keadaan muflis'.

Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut kerajaan segera laksana sistem ekonomi Islam yang menekankan persoalan keadilan sosial dan perbelanjaan yang berhemat.

Dengan meneliti pelbagai ketirisan wang nergara yang sangat tinggi melalui amalan rasuah, mengelak membayar cukai, perbelanjaan kepada projek mega yang tidak perlu dan bukan keperluan sebenar, kaedah perbelanjaaan yang sering tidak mengikut tatacara kewangan negara, anugerah tender yang tidak telus dan tidak memenuhi syarat yang sepatutnya, menuntut suatu pengurusan sistem ekonomi yang lebih terkawal, berhemat dan mengutamakan perbelanjaaan yang perlu sahaja dilaksanakan di negara ini.

Jelas kerajaan sekarang bukan lagi menjadi pengurus wang negara yang baik bila tahap hutang negara yang melonjak tinggi kepada lebih RM456 bilion manakala pengaliran wang haram mencecah RM1 trilion.

Peningkatan hutang kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa amalan pengurusan kewangan mengikut sistem ekonomi sekarang sangat tidak mapan malah bergerak ke arah krisis yang merbahaya.

Kebergantungan perbelanjaan negara kepada wang petroleum Petronas juga sangat tidak mapan kerana ia akan menyebabkan kewangan negara akan sentiasa bergantung kepada sumber yang tidak kekal dan tidak berkelanjutan.

Anehnya pendapatan negara hanya meningkat pada kadar yang rendah walaupun wang petroleum diguna semaksimanya.

Kini didapati Perdana Menteri ghairah mengumumkan peruntukan di hampir semua acara Perhimpunan Rakyat. Setiap kali beliau berucap jutaan peruntukkan diumumkan. Apakah perbelanjaaan itu munasabah dan memenuhi keperluan yang sebenar, tidak dipedulikan.

Sistem ekonomi Islam adalah satu-satunya jalan alternatif yang mempunyai sistem yang mempunyai prinsip dan kaedah pengurusan kewangan yang cukup berdisiplin sekaligus pendidikan gaya hidup yang mapan di kalangan dirakyat.

Sistem ekonomi yang ada sekarang sangat rapuh kerana ia tidak memberi perhatian kepada elemen keadilan sosial dalam erti kata sebenar dan menggalakkan budaya perbelanjaaan membazir. Sistem yang dilaksana sekarang jauh dari mengutamakan perbelanjaaan yang memelihara keutuhan kerohanian rakyat.

Malah sistem ekonomi yang ada sekarang amat esploitatif dan tidak mengendahkan keperluan masa depan.

Mapim berpendapat aspek kepimpinan ekonomi yang ada sekarang menjadi faktor utama kepada ssitem ekonomi menjurus kepada kebankrapan.

Kerajaan sekarang hanya memikirkan wang yang perlu dibelanjakan semaksima mungkin asalkan sokongan undi rakyat diperolehi. Kegelojohan pemimpin kerajaan menghamburkan wang tanpa melihat implikasi jangka panjang akan benar-benar mendedahkan negara kepada keadaan muflis.

Namun dalam proses itu ketirisan tetap berlaku bila wang yang sebegitu tinggi mengalir kepada kroni yang membolot kekayaan dengan lumayan.

Pengurusan kewangan dalam ekonomi yang dilaksanakan selama ini mendedahkan negara kepada krisis ekonomi yang parah bila etika dan tatacara perbelanjaan kewangan yang betul tidak dipelihara.

Sesungguhnya Mapim meneliti bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak mempunyai disiplin perbelanjaan yang dapat menyelamatkan negara dari menuju kepada krisis seperti yang berlaku di Eropah.

Sangat jelas semua tanda perbelanjaan negara kini sudah tidak memperdulikan kesan jangka panjang yang akan ditanggung oleh rakyat. Dengan negara menduduki tangga ke 5 dalam isu pengaliran wang haram di dunia, dengan mengekalkan sistem ekonomi yang ada, pastikan akan meletakkan negara sebagai negara yang bakal berhadapan dengan isu muflis.

Mapim menyarankan agar sistem ekonomi Islam berdasarkan syariat dilaksanakan secara menyeluruh bukan sahaja dalam sistem kewangan dan perbankan tetapi dalam seluruh dasar negara.

Penerapan disiplin kewangan dalam Islam hendaklah dilaksanakan dalam semua tatacara perbelanjaan agensi kerajaan, manakala Islamisasi ekonomi mikro dan makro perlu segera dilaksanakan.

-Penulis ialah Setiausaha Agung Mapim- Mohd Azmi Abdul Hamid


PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Ahad, 5 Ogos 2012

DATUK MUSTAPA MOHAMED AHLI NUJUM UMNO...TERKEBIL-KEBIL BIJI MATA...!!!

AHLI Nujum UMNO, inilah selayaknya gelaran yang wajar diberikan kepada pengerusi badan perhubungan UMNO negeri Kelantan ini. Sebelum ini bercadang untuk mendapat jawatan yang lebih besar, sanggup menjaja hak milik rakyat Kelantan dengan menghebohkan bahawa Kelantan tidak layak dapat 'royalti' minyak sebab ia bukan dalam kawasan Kelantan.

Tetiba, bila Najib terbuka hati mungkin dapat merasakan kesan oleh doa seorang tok guru untuk mendapatkan semula hak milik wajar negeri Kelantan. Najib panas 'bontot', dan mula bermain wayang...konon untuk meluluskan pemberian royalti kepada Kelantan dengan syarat Kelantan diperintah oleh UMNO!!! Kah kah kah...

Syarat gila babi ini datangnya dari mesyuarat khas yang diadakan dalam majlis tertinggi UMNO, Najib terpaksa bergegas ke Kelantan untuk mendengar taklimat dari barua-baruanya di sana. Ku Li sebelum ini lantang menentang penafian hak rakyat Kelantan terhadap hasil petroleum itu. UMNO buat tidak endah saja, kini Ahli Nujum UMNO terkebil-kebil biji mata dan terpaksa buat konar leper U-TURN untuk menyokong apa-apa tindakan yang dibuat Najib. Jika Najib tak setuju, maka Ahli Nujum inilah yang akan canang ke seluruh negeri. Pendek kata kalau Najib suruh makan tahit pun maka Ahli Nujum UMNO ini sanggup berbuat demikian untuk mencari mandat mendapatkan title Menteri Besar Kelantan, andai UMNO dapat merampas Kelantan. Sekali gus menpis saingan terdekat Awang Adek yang 'berak tak basuh' dan takut berdepan rakyat mengenai skandal rasuahnya.

Sikap flip-flop antara kepala UMNO dan abdinya ini dalam isu nak bagi royalti kepada Kelantan semakin diautar, semakin banyak putar belitnya. Sekali begini dan sekali begitu...last sekali tinggal tahit jugalah...

Dulu Tok Pa ni kata royalti minyak Kelantan tidak layak kerana pakar perundangan telah pun mengesahkan bahawa telaga minyak yang ada di Kelantan itu adalah terletak di perairan antarabangsa. Niat jahat Tok Pa ini nampak jelas bila hari ini beliau mengatakan yang sebaliknya pula. Serta-merta tukar pendirian, mengapa dulu beliau tidak berkata demikian?

Tambahan pula bila Najib tanpa segan silu sound kepada rakyat Kelantan petang tadi di Bachok bahawa selama ini beliau tidak pernah kencing rakyat Kelantan, satu tong minyak pun dia tak makan. Siapa yang makan minyak wahai Najib autar...?

Sungguh berbulu mendengar jeritan Najib yang seolah tidak tahu kepala ekor, rakyat yang hadir bukan nak dengar ceramah Najib tapi nak buka posa free saja...jangan nak bodohkan rakyatlah Najib, cukup-cukup sudah pembohongan dan janji yang ditaburi ini. Najib tidak mungkin mengotakan janji ini. Jika Kelantan diberi royalti, maka jelaslah pentadbiran PAS juga akan bertambah baik, pembangunan dan kemajuan akan pesat membangun di Kelantan. Akhirnya rakyat akan tetap setia kepada PAS...!!!

Tapi kiranya ini adalah buah kilas dari UMNO maka tunggulah...mungkinkah PAS bakal tersungkur di Kelantan? Dek gara-gara kroni PAS pula yang berebut projek lantaran wang yang ditaburi terlalu banyak dan melimpah? Mampukah PAS menyeimbangkan antara pembangunan negeri demi rakyat atau demi pemimpin sebagaimana yang berlaku dalam UMNO sebelum ini?

Admin pernah bercerita sebelum ini akan topik ini, benar sekali...klik sini

SELAMAT BERSAHUR...!!!

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Isnin, 25 Jun 2012

HARGA MINYAK DI MALAYSIA BERBANDING NEGARA PENGELUAR YANG LAIN...

INILAH senarai harga minyak terkini di negara-negara pengeluar minyak dunia. Malangnya, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak tapi rakyatnya menikmati harga yang paling tinggi sekali...saudara bolehlah buat tanggapan sendiri betapa rakyat kita dijadikan korban kerajaan BN....Hasil minyaknya pula entah kemana di belanjakannya, pendidikan nak kena bayar, PTPTN nak kena bayar, cukai jalan, saman, dan berbagai lagi semuanya nak kena bayar kepada kerajaan.

Tapi siapa kerajaan sebenarnya? Rakyat ker? Tidak! Rakyat hanyalah hamba tapi Najib, Muhyiddin dan Nazri Aziz saja kerajaan Malaysia. Manakala penjilat najisnya adalah para menteri Barisan Nasional. INILAH istilah kerajaan di Malaysia rakyat tetap hamba...Hamba yang bodoh...kata Tun Mahathir...dan haram jadah kata Najib. Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang pilih PAKATAN RAKYAT saja...lain suma NGOK!!!





PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Rabu, 4 April 2012

PENTADBIRAN NAJIB HANYA MENAMBAH BEBAN HUTANG NEGARA

MENURUT sumber beban hutan negara kini pada paras tertinggi dan boleh menyebabkan negara mengalami kebankrapan. Subki Latiff dalam tulisannya telah membuat pengakuan tersebut berdasarkan fakta yang jelas. Dalam masa dua tahun negara akan muflis.

Ketika Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia ialah RM466 bilion.

Dalam Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di Kajang hujung Mac lalu, Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah melebihi RM700 bilion sekarang.

Apa yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh pentadbiran Najib dan dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga tidak akan dinafikan.

Dengan demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion.

Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000.

Bagi warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang. Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya.

Tetapi bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik saja menyedut udara dunia, dia telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah dalam pentadbiran Najib yang boros itu.

Jika dalam masa dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin ssebelum tahun 2020 hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang.

Ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang terjadi ialah rakyat berhutang tinggi.


Ada pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang ditohmah lemah terutama oleh Dr. Mahathir adalah sekitar lebih dari RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah.

Tetapi sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di bawah Najib.

Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion.

Angka RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion, maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi – tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal masuk ke gear ajaib.

Kita sedang dikelamkabutkan oleh Ireland yang tiba-tiba bankrap. Sekonyong-konyong Greece juga bankrap. Perdana Menterinya terpaksa bertukar. Perdana Menteri Itali juga bertukar atas sebab yang sama. Berita celaka itu juga sudah melanda Sepanyol dan Pertugal.

Pertukaran Perdana Menteri Greece dan Itali belum menjamin negara itu keluar dari alam muflis. Seluruh Menteri Kewangan negara Eropah bersidang beberapa kali bagi menyelesaikan kepapaan Greece dan beberapa negara Eropah itu, belum nampak jalan keluar.

Malaysia sudah dekat ke ambang itu. Tan Sri Idris Jala telah meramalkan Malaysia akan bankrap tahu 2019 jika subsidi kepada rakyat tidak dipotong. Sekarang Dr. Anuar pula seolah-olah mengesahkan apa yang pernah dibimbangkan oleh Idris Jala.

Dalam masa tiga tahun pentadbiran Najib ternyata transformasinya tidak membawa apa-apa keajaiban, bahkan negara bertambah dekat ke alam bankrap.

Katanya, dia tidak membuat janji kosong. Lidah memang tidak bertulang. Dia boleh berkata apa-apa tetapi bagi orang Terengganu janjinya adalah lebong. Lebong itu tidak berisi.

Jika pentadbirannya disambung selepas PRU13, sekalian rakyat akan terjun ke gaung.


PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Rabu, 28 Disember 2011

HONDA LUPUS KERETA KENA BANJIR

PIHAK media melihat proses pemusnahan kenderaan Honda yang rosak akibat banjir di Thailand.

SEORANG petugas Honda berjalan dekat deretan kenderaan yang rosak selepas dilanda banjir di Thailand.

BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.

Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.

Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.

“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP


 

[Baca selanjutnya...]

Ahad, 25 Disember 2011

KETUA POLIS KELANTAN USAH KACAU KEHIDUPAN TRADISI RAKYAT KELANTAN

PEKAN Mundok yang terletak di seberang Bukit Lata Pasir Mas menjadi tumpuan ramai warga Kelantan membeli barangan yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Kunjungan ke Mundok di Thailand ini pada dasarnya telah menjadi tradisi dan kegemaran bagi warga ini sejak dari dahulu kala lagi.

Sebarang halangan dari pihak berkuasa polis hanya menyebabkan penduduk Kelantan resah dan gelisah untuk mendapatkan barangan murah di sana. Keadaan ini bukan memberi kesejahteraan rakyat tetapi hanya lebih kepada mencari publisiti murahan dan mendapat nama saja.

Mundok sangat terkenal dalam kalangan warga Kelantan, Mengapa ia mesti disekat dan dihalang dengan berbagai undang-undang baru pihak berkuasa?

Sebarang tindakan yang menyusahkan rakyat tidak harus dilakukan oleh pihak tertentu demi konon atas nama keselamatan kerana kenyataannya perkara ini telah lama berlaku di sini.

Penduduk di Rantau Panjang meredah Sungai Golok untuk ke pekan Mundok, Thailand semalam.


RANTAU PANJANG - Pekan Mundok, Thailand terus mencuri perhatian penduduk di sini untuk membeli barangan pada harga murah apabila kira-kira 5,000 orang sanggup bergadai nyawa ke pekan tersebut dengan menyeberangi Sungai Golok setiap minggu.

Sebahagian besar mereka bertindak demikian menerusi pangkalan haram Bukit Lata di sini dengan menaiki sampan tidak berlesen dan tanpa jaket keselamatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar undang-undang.

Antara barangan murah di pekan Mundok yang menjadi tumpuan ialah pelbagai jenis makanan, pakaian, buah-buahan, barangan elektrik dan kelengkapan dapur.

"Saya akan mengadakan perbincangan bersama agensi tertentu seperti Jabatan Imigresen, kastam, tentera dan kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini,'' katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sempadan di sini semalam.

P/S: Sepatutnya bukan dihalang tapi dibantu oleh pihak berkuasa, inilah khidmat yang ditagih oleh rakyat Kelantan terhadap pihak berkuasa seperti polis.

[Baca selanjutnya...]
Previous Home
hostgator coupon code