Beijing – Identiti ibu kepada bayi malang yang dibuang dalam saluran paip kumbahan di sebuah pangsapuri di sini, akhirnya terbongkar. Rupa-rupanya dia adalah individu yang memerhatikan secara diam-diam bagaimanapun bayi itu diselamatkan.
Wanita yang berusia 22 tahun dan belum berkahwin itu hanya membuat pengakuan selepas pihak berkuasa menggeledah pangsapurinya dan menemui mainan serta tisu tandas yang dipenuhi darah.
Suspek dilaporkan menyembunyikan kandungannya itu selepas gagal menggugurkannya dan telah melahirkan bayi tersebut secara rahsia.
“Wanita itu mendakwa bayi tersebut telah terjatuh ke dalam bilik tandas selepas melahirkan anaknya secara tidak sengaja di dalam tandas. Dia berada di kawasan berkenaan ketika pasukan penyelamat cuba menyelamatkan bayi berkenaan dan hanya mengaku itu adalah bayinya selepas disoal siasat.
“Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan menyiasat sama ada dia mempunyai niat jahat, sebelum membuat pendakwaan ke atasnya,’’ kata polis terbabit yang dipetik dari media tempatan di China.
Dalam pada itu, bayi tersebut yang diberikan nama Baby 59, kini dirawat di dalam inkubator selepas dia mengalami kecederaan retak di bahagian tengkorak dan lebam.
Ketika ditarik keluar daripada batang paip itu, tali pusat masih melekat pada bayi berkenaan.
Kes tersebut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa selepas bayi itu tersangkut di dalam saluran paip kumbahan hingga memaksa pihak bomba memotong batang besi itu bagi menyelamatkannya.
Ia juga mencetuskan kemarahan orang ramai yang tidak menyangka bagaimana seorang wanita sanggup bertindak kejam semata-mata untuk menyembunyikan kelahiran bayinya.
0 comments:
Catat Ulasan