Selasa, 16 April 2013

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIBNYA....CARA MANDI WAJIB YANG BETUL..!!!

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....AMARAN TOK IMAM

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara

Pertama: niat.

Kedua: menghilangkan najis di badan.

Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

PAKDOE ALLAN

94 comments:

Unknown berkata...

terus mandi tak perlu cuci atau mandi biase dulu ker?

Tanpa Nama berkata...

mandi bukan sahaja membersihkan badan tapi hakikatnya air itu adalah kehidupan yang menyirami bumi(jasad)......pengertian nikmat roh dan jasad hanya sekali kamu akan alami iaitu di alam syahadat maka sucikkanlah roh dan jasad kamu.Apabila kamu pergi kamu akan lalui jasad(azab kubor) dan alam akhirat(roh).Dosa manusia di pernafasan antara roh dan jasad di situlah dudoknya roh ihsaniyat yang jadi saksi roh dan jasad.Wallahu - Alam. Fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

Jika ada kotoran seperti cat hendaklah dihilangkan kotoran itu terlebih dahulu kerana cat menghalang air dari terkena pada kulit..

Tanpa Nama berkata...

mandi dengan keadaan bogel sah atau tidak..bg pndangn sikit.

Tanpa Nama berkata...

Nk sucikan jasad saya thu....tp tlg terangkan mcm mna nk bersihkan Roh....

Psychz berkata...

cuci atau mandi biasa tak temasuk dalam syarat sah mandi wajib, jadi tak perlu. Janji ketiga2 syarat sah mandi wajib tu dipenuhi, sah lah mandi wajib tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau mndi pakai air paip ujan 2 boleh atau tidak..

Unknown berkata...

Lebih sempurna mandi dgn keadaan tertutup.....contohnye pakai kain utk menutup aurat....kerana iblis n syaitan memerhati pada sesiapa yg mandi bogel....

Tanpa Nama berkata...

Kalau bersihkan bdan mase mndi,boleh pegang alat sulit depan blakg eah?? Mhon pencerahan....

Tanpa Nama berkata...

Katalah si isteri tadi baru shj habis haid, belum sempat mandi hadas. Tapi sisuami dah xsabo nak berjunun. Saya nak tanya klau nak mandi kedua2 niat nak baca skali atau niat asing dan mandi asing2 ke

Tanpa Nama berkata...

Cmna klo keadaan mcm sy?...sy mghdp leukimia.sy mmerlukan rwtn kemoterapi...cube jelaskan cra mndi wjb utk org sakit agar lebih jelas.

Tanpa Nama berkata...

kena sabar, wajib mandi hadas besar dulu, br la nk berjunub, kemudian mandi hadas besar lagi. dah mandi pn kena 2 kali bc pn mesti la asing

Tanpa Nama berkata...

Mana SUMBER link pautannya dri JAKIM?

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Pandangan perlu dijelaskn lebih lagi. Kalau dh buat 2 keadaan ini tp tiada keyakinan. SAH KE MANDI WAJIB tu?

ISLAM itu MUDAH
Xperlu nak ralatkan fikiran orang lain dgn TAJUK YG MENYANGGAH dan akhirnya menggugat IMAN kpd yg lemah IMANNYA.

Ikut 3 rukun ini dan YAKIN air telah rata ke sluruh badan maka

Pertama: niat.

Kedua: menghilangkan najis di badan.

Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Ada FATWA ke yg mnyatakn WAJIB kena buat 2 KEADAAN kt atas baru MANDI WAJIB tu SAH????????????????????????????

Tanpa Nama berkata...

Boleh x menggosok kemaluan menggunakan tapak tangan ketika mandi

Unknown berkata...

Kalu gosok kemaluan dgn tangan boleh, tapi perlu ambil air sembahyang slps mandi wajib. Wallahualam

Unknown berkata...

Asslmmualaiku..boleh sy tau kadar air atau bnyaknye air yg perlu digunakan.bg mdptkan.mandi hadas yg sah..ade yg beritahu 2kolah..2baldi n mcm2 la..yg sbtul2nye bnyak mn ya..terima kasih..

Islam itu senang berkata...

Ini adalah mengarut - baca niat sebelum air kena tak boleh, baca niat selepas air kena badan tak bole... orang melayu mmg suka menyusahkan agama. Lebih elok pegi tgk banyak rancangan rancangan islam yang memberi keterangan yang lebih mendalam dari perkara yang mengarut di tulis di sini....

Kasara berkata...

Ini bukan mengarut. Saudara kena faham betul2. Niat sblm air kena badan memang tak sah. Selepas kena badan yg dimKsudkan misalnya saudara dah basuh kepala, bila dah beralih ke bahagian lain baru berniat tanpa meratajan semula kepala

ekhwan berkata...

Soalan.

Kalau berniat lepas air kena badan, tu saya faham kalau tak sah. TAPI bab berniat sebelum air kena badan tu mcmana pulak?

LAFAZ niat? Atau niat?

Niat ni, lintasan hati yg disertakan perbuatan. Cthnya, masa nak melangkah ke bilik air, memang dh ada niat nak mandi junub. Nak kena niat lagi sekali bila air kena badan ke???

Tanpa Nama berkata...

1 : angkat gayung
2 : siram atas kepala sambil tu terus niat dalam hati

*kan senang.. Apelah yg awak semua pening kepala.. Ibarat mcm tgk tv sambil mkn keropok.. Bila awak tgk tv, keropok masuk ke mulut.. Mcmtulah start je awak siram air dari kepala ,teruslah niat *

Putih Melati berkata...

Setuju. Bg sya tak la.ssah sgt nk fhm..
Mcm mkn smbil mneguk air pun bolh jd cntoh.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama mmg ada cara mandi zahir dah roh kita. Tapi xlah boleh nak diterangkan secara umum.

Tanpa Nama berkata...

maaf bertanya ...dikatakan untuk mandi hadas harus niat sebelum air sampai ke anggota tubuh .bermakna tubuh harus kering terdahulu ke ..sekiranya kita mandi seperti biasa .selesai sudah .baru niat n mandi hadas boleh tak ..

Tanpa Nama berkata...

kalau mandi cam biasa aje dulu boleh tak .selesai mandi biasa ..aru niat n mandi junub .boleh kan

Tanpa Nama berkata...

artikel ni buat org keliru jd tmbah keliru je..buat org was was jd tmbah was was...tgk you tube UAI @ BELI VCD UAI, akan terjawb semua.. Sini ustaz tah mane2 punya ustaz..

Tanpa Nama berkata...

Ada je yg membangkang.......pergi lah kuliah masjid...mcm2 ada...ni semuakan ilmu.....x pyh lah nk burok2 kn org..hai manusia2...kalau x nak ilmu ni..x pyh baca x payah ikut....jahit mulut tu..kan senang.....

Unknown berkata...

alhamdulillah,terima kasih atas peneragannya,semoga ilmu menjadi manfaat bersama....

Tanpa Nama berkata...

niat tu kita pasang seperti kita takbir utk rakaat pertama solat lerrrr...lagi senang faham ye...niat mandi wajib kita pasang sewaktu kita kita siram kepala tu lerrrr...anda FAHAM !!!

Unknown berkata...

Tak payah la rumit2kan kepala... masuk toilet tgk anggota badan ada najis atau tak.. kalau takde,, gi kat shower bukak air.. then niat at the same time air sampai kat kepala.. then rata kan air ke seluruh badan...kan senang..
nak ambek sunat boleh berwuduk dulu before mandi..

letsay katalah terlupa..dah setel mandi biasa... then baru ingat tak mandi wajib..
buat sahaja benda sama... gi kat shower.. bukak paip air.. then air kluar kena kat kepala terus niat sama2... then ratakan air kat sluruh badan.. dah siap mandi wajib..

pakdoe berkata...

assalamualaikum...terima kasih kerana beri pandangan terhadap posting ini...TIDAK menjadi masalah jika kita rasa mandi kita itu SAH, maka teruskan sahaja...cuma ini adalah rukun2 yang telah digariskan agar ianya mudah difahami. Jika boleh ikut....maka ianya lagi sempurna pada perkiraan JAKIM...tapi pastinya JAKIM itu juga bukan ALLAH...Sekian Terima Kasih...wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Amelia betul.ini bukan mengarut..maksud ayat tu adalh, niat itu kena dari waktu sebelum kita kenakan air hingga air kena pada badan..

Tanpa Nama berkata...

Mmg ni la cara yg sy belajar dr sekolah rendh lg. Niat tu kna skali mse mula ratakan air. Bkn seblm. Bkn selepas satu bhagian.

Alhamdulillah. .ape yg diaajar selama ni betul

Tanpa Nama berkata...

Kalau sblm mandi wajib amik wuduk, x boleh la sentuh.. kalau tak amik wuduk sblm mandi wajib, boleh je sentuh..

Tanpa Nama berkata...

Bab kena mencangkung n berdiri tu ialah satu kaedah utk memastikan air mengalir di celah bdn etc..

Kalo anda yakin air dh lalu celah2 bdn anda..sume celah2..then ok dh..anda yakin dh air dah diratakan.

Tanpa Nama berkata...

betul...tak perlu mancangkung pun. Cuma mencangkung nak mudahkan air mengalir kecelah celah punggung...tu kalau mandi menggunakan gayung atau baldi. Kalaulah apa yang dikatakan itu fatwa macam mana orang yang manadi berenang dan menyelam disungai. Perlukah mereka menyelam kedasar untuk mencangkung dan berdiri....saya rasa awak tak dengar abis penjelasan kadi tu kot.....

Tanpa Nama berkata...

Jika setelah habis haid trus bersama tanpa sengaja, adakah kena mandi dua kali, sbb confius skit ..

Rencong berkata...

Islam memudahkan semua perkara.. memudahkan xbrmaksud ambil mudah.. dua perkataan ni amat berbeza sekali maksudnya.. buatlah selagi xlari dari syariat..

Tanpa Nama berkata...

Xboleh main dlm hadas haid.. mandi dulu baru main..

fazeerBudakBaik berkata...

Kenapa hadis2 sahih hanya mengatakan Rasulullah hanya membaca bismillah sahaja ketika wudhu dan mandi hadas.. siapa kita nak contohi? Jakim ka? Mazhab ka? Rasulullah saw.. sya rasa Rasulullah saw yg wajib d ikuti...

Tanpa Nama berkata...

Klu tgh mndi, knak pkai kain@pa2 ka ntuk 2tup anggota bdan (brkemban), lau x pkai pa2 mndi sah ka??

Tanpa Nama berkata...

Setahu sy tiada siapa pon tahu d mn Allah meletakkan Roh seseorng itu termasuk Rasullulah kita... hnya Dia shj yg mgetahui & pasti bsr nikmatnya Allah x mberitahu akan d mn ltknya roh itu.Allahualam....

Tanpa Nama berkata...

sah..makei baju ka x, bukan masok dlm syarat sah mandik waji

Tanpa Nama berkata...

boleh sy tau kadar air atau bnyaknye air yg perlu digunakan.bg mdptkan.mandi hadas yg sah..yg sbtul2nye bnyak mn ya..terima kasih..

Unknown berkata...

Betul ckp ibu saya...ambil pendapat org2 yg brpengatahuan ilmu..alhamdulillah saya faham...amin moga di permudahkan...

Unknown berkata...

Sebelum mandi wajib kna ambil wuduk dulu.tapi apa bacaan untuk mandi wajib

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya .... kalau kita mandi biasa dulu bolehkan?

Tanpa Nama berkata...

Kalau bogel bulat pun xpa.. Bkn ada org nmpk pun.. Mndi wajib sah

Unknown berkata...

Btul 2..bnde senang jgn la nk dirumit kn..time skola pn ustazah ad ajar niat smbil jirus air ke kepala...

Tanpa Nama berkata...

Jangan menyusah2kan agama...orang yang paling tahu tentang mandi wajib ialah isteri nabi, rujuklah dari sumber yang sahih, hadith yang sahih, rujuklah bagaimana isteri2 nabi menceritakan bagaimana nabi mandi wajib. Dan fahamilah apa yang dikatakan niat, dan siasatlah darimana asal usul LAFAZ niat.

Tanpa Nama berkata...

hehe....sy hnye ikt ape yg ustazah sy ajarkn mse di bangku skolah...mandi cm biase dlu..buang sgale kotoran kt bdn..ambil wudu',niat,dan ratakan air seluruh bdn..start dr knn end ke kiri..tu je yg smpi skunk sy buat..n.opkos nk kena mncangkung utk smpi air kt lipatan2..sy rse sy fhm ape yg saudara nk smpikn tp mungkin penggunaan ayat tu nk kena btl supaye sume org x keliru dgn ape yg nk disampaikn..islam itu mudah,tp jgn ambil mudah.. ;)

Tanpa Nama berkata...

takde kadar air. gunalah air sebanyak mana yang suka sampai yakin dah rata ke satu badan. cuma ingat membazir tu amalan syaitan.

Tanpa Nama berkata...

xsah camtu.. ibarat solat, niat masa angkat takbir. kalo da slesai solat baru niat, xsah la solat tu.. kalo da mndi tp lupa niat, kne la mndi skali lg, niat dlm hati semasa air sampai di anggota bdn cthnya kepala then ratakan ke seluruh badan sehingga yakin kena semua tempat, akhir skali amek wudhuk. dah settle

ayu sonan berkata...

http://m.youtube.com/watch?v=c3kEl5OwNXo

Tanpa Nama berkata...

Salam. Sy risau selama sy hidup ini mandi wajib sy tidak sah. Adakah betul dan sah jika sy mandi wajib sebegini:

1. Bca bismillah
2. mandi seperti biasa (bersihkan kotoran di badan dan telah ratakan air di seluruh tubuh)
3. Selesai bersihkan badan, sy jiruskan air dr kepala hingga ke kaki beserta lafaz niat
4. Sy ulanginya 3kali beserta lafaz niat juga
5. Akhir sekali, sy mengambil wudhuk

Mohon penjelasan..

Tanpa Nama berkata...

Mohon Penjelasan:-

1. Selepas bersama isteri (jimak) dan belum sempat mandi junub, dia potong rambut dan kuku. Adakah sah mandi junub tersebut memandangkan sisa potongan kuku dan rambut tersebut tidak bersama ketika mandi junub?

2. Bagaimana dengan sisa potongan rambut dan kuku tersebut? Apa yang perlu dilakukan pada sisa potongan tersebut?

Unknown berkata...

Assalamualaikum. ya saudara. hari itu ana ada mandi wajib. sebelum ana mandi ana gosok dulu telinga ana supaya tiada najis dan kotoran di celah2 telinga. tetapi selepas 10 jam. ana terasa ada najis di celah2 telinga ana. soalanya. ADAKAH ANA PERLU MANDI WAJIB SEMULA? dan ADAKAH ANA PERLU QADA SOLAT?

Tanpa Nama berkata...

Tuan mungkin keliru soalan diatas.Maksud penanya, dia mandi biasa dulu apabila dah selesai baru dia mandi wajib yang disertakan dgn niat Rasa saya bukan maksudnya apabila selesai mandi wajib baru niat.Hati-hati bila menghukum.

Tanpa Nama berkata...

Adakah ada urutan ketika mandi wajib?cth..dari kepala diakhiri ke kaki..adakah urutan itu wajib

Tanpa Nama berkata...

Memanglah kena mandi biasa dulu

Tanpa Nama berkata...

Langsung x fhm

Tanpa Nama berkata...

Mandi junub dengan mandi wajib perkara yg sama @ berbeza ye???

Tanpa Nama berkata...

berdiri dan duduk bukan rukun tetapi teknik utk meratakan air. Rukun meratakan air keseluruh badan adalah wajib tidak kira dilakukan secara berdiri atau duduk...Rasulullah SAW baginda tunjuk bagaimana meratakan air keseluruh badan dgn duduk salah satu teknik yg sesuai bila mandi hanya menggunakan baldi kat rumah cthnya...kalau guna shower lain...sekarang pun ada tutorial mandi wajib guna shower...

farahwahidah berkata...

alhamdulillah ..terima ksih atas penerangan ..moga bermnfaat :)

Tanpa Nama berkata...

Jika mulakan niat ketika air jirus kekaki kanan dulu? Saya tak boleh air kena kepala terus nanti sakit kepala. Mohon penjelasan

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana nak akhiri mandi wajib?adakah tiada penutupnya?bolehkah seseorang itu terus sambung mandi biasa setelah yakin telah meratakan air ke seluruh badan?

Tanpa Nama berkata...

Sahkan mandi wajib saya jika saya mandi terus tanpa mendahului kanan dengan menggunakan shower? Keliru

Unknown berkata...

Askum ustaz

Unknown berkata...

Assalammualaikum wbt

Berkenaan niat,apabila terlintas dihati utk mengangkat hadas besar da jatuh niat...

Masuk je toilet,sebelum air kene di kepala,lafazkan niat pula,,,

Islam kan mudah,kenapa perlu melakukan 2 perkara dlm 1 masa,,,

Unknown berkata...

Assalammualaikum wbt

Berkenaan niat,apabila terlintas dihati utk mengangkat hadas besar da jatuh niat...

Masuk je toilet,sebelum air kene di kepala,lafazkan niat pula,,,

Islam kan mudah,kenapa perlu melakukan 2 perkara dlm 1 masa,,,

Unknown berkata...

Faham...niat hnye skli je kn ...lpas tu ratakn air kesluruh bdn. Btol x

Unknown berkata...

Slpas mndian biasa...lepas wuduk msti kne ratakn air keslruh bdan...jd kemaluan kite harus sentuh n ratakn air jgak ke?klo sentuh sah ke??kerw xperlu nk ratakn air ke kemaluan sbb da mndi biasa td n yakin air da rata kslurh

Tanpa Nama berkata...

Salah tu.. niat mesti ketika air sampai pada mana2 anggota badan yg kite nak mulakan dulu.. kalau nak mula kat kepala, niat serentak masa air sampai di kepala.. kalau nak mula tangan, niat masa air sampai pada tangan.. kalau kaki, kaki la.. itu dah mmg masa yg ditetapkan utk berniat.. jgn diubah pulak.. bkn susah pun..

Unknown berkata...

Ustaz saya ingin bertanya sedikit..sblum ni saya mlihat di internet cara mandi wajibnya ada 10 cara..tpi dsini ada 3 sAhaja..btulkah benar nota ini..iaitu niat,membersihkan najis..dan meratakan air keseluruh badan..sila jawab..

Unknown berkata...

Ouh..tq

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. sy ingin bertanya, sekiranya dahulu cara saya mandi wajib salah namun pada waktu itu saya yakin dgn cara mandi sy.. selepas beberapa ketika baru saya tahu salah, perlukan sy qada balik solat dan ganti puasa?

Unknown berkata...

assalamualaikum ustaz...perlu kah saye mandi wajib semula ....selepas saye mandi wajib...di tangan saye terbau air mani?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tengkuruzaini berkata...

Betul tu.kne bnyk lg blajar hukum hakam islam orang yg bnyak mmpertikaikan dan mmburukkan satu penerangan ni.xtau tanye.dah tau toksah tanye.bikin panas je.

Tanpa Nama berkata...

adakah batal wudhu klau menyentuh kemaluan??? perlukah wudhu di ulang semula???

Unknown berkata...

salam ustaz ..
(contoh) selepas sye mandi biasa utk hilang kn kotoran dan sye terus mandi junub buka shower terus berniat "shj aku mandi wajib kerana allah taala" sye terus basuh tgan kanan 3 kali basuh tgan kiri 3 kali gosok2 bdan gosok2 rambut gosok kemaluan bagi air meratakan seluruh badan sye last kali kaki semuanya sye bermula dari kanan laa ustaz tapi(tanpa wuduk)(tanpa ikut cara2 mandi wajib seperti baca bismillah,basuh tapak tgah, basuh kemaluan lepas tu basuh tgan kiri itu balik gosok dkat lantai ? kira sah atau tidak mandi wajib sye ini ustaz? mohon sgat2 ustaz rply .. tq very much ustaz .. salam ..

Unknown berkata...

Nk tanya kalau mandi wajib tapi ade luka kecil di bahagian luka ringan...mcm mane yer nk buat...

Unknown berkata...

Sy nk tanya...sah tak mandi wajib kalu tak ikut sunnah nabi atau tak ikut urutan...dan satu lagi niat perlu disertakan dgn air yg kena anggota badan..kalau lantai bilik air saya basah macam mana pulak...

Unknown berkata...

Sy nk tanya...sah tak mandi wajib kalu tak ikut sunnah nabi atau tak ikut urutan...dan satu lagi niat perlu disertakan dgn air yg kena anggota badan..kalau lantai bilik air saya basah macam mana pulak...

Unknown berkata...

Nak tanya kalau mandi hadas tu guna seluar pendek@ boxer jer boleh kan?

Fahmi berkata...

Cerita pasal berdiri ke duduk mandi wajib last xde citer macamana pon ...biar jelas n nyata ckt penceritaan tu tuan

Unknown berkata...

Assalammualaikum.. Nak tanya maksud berwudhu ketika mandi wajib atau mndi slpas haid tu mcm mna ya? Kena buat dari berkumur hidung, muka, tgn, rmbut, tlinga n kaki ke? Blh terang kan tak. Sbb msh keliru dlm hal tu.

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustz nak sya tnya boleh ke mndi wajib pda wktu mlm.?

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustz nak sya tnya boleh ke mndi wajib pda wktu mlm.?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz, kalau selama ni kita tak tau mandi wajib kita sah atau tidak macam mana tu, adakah ibadat puasa dah solat kita tidak sah sepanjang masa ini?

Tanpa Nama berkata...

Pakai gayung memang mudah,yang pakai shower nih ingat senang ke?? Bukak paip air lambat turun(keluar)... Tiba2 air keluar bila masa nak niatnya... Kelam kabut...

Unknown berkata...

Bagi lelaki perlu ke menutup aurat ketika mandi hadas besar?

Unknown berkata...

Kalau kita terlupa untuk membasuh kepala dan kita basuh kepala last sekali sah tak mandi wajib kita

Unknown berkata...

kalau mandi wajib di sungai perlu ke ambil wudhuk sblm atau slps?

Next Previous Home
hostgator coupon code