Tanpa perlu waris berhujah dengan panjang di ruangan ini, tapi cukup sekadar ingin mengungkapkan kata betapa Khir mesti bersyukur dengan tindakan dan hukuman yang diberikan kepadanya. Setahun penjara memang tidak mencukupi pada hakikatnya. Sebaliknya Khir mesti meminta agar hukuman itu ditambah setahun lagi, bukan mohon dikurangkan atau dilupuskan sama sekali. Apatah lagi menyimpan niat untuk dibebaskan terus dari pertuduhan.
Mengapa waris berkata demikian? Kerana sesungguhnya harta yang diperoleh Khir itu sudah cukup lumayan, sudah lebih untuk bermewah dengan umur paling lama waris letak 140 tahun yang bakal Khir tempuhi kelak. Setahun penjara itu cuma sekejap saja, pejam celik, pejam celik...dah cukup setahun. Sedangkan selepas Khir keluar penjara, apa yang Khir dapat? Rumah yang berharga RM7 juta.
Manakala apa modal yang Khir keluarkan? Cuma modal air liur, penjara setahun dan hutang bank sekitar RM3.5 juta, itu saja. Manakala pulangannya amat lumayan. Rumah besar, model reka bentuk Bali yang diidamkan Khir. Bukankah ini sudah cukup lumayan?
Waris sanggup masuk penjara setahun jika bila keluar nanti dapat rumah agam sehebat itu. Bukan duduk dalam rumah macam penjara. Rumah besar bro. Sepatutnya Khir tidak perlu lagi memikirkan arah tuju kesucian dirinya dengan habuan rumah besar yang diperolehi. Sebaliknya tidak salah sekiranya mohon ditambahkan lagi hukuman tersebut kerana Khir bakal dianugerah dengan rumah besar. Bukan dapat anugerah 'batang penyapu'.
Paling waris terkilan bila Khir melahirkan kata-kata yang sangat menyayat hati dan seolah sudah tiada pembelaan kepadanya lagi. Terutama oleh kaum UMNO yang Khir kasihi. Seolah Khir mengatakan campur tangan politik UMNO terhadap sistem kehakiman semakin menjadi-jadi. Kenapa baru kini Khir sedar. Bukankah selama ini sistem kehakiman negara ini adalah adil lagi saksama sebagaimana yang pernah Khir laungkan suatu waktu dahulu?
Takkan bila terantuk di bendul sekali, kepala Khir 'membenjol', maka Khir sudah mula berubah hati dan menjauhkan diri. Kecil hati tak tentu pasal. Menuding jari ke muka kuala, ke hulu, ke hilir seolah sudah tidak keruan dibuatnya.
Khir kena sedar, lepas masuk penjara yang cuma setahun jagung adalah satu perkara yang sangat enteng. Sedangkan selepas setahun Khir boleh hidup di rumah mewah yang harganya jauh lebih murah dari harga pasaran. Khir bertuah sebenarnya.
Jadi walau apapun yang orang kata, Khir kena bangga kerana mampu beli rumah dengan titik peluh sendiri bukan dengan wang kerajaan. Walau rumah itu sebahagiannya ditanggung oleh penjual yang 'agak' bodoh kerana menjual rumah bukan mendapat untung, tapi mendapat rugi.
Mungkin Khir tidak sedar akan keberuntungan ini, penjara setahun bukanlah tempoh yang lama. Khir kena minta ditambah hukuman setahun lagi sebagai tanda bersyukur kerana dihadiahkan rumah dengan harga lelong.
sumber 1
sumber 2
PENGAJARAN BUAT KHIR
Anak kecil ini dibunuh kerana ibu dan bapanya terlalu miskin sehingga tiada makanan untuk diberikan kepada anaknya? Adakah kematian lebih menyenangkan daripada hidup di dalam kesengsaraan?
TAPI KHIR HANYA SETAHUN PENJARA SAJA TAPI BAKAL HIDUP SENANG DAN MEWAH!!! FIKIR-FIKIRKAN....
0 comments:
Catat Ulasan