Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2015

PERBEZAAN ANTARA GOOGLE DAN FACEBOOK



Google and Facebook are two of the biggest and best known technology companies you can work for in Silicon Valley.

Each company is known for their perks and giant sprawling campuses, but, as it turns out, the culture in each company is actually quite different.

Paul Adams, the vice president of product at Intercom, worked at Google for three years between 2007 and 2010 before leaving for Facebook, where he worked between 2011 and 2013.

There are some similarities between Google and Facebook — they’re both technology companies that build products to help people communicate with one another and easily find information.

But they think in completely different ways, says Adams.

“So the biggest difference for me was that Google is very much engineering driven — solving hard engineering technology problems — whereas Facebook was a means to an end,” Adams told Business Insider. “They are very much more a social psychology company, trying to build richer ways for people to communicate.”

Yes, Facebook has made some “phenomenal engineering accomplishments” according to Adams, but that’s not Facebook’s mission, he says.

“[The] things that they talk about and get excited about often are around human communication and the psychology of it,” he said.

Facebook, for example, would think about how people communicate in the way that a social psychology class might:

“You often think about villages or communities or towns from a 100 years ago, where things are very small and gossip spreads fast,” Adams said. “And everyone knew everyone else, people left the doors unlocked at night, and talk about that and how life has changed and then try and figure out what that means for Facebook. Like, what does it mean to create that sense of community using a technology like Facebook?”

That is not how Google views communication, according to Adams, who helped invent the Circles concept that became one of the core features for Google+. The conversations at Google surrounding Google+ involved figuring out what type of algorithms and rankings.

“People are thinking, ‘How do we get our content in the stream? Rank the stream? Have an algorithm for the stream?’” Adams said. “Whereas, the kind of conversations I had at Facebook a whole bunch of times around Newsfeed, which is the same thing, were much different.”

Since Adams left Facebook for Intercom in May 2013, the social network furthered its big push into mobile by beefing up its Messenger platform and acquiring companies like WhatsApp. Last month, Facebook expanded Messenger into a platform that lets its users interact with businesses too, by being able to monitor things like package-tracking numbers for shipping companies directly from the chat app.

Intercom is launching a new product in the same category called Acquire — a live chat tool that makes it easier for businesses to chat with customers directly through their website.

Messaging and social networks, according to Adams, were in Facebook’s DNA from the beginning, while they were a separate initiative at Google.

“One of the arguments that I used to make a lot at Google is that ‘Social’ is not a thing,” Adams said. “Human beings are social. We are just social creatures. It’s part and parcel of what we do.”

Facebook Laughing

READ MORE

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Sabtu, 5 April 2014

MH370 [ANWAR IBRAHIM]: PERTARUHKAN INTERGRITI NEGARA SEBAB KELEMAHAN PERDANA MENTERINYA



SANGAT MEMALUKAN BILA PM MALAYSIA TIDAK BERANI BERDEPAN DENGAN MEDIA ANTARABANGSA KETIKA MELAWAT AUSTRALIA....MENGAPA MESTI TAKUT??

*HILANG TAK TERKATA.....HUHH!!!



PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Selasa, 25 Mac 2014

MH370......GOOD NITE....!!!

EMAIL ME PLEASE SIS IF YOU READ THIS...

~Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.~
(Al Hujaraat:6)
----------------------------------------------------
~O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done.~
===========================
APAKAH BUKTINYA?
SIASAT LAH LAGI.....
KAMI MASIH TAK BERPUAS HATI...
YA ALLAH BANTULAH KAMI MENEMUINYA...

PEACE :'(

By Pakdoe Allan

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Jumaat, 5 Julai 2013

ALASAN MORSI DIJATUHKAN DAN PENDIRIAN MALAYSIA...SUNGGUH MENYEDIHKAN...



[Video] Inilah alasan mengapa 'Mereka' ingin sekali menjatuhkan Muhammad Mursi, Presiden Mesir yg terpilih melalui pemilu. Karena : Muhammad Mursi ingin membebaskan Gaza, Palestina, dari Israel. Dan faktanya, Muhammad Mursi adalah seorang hafizh Qur'an.

KEBANGSATAN APAKAH INI??

Media malaysia!

● sudah berapa tahun morsi memerintah mesir secara "kuku besi" sehingga korg gelarkan dia diktator??

● berapa ramaikah pimpinan penentangnya yg dipenjarakan secara tidak sah semata2 nak tutup pintu2 pemberontakan terhadap kerajaannya??

● berapa ramai pemimpin dan rakyat mesir yg MATI DIBUNUH semata2 hendak mengekalkan pengaruhnya??

● berapa ramai lagi yg diseksa dengan kejam semata2 tidak sebulu dengan pendiriannya??

● berbillionkah harta yg telah dikumpul morsi sepanjang menjadi "diktator mesir"??

★ MEDIA MALAYSIA MEMANG BANGSAT!

Wahai ulama2 suuk!

● kenapa korg hanya membisu mcm org bodoh dan baghal bilamana pimpinan kerajaan yg mahukan Islam dipijak2 begini?

● kenapa kamu tergamak menyebelahi puak2 taghut ini??

★ NAMPAKNYA BUKU2 YG KORG TELAAH ITU LEBIH TEBAL DRPD IMAN KORG!

wahai kerajaan malaysia!

● kenapa korg membisu??

● kenapa korg seolah2 membenarkan perbuatan khianat ini??

★ LAKNAT ALLAH TERHADAP SEGALA PUAK YG MENJATUH DAN MENYOKONG KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM MESIR!



Syeikh Arafy masih lagi terkejut dengan kejatuhan Dr. Mohammed Morsi sebagai Presiden Mesir. Beliau berkata, "Inilah kali pertama pemimpin yang menghafal kesemua 30 juzu' Al-Quran ditolak dan digantikan dengan seorang penyokong Yahudi." Beliau juga berkata ini adalah satu hinaan kepada umat Islam sendiri kerana mereka [tentera Mesir] lebih patuh pada arahan Yahudi berbanding Presiden mereka sendiri.

DI MESIR RAKYATNYA MENOLAK PEMIMPIN YANG HAFIZ 30 JUZUK AL QURAN....DI MALAYSIA RAKYATNYA MENGAGUNGKAN PEMIMPIN YANG PAKAI RANTAI EMAS DI LEHER...SO TIADA BEZANYA...MESIR SOKONG YAHUDI....MALAYSIA SOKONG APA?





APALAH BEZANYA...ANTARA YAHUDI DAN UMNO???

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Selasa, 4 Jun 2013

INILAH SEJARAH MUSTAFA KEMAL ARTATURK-MAYATNYA SANGAT HEBAT...

HINGGA bumi tidak menerimanya. Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Uthmaniyyah. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, Beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'. Selepas menjatuhkan khalifah, Kemel Ataturk telah melaksanakan polisi kebangsaan melampau dan sistem sekular. Beberapa perkara yang dijalankan semasa pemerintahannya seperti azan hanya dalam bahasa turki dan tulisan arab ditukarkan ke latin agar generasi turki akan datang tidak akan mengenal hukum Islam. Di sini ramai yang menggelarnya sebagai KAMAL ARTATURK.

Nama penuhnya Gazi Mustafa Kemal Pasha, beliau adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934.

PENDEK KATA:

Siapa tidak kenal akan beliau, tapi apakah ceritanya yang hebat?

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na'udzubillahi min zaalik....

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

IBU BAYI YANG DIPAM KE MANGKUK TANDAS DIKENAL PASTI...


Beijing – Identiti ibu kepada bayi malang yang dibuang dalam saluran paip kumbahan di sebuah pangsapuri di sini, akhirnya terbongkar. Rupa-rupanya dia adalah individu yang memerhatikan secara diam-diam bagaimanapun bayi itu diselamatkan.

Wanita yang berusia 22 tahun dan belum berkahwin itu hanya membuat pengakuan selepas pihak berkuasa menggeledah pangsapurinya dan menemui mainan serta tisu tandas yang dipenuhi darah.

Suspek dilaporkan menyembunyikan kandungannya itu selepas gagal menggugurkannya dan telah melahirkan bayi tersebut secara rahsia.

“Wanita itu mendakwa bayi tersebut telah terjatuh ke dalam bilik tandas selepas melahirkan anaknya secara tidak sengaja di dalam tandas. Dia berada di kawasan berkenaan ketika pasukan penyelamat cuba menyelamatkan bayi berkenaan dan hanya mengaku itu adalah bayinya selepas disoal siasat.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan menyiasat sama ada dia mempunyai niat jahat, sebelum membuat pendakwaan ke atasnya,’’ kata polis terbabit yang dipetik dari media tempatan di China.

Dalam pada itu, bayi tersebut yang diberikan nama Baby 59, kini dirawat di dalam inkubator selepas dia mengalami kecederaan retak di bahagian tengkorak dan lebam.

Ketika ditarik keluar daripada batang paip itu, tali pusat masih melekat pada bayi berkenaan.

Kes tersebut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa selepas bayi itu tersangkut di dalam saluran paip kumbahan hingga memaksa pihak bomba memotong batang besi itu bagi menyelamatkannya.

Ia juga mencetuskan kemarahan orang ramai yang tidak menyangka bagaimana seorang wanita sanggup bertindak kejam semata-mata untuk menyembunyikan kelahiran bayinya.

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Sabtu, 18 Mei 2013

BIAWAK ATAU DHAB/DHOB BERTUKAR JANTINA SETIAP 2 TAHUN SEKALI DAN HALAL DIMAKAN...


Dhob atau biawak padang pasir adalah binatang yang halal di makan mengikut jumhur ulamak dan hukumnya harus.
Berdasarkan pencarian saya setakat ini,Nabi tidak memakan dhob tetapi nabi membenarkan sahabat memakan dhob.

Ini saya kongsikan sedikit fakta berkenaan dengan dhob/biawak padang pasir ini:

-Dhob tidak meminum air tetapi hanya memakan tumbuhan yang lembab seperti rumput yang hidup di padang pasir.
-Dhob sangat laju apabila berlari.
-Dikatakan setengah dhob yang disembelih mengambil masa selama 24 jam untuk mati.
-Dhob boleh hidup sehingga 700 tahun.
-Dhob akan bertukar jantina setiap 2 tahun sekali.
-Dikatakan dagingnya seakan-akan rasa daging lembu tetapi lembut.

SHARE kepada semua, biar semua orang tahu.
THX TO USTAZ LEE ATAS SUMBANGAN ARTIKEL

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Isnin, 22 April 2013

[VIDEO] DISEMBELIH, DIBAKAR DAN DITEMBAK BERAMAI-RAMAI....ZALIM SUNGGUH


Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta tali barut upahan mereka di "Ertouz Al-Fadhl" apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.

Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.

Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.

Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.

Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.

Halaman "Berita Syam" melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.

Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah "Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib".



Kebanyakan orang masih tidak tahu apa yang sedang berlaku ke atas Ahlul Al Sunnah di Syria, masih ramai yang mengatakan ia perang saudara.

Ini sebenarnya yang berlaku, sekumpulan Syiah bergembira sesama mereka menyiksa 2 pemuda kemudian membakar mereka sehingga mati bersama tangisan.

Kenapa ini semua terjadi?
Kerana mereka adalah Muslim Sunni!!

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Ahad, 31 Mac 2013

BANGKAI MANUSIA DALAM PERUT IKAN JERUNG....


Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan. Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan²nya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia! Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui.





SUMBER

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Selasa, 26 Februari 2013

POPE BENEDICT BERUNDUR KERANA MASUK ISLAM, KEMUDIAN DITUDUH SEBAGAI PELIWAT KANAK-KANAK


Dunia Muallaf...Alhamdulillah
Paus Yohannes II masuk Islam Paus Yohannes II, atau yang akrab dipanggil Sri Paus, pimpinan umat Katholik sedunia melakukan pidato resmi Vatikan kepada dunia Internasional mengenai sikap resminya terhadap konflik berdarah Israel-Palestina di Timur Tengah yang kembali memanas belakangan ini.

Namun apa yang kemudian dikatakannya di depan ribuan umat Katholik itu ternyata benar-benar merupakan peristiwa yang sangat mengejutkan! Bahkan boleh dikatakan sebagai "berita abad ini". Ibarat petir di siang bolong, pada pukul 17.00 waktu setempat, Sri Paus mengumumkan kepada seluruh dunia bahwa mulai saat itu, detik itu, beliau menyatakan dirinya masuk ke dalam agama Islam. Saking mengagetkannya pengumuman tersebut, 16 orang di antara ribuan umat yang mendengarkan pidato langsung Sri Paus langsung dilarikan ke rumah sakit karena mendapat serangan jantung mendadak. Hanya 5 nyawa di antara mereka yang berhasil diselamatkan.

Ketika Sri Paus mengatakan sikapnya dalam pidato tanpa teksnya tersebut, semua umat nampak begitu serius mendengarkan. Beberapa pimpinan Vatikan nampak seperti tidak terlalu kaget, bahkan beberapa di antara mereka yang mendengarkan pidato Sri Paus tersebut sedang memegang sesuatu. Mungkin banyak umat Katholik di hadapan Sri Paus yang heran dengan benda apa yang dipegang oleh beberapa Kardinal dan pimpinan Vatikan itu. Ternyata mereka sedang memegang tasbih, sambil mulutnya terlihat seperti sedang membacakan ayat-ayat. Ternyata para pimpinan dan pengurus Vatikan semua sudah tahu bahwa semenjak beberapa bulan terakhir, Sri Paus bahkan sudah mulai melakukan sholat dan puasa. Dan itu juga dilakukan bersama-sama dengan mereka semuanya. Inilah selengkapnya pidato Sri Paus tersebut, yang setelah jadi mu'allaf, namanya telah berubah menjadi Ahmad Sri Paus (supaya umatnya tidak terlalu kaget, maka Ahmad Sri Paus tidak mengucapkan salam sebelum memulai pidatonya):

"Yang terhormat umatku, yang berada dalam Kasih Tuhan. Hari ini adalah hari minggu yang cerah. Tujuan saya berdiri di podium ini, tak lain adalah untuk membuat pengumuman penting yang harus saya umumkan ke seluruh penjuru dunia saat ini juga. Yang mana menurut saya, semakin saya tutup-tutupi apa yang ingin saya kemukakan itu justru akan semakin tidak baik. Ini semua berkaitan dengan pilihan jiwa dan hati nurani saya. Sudah selama puluhan tahun kalian semua mengetahui bahwa saya adalah seorang pemeluk agama Katholik yang ta'at. Bahkan saya adalah pemimpin umat Katholik di seluruh dunia, sekaligus sebagai wakil Tuhan di dunia ini, atau Ficarius Filii Dei. Saya mewakili urusan Allah untuk dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat manusia yang berdosa dengan mandat sepenuhnya dari Allah".

"Namun mulai kini saya tak mampu berdusta lagi. Sesungguhnya sejak puluhan tahun lalu saya sudah tak meyakini lagi kebenaran dari Agama Katholik ini. Karena semakin saya mendalami Alkitab, semakin jelas pula kesalahan-kesalahan yang saya temukan dalam kitab ini. Maka itu, saya berusaha membandingkannya dengan kitab-kitab suci yang lain. Dengan kitab Injilnya Kristen Protestant, malah semakin rusak. Dengan kitab Wedhanya umat Hindhu, Tuhannya juga ada 3. Barulah ketika saya mulai membaca Al'Qur'anul Karim, Saya tahu apa yang selama ini sebetulnya saya cari-cari." (Ribuan umat yang berada di hadapan Sri Paus nampak bingung dan saling bertanya-tanya). Kemudian Sri Paus
melanjutkan ucapannya: "Tapi ketika itu saya masih takut dengan ancaman yang mungkin saya terima jika saya nekat keluar dari Agama Katholik. Namun kini saya berani Mengambil keputusan penting ini. Saya tak akan takut lagi pada ancaman pembunuhan yang mungkin akan segera saya hadapi. Saya hanya ingin hidup tenang, terutama jiwa-spiritual saya. Saya sangat berhadap agar umat Agama Kristen, Kristen apapun itu tak akan membunuh saya hanya karena pilihan hidup pribadi saya ini. Saya sudah tua, sudah udzur. Bahkan tubuh saya pun sudah bongkok." (Sampai di sini, beberapa umat nampak mulai menitikkan air mata karena terharu).

"Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahwa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasullullaaaah (Ahmad Sri Paus mengucapkannya dengan terbata- bata). Saya tahu konskwensi dan mungkin reaksi dari umat Kristen di seluruh dunia kalau saya melakukan pengumuman ini. Tapi saya terpaksa melakukannya, minimal untuk diri saya sendiri. Saya khawatir akan kehidupan saya di akhirat nanti bila tetap berada
dalam jeratan kekafiran."

P/S: MALANGNYA SETELAH MEMBUAT SEDIKIT ANALISA, PIHAK GEREJA PULA TELAH MENGAITKAN BELIAU DENGAN KEGIATAN LIWAT UNTUK MENUTUP KEJADIAN HITAM TERSEBUT...





PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Ahad, 17 Februari 2013

KISAH MISTERI BAITULMAQDIS DAN HAIKAL SULAIMAN


Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud 'tempat yang aman untuk didiami'.

Catatan sejarah menunjukkan kota ini telah diduduki manusia selama sekitar 5,000 tahun sekaligus merupakan antara kota yang tertua di dunia dan masih dihuni sehingga sekarang. Kota ini merupakan tempat pertembungan antara tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi, dan Kristian bahkan setiap agama mempunyai kawasan masing-masing di sekitar kota lama yang mengelilingi sebuah tanah tinggi yang terkepung dengan tembok yang tinggi lagi kukuh.

Masyarakat dunia menamakan kawasan tanah tinggi ini sebagai 'Mount Temple' disebabkan sejarahnya yang pernah menempatkan kuil Yahudi kuno iaitu dipanggil juga sebagai Haikal Sulaiman sebelum ia dimusnahkan, dibina semula dan sekali lagi dimusnahkan selepas kota ini dijajah oleh kerajaan-kerajaan yang berbeza.

Mengikut catatan sejarah, umat Islam pada era awal Islam dahulu menggelarkan kawasan di mana terletaknya 'Mount Temple' sebagai Madinah Baitulmaqdis yang membawa erti 'City of the Temple' yang mengambilkira akan kewujudan Haikal Nabi Sulaiman A.S yang menjadi tempat ibadat pertama kaum Yahudi sebelum dimusnahkan oleh orang Babylon pada tahun 586 sebelum Masihi.

Selepas kemusnahan pertama itu, Haikal ini dibina semula kira-kira selepas 70 tahun kemusnahan pertamanya apabila orang Babylon berjaya diusir, namun ia diruntuhkan kembali pada tahun 70 Masihi oleh Empayar Roman. Manakala kawasan kota yang wujud di sekeliling 'Mount Temple' ini dipanggil Iliya, berasal daripada nama 'Aelia Capitolina' yang diberikan semasa penjajahan orang Roman. Kawasan 'Mount Temple' pada asalnya agak tinggi dengan keadaan yang tidak rata tetapi pada tahun 19 sebelum Masihi, pemerintah ketika itu iaitu Herod the Great telah membina tembok tinggi mengelilingi kawasan ini lalu meratakan permukaannya di dalam kawasan tembok sepertimana keadaan sekarang.

Selepas pengislaman Kota Baitulmaqdis yang bermula ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, nama 'Mount Temple' telah ditukarkan kepada Haram al-Sharif yang menggambarkan kedudukan kawasan suci ini yang mendapat tempat yang mulia di dalam Islam sementara kota disekitarnya inilah dinamakan Baitulmaqdis.

Pada Zaman Khalifah Sulaiman iaitu salah seorang khalifah di dalam era Turki Uthmaniyyah, beliau telah membina semula dinding seakan-akan sebuah tembok di sekeliling kota Baitulmaqdis. Sekarang ini Baitulmaqdis yang asal dirujuk sebagai kota lama Baitulmaqdis iaitu kawasan yang dikepungi tembok tadi. Di kota inilah terletaknya Masjid al-Aqsa yang telah disebut di dalam kitab suci al-Quran dan al-Hadis yang mana beribadat di dalamnya mendapat seribu ganda pahala berbanding di tempat-tempat lain.

Masjid al-Aqsa di dalam bahasa Arab bermaksud 'masjid yang jauh', merujuk pada jaraknya yang berjauhan daripada bumi Mekah yang menempatkan Masjid al-Haram. Di sini juga menjadi tapak kepada salah satu peristiwa terpenting di dalam Islam iaitu Isra' dan Mikraj yang mana ketika itu, Nabi Muhammad S.A.W telah dinaikkan ke langit untuk menghadap Allah S.W.T. Baitulmaqdis juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah, iaitu kira-kira selama enam belas bulan. Kedua-dua peristiwa besar Islam ini iaitu pembinaan Masjid al-Aqsa dan peristiwa Isra' Mikraj ini berlaku di atas tapak Haram al-Sharif.

Selain itu, Masjid Kubah Batu turut dibina berdekatan dengan Masjid al-Aqsa dan telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik semasa era Bani Umayyah. Diriwayatkan senibina masjid ini yang begitu indah dengan kubah berwarna keemasannya yang menonjol adalah untuk menyaingi kehebatan senibina gereja-gereja di sekitar Baitulmaqdis yang menjadi tumpuan ramai pelawat. Kini Masjid Kubah Batu menjadi antara monumen tertua orang Islam yang sangat dikenali.

Masjid ini mendapat namanya berikutan dipercayai didirikan di atas tapak batu terapung yang terjadi ketika peristiwa Isra' dan Mikraj. Ironinya batu ini juga dianggap suci oleh penganut Yahudi disebabkan kepercayaan bahawa ia merupakan pusat bagi 'Mount Temple' dan dianggap sebagai asas untuk pembinaan kuil mereka satu masa nanti.

Tetapi menurut catatan sejarah ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a yang bertanggungjawab menjadikan Baitulmaqdis sebagai salah sebuah wilayah Islam, setibanya di kota ini beliau lalu bertanyakan mengenai batu yang menjadi tempatnya Baginda Rasul dinaikkan ke langit, lalu ditunjukkan oleh penduduk kota pada sebuah batu terbiar di atas tanah tinggi yang dikepungi oleh tembok. Lebih malang apabila kaum Yahudi mengotorkan kawasan itu dengan najis dan sampah sarap sebagai tanda penghinaan kepada lokasi peristiwa Isra' Mikraj itu. Khalifah Umar membersihkan kawasan itu bersama-sama dengan orang Mukmin yang lain dan membina Masjid al-Aqsa buat kali pertamanya di bumi Baitulmaqdis itu

Masyarakat Yahudi menganggap Haikal ketiga dan sepatutnya menjadi yang terakhir seharusnya dibangunkan di atas lokasi yang sama iaitu Haram al-Sharif bahkan perkara yang sama turut dicatatkan di dalam kitab Injil. Perebutan tapak suci inilah yang menjadi teras konflik antara Islam dan Yahudi selanjutnya menjadikan kawasan suci ini sebagai tempat krisis yang masih belum selesai sehingga sekarang.

Salah satu tembok yang mengelilingi Haram al-Sharif ini, iaitu tembok di bahagian barat ataupun 'Western Wall' ini menjadi tempat suci bagi penganut Yahudi. Tembok yang dibina lebih daripada 2,000 tahun yang lampau ini merupakan satu-satunya bahagian Haikal kedua mereka yang masih wujud. Mereka menganggap Tuhan mereka berada di sebalik tembok itu dan pandangan mereka terhalang disebabkan dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Oleh kerana itu lokasi ini menjadi tempat mereka beribadat dan meratap di atas dosa-dosa yang mereka lakukan dan amalan ini masalah berlangsung sehingga sekarang ini, susulan dengan itu kadang-kadang tembok ini juga dirujuk sebagai 'Wailing Wall' ataupun tembok ratapan.

Mengikut agama Kristian pula, Baitulmaqdis juga mendapat kedudukan yang mulia dan dianggap sebagai tanah suci mereka. Nabi Isa A.S yang dilahirkan di Baitullaham iaitu sebuah bandar yang berhampiran dengan Baitulmaqdis terus dibawa ke Baitulmaqdis sebaik sahaja dilahirkan. Semasa remajanya, penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa A.S pernah berkhidmat untuk mencuci Haikal kedua yang pada ketika itu masih tertegak utuh di Baitulmaqdis. Selain itu juga, peristiwa penyaliban dipercayai berlaku di dalam kawasan Baitulmaqdis tetapi lokasi yang tepat masih lagi menjadi pertikaian sarjana-sarjana Kristian.

Pendapat yang paling diterima ramai adalah peristiwa itu berlaku pada tapak di mana tertegaknya sebuah gereja yang dianggap paling suci oleh penganut Kristian iaitu Gereja 'Holy Sepulchre', salah sebuah gereja di dalam kawasan kota lama. Di sini juga dianggap sebagai lokasi orang yang mereka percayai sebagai Nabi Isa A.S dimakamkan. Kota Baitulmaqdis sehingga kini masih menerima pengunjung Kristian yang ramai dari seluruh dunia terutamanya menjelang musim Easter.

Perang Salib yang berlaku pada 1099 Masihi juga menunjukkan keazaman penganut Kristian untuk menawan tanah suci ini daripada penguasaan orang Islam dan mereka telah berjaya menduduki kota ini selama kira-kira 200 tahun sehinggahlah kota ini dibebaskan oleh panglima Islam yang unggul iaitu Salahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187 Masihi. Diriwayatkan bahawa ketika tentera salib dihalau sepenuhnya dari kota, Salahuddin al-Ayubbi sendiri yang membersihkan Masjid al-Aqsa yang dijadikan kandang kuda oleh tentera salib, manakala Masjid Kubah Batu yang dijadikan sebagai gereja dikembalikan fungsinya sebagai sebuah masjid.

Penguasaan orang Islam berterusan sehinggalah ke akhir zaman Khalifah Uthmaniyyah yang menyaksikan Baitulmaqdis dikuasai oleh British sehinggalah mandat penguasaan itu tamat. Kewujudan negara Israel pada tahun 1948 menyaksikan peperangan antara Arab dan Yahudi berlaku untuk menguasai wilayah Palestin yang ketika itu dibahagikan secara berat sebelah oleh badan dunia PBB.

Penduduk Arab yang mewakili dua pertiga diperuntukkan hanya sepertiga kawasan sementara sepertiga Yahudi mendapat selebihnya tanah Palestin. Ketika itu PBB mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai wilayah antarabangsa tetapi pertempuran tentera Israel dan Arab menyebabkan bahagian barat kota jatuh ke tangan Yahudi dan diisytiharkan sebagai ibu kota negara Israel tetapi tidak diiktiraf oleh dunia.

Bahagian timur Baitulmaqdis dikuasai oleh negara Jordan, termasuklah kawasan kota lama Baitulmaqdis ini. Sehingga waktu ini, Haram al-Sharif merangkumi keluasan hampir seperlima daripada keluasan kota lama Baitulmaqdis masih dikuasai oleh orang Islam.

Kota lama Baitulmaqdis terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah bahagian orang Islam iaitu bahagian yang terbesar antara kesemua bahagian, Kompleks Haram al-Sharif adalah sebahagian daripada kawasan orang Islam. Bahagian kedua adalah bahagian Yahudi dan selebihnya merupakan bahagian Kristian dan bahagian Kristian Armenia, iaitu bahagian yang paling kecil antara semua. Walaupun Orang Armenia juga merupakan penganut Kristian, tetapi mereka mendapat kawasan mereka sendiri di dalam kota dan bilangan mereka juga hanya kecil jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Ketika Jordan menguasai kota lama, penganut Yahudi tidak dibenarkan beribadat di sekitar 'Western Wall' ataupun tembok ratapan itu dan kebanyakan tempat ibadat Yahudi ditutup dan sebahagian bahagian orang Yahudi di kota lama turut menempatkan penduduk Arab yang menjadi pelarian akibat wilayah mereka dirampas oleh Israel.

Tetapi perang pada tahun 1967 merubah lanskap kota ini sampai sekarang. Penglibatan Jordan di dalam perang negara-negara Arab dengan Israel menyebabkan bahagian timur kota ini jatuh ke tangan Yahudi, lebih teruk apabila wilayah Palestin yang selebihnya turut jatuh bersama sehinggalah ke Tebing Barat Sungai Jordan. Mesir pula kehilangan Semenanjung Sinai dan Genting Gaza sementara Syria terlepas Tanah Tinggi Golan.

Bermulanya kejatuhan Baitulmaqdis ini menyaksikan banyak pencabulan dilakukan oleh bangsa Yahudi ke atas Baitulmaqdis. Antaranya menjadikan kawasan 'Western Wall' sebagai tapak ibadat mereka selain pembinaan penempatan haram Yahudi yang mengelilingi kejiranan Arab di dalam usaha memastikan kota ini didominasi secara penuh oleh Yahudi. Penempatan masyarakat Yahudi turut dibina di dalam bahagian orang Islam.

Rumah-rumah penduduk Palestin dirampas dan digantikan dengan perumahan Yahudi. Lebih teruk lagi apabila kerajaan Israel meluluskan akta yang menggabungkan timur dan barat Baitulmaqdis sebagai satu kota dan menjadi ibu kota Israel yang rasmi menggantikan Tel Aviv yang sebelum ini menempatkan kedutaan-kedutaan asing. Pejabat Presiden dan Perdana Menteri, kediaman Presiden dan Perdana Menteri, bangunan Parlimen, Mahkamah Agung dan kementerian-kementerian Israel semuanya dipindahkan ke Baitulmaqdis secara beransur-ansur.

Masjid al-Aqsa juga beberapa kali telah dicabuli termasuklah dibakar oleh fanatik Yahudi sehingga membawa kemusnahan mimbarnya. Paling diingati adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 2000, lawatan penuh provokasi Perdana Menteri Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon ke kompleks Haram al-Sharif. Untuk rekod, Ariel Sharon terlantar koma akibat serangan strok semasa masih bertugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006 dan masih tidak sedarkan diri.

Perlu diingatkan bahawa walaupun Israel menguasai kota ini secara total namun pengawalan kompleks Haram al-Sharif diberikan kepada badan Islam sebagai kawasan wakaf dan juga Raja Jordan dianggap sebagai penjaga Masjid al-Aqsa. Bendera negara Israel juga tidak dibenarkan dikibarkan di sekitar Haram al-Sharif. Penganut agama lain juga dilarang memasuki kompleks suci ini dan askar-askar serta polis Israel berkawal di pintu masuk dan pengunjung mesti membuktikan mereka ini adalah Islam sebelum memasuki kompleks untuk beribadat. Langkah ini diambil bagi mengelakkan terjadinya pertikaian seterusnya membawa kepada pertumpahan darah memandangkan lokasi ini amat sensitif bagi semua penganut agama samawi.

Namun sampai bilakah langkah ini berterusan menjadi tanda tanya memandangkan sikap kerajaan zionis Israel sendiri yang suka melakukan provokasi ke atas penduduk Palestin dan pengyahudian Baitulmaqdis bukan lagi sesuatu agenda yang rahsia.

Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.

Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bila Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?

SUMBER

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Isnin, 14 Januari 2013

ZAINUDDIN MYDIN CETUS KONTROVERSI BARU HUBUNGAN ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA

HEBOH diperkatakan dalam laporan berita di media Indonesia berkaitan keceluparan mantan menteri penerangan itu yang mengutuk Perdana Menteri Indonesia BJ Habibie.

JAKARTA, KOMPAS.com - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akhirnya angkat bicara mengenai pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia, Zainudin Maidin, di media Malaysia yang dinilai telah menghina Presiden ketiga RI BJ Habibie.

Presiden menilai pernyataan Zainuddin tidak etis dan melebihi batas kepatutan. Menurut Presiden, pernyataan itu akan menganggu hubungan antara Indonesia dengan Malaysia yang telah terjalin dengan baik.

Hal itu dikatakan Presiden dalam jumpa pers seusai menghadiri pemutaran perdana film Habibie Ainun di XXI Epicentrum Jakarta, Senin (17/12/2012). Ikut hadir dalam jumpa pers Wakil Presiden Boediono dan jajaran menteri.

Sebut Habibie Pengkhianat, SBY Nilai Zainudin Tak Etis

"Terus terang saya terganggu dan saya sayangkan ada artikel seperti itu yang mendeskreditkan Pak Habibie sebagai pemimpin Indonesia. Itu sesuatu yang sebenarnya mesti dicegah untuk tidak terjadi, mengingat hubungan antara Indonesia dan Malaysia yang seharusnya justru lebih mendekatkan hubungan kita untuk kepentingan bersama," kata Presiden.

Presiden mengatakan, Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa serta Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia telah mengambil langkah-langkah diplomasi terkait permasalahan itu. Presiden juga menghargai upaya pemerintah Malaysia yang meminta Zainudin menyampaikan permintaan maaf kepada Habibie.

Presiden mengaku akan mengangkat permasalahan itu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Mohammad Najib Tun Razak. Rencananya, Presiden akan bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia Selasa besok.

"Saya akan angkat isu ini pada Perdana Menteri Malaysia dengan harapan semoga kita kedepan saling menjaga perasaan, saling hormati. Dengan demikian tidak menganggu banyak hal yang sebenarnya kita laksanakan dengan baik menyangkut kerjasama kemitraan dan persahabatan kedua negara," kata Presiden.

Presiden menambahkan, "percayalah, rakyat Indonesia, kami semua hormati Pak Habibie sebagaimana kami menghormati pemimpin-pemimpin masa lalu. Kitalah yang akan menyelesaikan semua ini dengan sebaik-baiknya."

Seperti diberitakan, di harian Utusan Malaysia, Senin (10/12/2012), yang juga diunggah di situs harian itu, Zainuddin menyebut Habibie sebagai "penggunting dalam lipatan" terhadap Soeharto, penyebab perpecahan Indonesia dengan munculnya 48 partai politik.

Zainudin menyebut Habibie pengkhianat bangsa karena memenuhi desakan Barat menggelar jajak pendapat di Timor Timur. Atribusi paling keras ditulis Zainudin dengan menyebut Habibie dan Anwar sebagai sesama 'anjing imperialisme' (the dog of imperialism) lantaran bersedia menyerahkan negaranya ke lembaga Dana Moneter Internasional (IMF).

Dewan Perwakilan Rakyat telah mengirim surat protes kepada Perdana Menteri Malaysia Mohammad Najib Tun Razak.

Manakala dalam media lain pula menyebut,
Pemerintah Malaysia Desak Zainuddin Minta Maaf ke Habibie
Mantan Presiden BJ Habibie menyampaikan pidato kunci pada acara Konvensi Nasional Pendidikan Indonesia (Konaspi) ke-7 di Hotel Royal Ambarrukmo, Yogyakarta, Kamis (1/11/2012). Konvensi tersebut digelar antara lain untuk membahas sistem pendidikan guna mencetak generasi 2045 yang berkarakter dan kompetitif dalam era global. KOMPAS/FERGANATA INDRA RIATMOKO

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Pemerintah Malaysia, melalui Menteri Besar Tan Abdul Khalid Ibrahim, mendesak mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Mydin untuk meminta maaf kepada Indonesia atas perkataannya menghina mantan Presiden Indonesia BJ Habibie.

"Kenyataan demikian boleh menjejaskan (menegaskan) ikatan dua hal yang kuat antara Malaysia dengan Indonesia dan rakyat kedua negara. Kita mau menegaskan bahwa penulisan Zainuddin tidak mewakili pendirian rakyat Malaysia," kata Tan Abdul Khalid Ibrahim dalam pernyataan resmi yang diterima di Jakarta, Sabtu (15/12/20102).

Khalid Ibrahim mengatakan bahwa Kerajaan Selangor kecewa dengan artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia terkait penghinaan terhadap Habibie. Oleh karena itu, Kerajaan Selangor juga mendesak media Utusan Malaysia dan Zainuddin untuk segera meminta maaf kepada Habibie dan seluruh rakyat Indonesia sebelum isu tersebut menjadi lebih buruk.

Menurut dia, Indonesia dan Malaysia merupakan sahabat yang mempunyai ciri sama, termasuk sejarah, budaya dan agama, sehingga seharusnya hubungan keduanya tersebut dihargai oleh rakyat kedua negara.

"Ini adalah salah satu sebab mengapa Selangor mengundang BJ Habibie untuk berbagi pengalaman dan pemikirannya dalam melaksanakan kerja-kerja reformasi negeri serta memperbaiki proses pendemokrasian," tuturnya.

Pekan lalu, presiden ketiga Indonesia itu berada di Selangor selama dua hari sebagai tamu resmi Kerajaan guna memberikan ucapan selamat kepada sebuah universitas di negara itu. Namun, kunjungan Habibie tersebut oleh Zainuddin Mydin dianggap sebagai bentuk dukungannya terhadap oposisi Anwar Ibrahim, dengan menyebut mereka sebagai "Dog of Imperialism".

Artikel tersebut mendapat kecaman dari banyak pihak, termasuk DPR, yang melayangkan protes keras terhadap PM Malaysia Mohammad Najib Tun Razak.

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Ahad, 4 November 2012

OMBAK BEKU TIBA-TIBA...MASYAALLAH HEBATNYA






Di Antartika, ombak setinggi lebih tiga meter didapati tiba-tiba membeku keras. Fenomena ini adalah kerana kawasan di sana menjadi sejuk yang terlampau.

Masih ingat lagi dengan kejadian di Pakistan yang mana air lautnya menjadi membeku di sana (LINK) . Kali ini ia berlaku pula di antartika. Namun bukan air lautnya sahaja yang membeku, malah ombaknya pula membeku keras. Inilah fenomena menakjubkan ia kelihatan unik dan menakutkan apabila ombak yang tinggi tiba-tiba membeku di sebabkan cuaca yang sangat sejuk. Jom lihat gambar di bawah ini.

SUMBER

PAKDOE ALLAN

[Baca selanjutnya...]

Ahad, 24 Jun 2012

44 AHLI PARLIMEN ZIMBABWE BERSUNAT

SEORANG doktor (kiri) bersedia untuk menjalankan prosedur berkhatan ke atas seorang ahli parlimen di dalam sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan Parlimen di Harare, Zimbabwe kelmarin.

HARARE - Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.

Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.

Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.

Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.

Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.

Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. - Agensi

P/S: Bila pulak agaknya Chua Soi Lek nak bersunat?

PAKDOE ALLAN


[Baca selanjutnya...]
Previous Home
hostgator coupon code