Rabu, 15 Jun 2011

TEKNIK MUDAH BESARKAN ZAKAR




Kebanyakan lelaki yang menganggap saiz zakarnya terlalu kecil sebenarnya memiliki saiz yang normal. Ramai lelaki telah meminta nasihat doktor kerana bimbang tentang saiz zakar mereka. Namun, hakikatnya, mereka ini adalah pemilik zakar bersaiz normal.

Iklan-iklan media elektronik mahupun cetak biasanya mengaburi lelaki bahawa pasangan masing-masing mementingkan saiz zakar.

Boleh jadi, saiz zakar anda sebenarnya berada dalam lingkungan normal. Saiz zakar yang sangat kecil biasanya berukuran kurang daripada 3 inci apabila berada dalam keadaan tegang. Keadaan ini dikenali sebagai zakar mikro (micropenis). Tetapi, dalam kebanyakan kajian, lelaki yang memiliki zakar mikro ini juga didapati mampu mengecapi kepuasan dalam hubungan seks dan mempunyai anak.

Ya, mungkin benar sesetengah wanita mengambil kisah mengenai saiz zakar pasangannya, tetapi kebanyakan wanita tahu saiz bukan kayu pengukur kepada segala kepuasan di ranjang. Kebenarannya ialah saiz zakar yang terlalu besar mungkin bukan satu kelebihan ketika hubungan seksual berlangsung. Ini kerana hujung zakar yang panjang mungkin akan memberi satu 'pukulan' kepada serviks pasangannya sekali gus mengakibatkan rasa sakit.

Memahami keperluan fizikal dan emosi pasangan boleh dilakukan menerusi perbincangan. Kaedah ini lebih praktikal untuk memperbaiki hubungan intim anda berbanding mengambil keputusan menukar saiz zakar.

Produk Pembesaran 

Pihak peniaga dan pengiklan mungkin menawarkan sejumlah jenis produk pembesaran zakar tanpa jarum. Iklan-iklan juga kelihatan 'serius' dengan pengesahan daripada penyelidik saintifik.

Hakikatnya, dakwaan tentang keselamatan dan keberkesanannya adalah tidak berasas. Oleh kerana tiada kajian saintifik yang meluluskan sebarang jenis produk pembesaran zakar, maka, pengiklan terpaksa bergantung kepada testimoni pengguna. Malah, Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat juga belum pernah meluluskan sebarang ubatan atau peralatan untuk membesarkan saiz zakar.

Jadi, berhati-hatilah dengan pelbagai teknik yang mendakwa mampu membesarkan saiz zakar kerana sesetengah daripadanya mungkin boleh mengakibatkan kerosakan serius seperti berikut :

Senaman memicit secara manual 

Senaman yang menggunakan pergerakan tangan untuk menolak darah daripada pangkal ke kepala zakar yang separa-tegang, sepatutnya dilakukan secara kerap. Walaupun teknik ini mungkin lebih selamat berbanding kaedah lain, ia boleh menjurus kepada pembentukan parut, kesakitan dan kecacatan. Tiada kajian saintifik yang mengesahkan keberkesanan teknik ini.

Pam vakum 



Oleh kerana pam boleh menggalakkan aliran darah ke dalam zakar dan menyebabkannya bengkak, maka, kaedah ini hanya sesuai untuk rawatan masalah ketidaksuburan. Cara ini hanya memberi ilusi saiz zakar yang lebih besar padahal kesannya jarang berkekalan. Penggunaan alat ini untuk jangka masa panjang boleh merosakkan tisu-tisu kenyal dalam zakar dan menjurus kepada ketegangan kurang kukuh.


Pil dan losen 

Kandungan produk ini biasanya terdiri daripada vitamin, bahan mineral, herba atau hormon seperti testosteron yang mendakwa mampu membesarkan saiz zakar. Hakikatnya, tiada satu pun produk ini telah dibuktikan berkesan.

Pembedahan 

Selain itu, pelbagai teknik pembesaran zakar telah 'dicipta' oleh pakar-pakar bedah. Namun, tiada satu pun daripadanya disahkan oleh mana-mana organisasi perubatan. Malah, semua Persatuan Urologi Amerika, Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Amerika dan Persatuan Pakar-pakar Bedah Plastik Amerika (ASPS) telah mengeluarkan kenyataan polisi terhadap pembedahan kosmetik untuk memperbaiki keadaan zakar.

Kepelbagaian teknik yang digunakan ini cuma berada pada peringkat eksperimentasi sahaja. Belum ada kajian kukuh tentang hasil dan risiko sebenar akibat komplikasi 'membetulkan' zakar. Salah satu prosedur memanjangkan zakar melibatkan pemotongan ligamen yang melekat pada zakar sehingga tulang pubik.

Selain itu, ia juga merangkumi pemindahan kulit dari abdomen kepada hulu zakar. Apabila ligamen ini dipotong, ia mungkin membuatkan zakar kelihatan panjang kerana caranya tergantung ke bawah. Namun, masalahnya, pemotongan ligamen tersebut boleh mengakibatkan ketegangan zakar menjadi tidak stabil dan menghala ke posisi pelik apabila menegang. Kibasan kulit dari kawasan pubik ke dalam zakar pula misalnya boleh menjurus kepada kecacatan serius seperti penumbuhan bulu pada pangkal zakar, kesan parut dan masalah lain.

Satu lagi teknik ringkas adalah mencantumkan lemak yang diambil dari bahagian abdomen atau punggung ke dalam zakar. Malah, ada sesetengah pakar bedah menggunakan tisu yang diperoleh daripada mayat!

Pihak ASPS turut menyelar kaedah suntikan lemak ke dalam zakar yang sebenarnya belum terbukti selamat dan memanfaatkan. Sebaliknya, pesakit mungkin terdedah kepada risiko jangkitan, hilang sensitiviti pada kulit, pendarahan berlebihan dan hilang fungsi zakar.

Pembedahan bukan sahaja berisiko, mahal dan tidak semestinya menjanjikan hasil yang memuaskan.

Kajian mendapati kebanyakan lelaki yang pernah menjalani pembedahan membesarkan zakar tidak berpuas hati dengan hasilnya. Dalam sesetengah kes serius, sebahagian lelaki terpaksa menjalani pembedahan tambahan untuk membetulkan kecacatan akibat prosedur rawatan asal.

Kesan-kesan negatifnya termasuk parut, zakar yang lebih pendek, hilang sensitiviti dan kehadiran bonjolan-bonjolan lemak abnormal. Impak negatif lain yang turut dilaporkan termasuk ketidaksuburan, pembuangan air kencing tidak terkawal dan kesakitan berterusan.

 Akibatnya, anda terpaksa membayar 'harga' yang mahal. Di AS, sekurang-kurangnya RM37,000 diperlukan hanya untuk pembedahan asas membesarkan zakar. Jadi, disebabkan pembedahan kosmetik tidak dilindungi oleh insurans, maka, anda terpaksa menanggung segala kos terlibat.

Kaedah Berkesan Biarpun tiada satu-satunya kaedah yang berkesan dan selamat untuk membesarkan alat sulit anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman :

 * Berinteraksi dengan pasangan anda Membincangkan topik kedudukan kegemaran di ranjang mungkin sukar dilakukan secara terbuka. Tetapi, hanya dengan komunikasi yang baik dapat mengembalikan pengalaman seksual yang menarik.

 * Bersenam Keadaan fizikal yang lebih baik boleh menjadikan anda kelihatan menawan sekali gus memperbaiki kekuatan dan tahap ketahanan ketika beradu di ranjang.

 * Singkirkan lemak badan Sekiranya bahagian bawah abdomen anda sudah melangkaui kawasan genitalia, maka zakar anda kelihatan lebih kecil. Lebihan lemak pada badan boleh mengaburi bahagian atas zakar. Oleh itu, cuba kekalkan berat badan ideal.

 * Merapi bulu-bulu pubik Bulu pubik yang banyak dan lebat pada pangkal zakar biasanya akan menyebabkan zakar anda kelihatan pendek. Merapikan bulu pada kawasan itu mampu meningkatkan sensitiviti sekitar bahagian pangkal zakar.

 * Bincang dengan doktor atau pakar kaunseling Berbincang dengan seorang pakar boleh membantu. Ramai lelaki akan berasa selesa dan lega setelah mendapat pengesahan bahawa mereka adalah 'normal'. Justeru itu, pertimbangkan keputusan anda sebaik mungkin sebelum beralih kepada teknik yang bukan sahaja mahal tetapi memudaratkan dan belum tentu efektif di kemudian hari.



Source: sihat selalu

2 comments:

Carl berkata...

Adakah anda benar-benar yakin saiz zakar anda sudah cukup sempurna untuk memberi kepuasan sebenar kepada isteri anda di ranjang? Ingat statistik 73% wanita Malaysia tidak puas seks. Jangan jadikan saiz zakar anda yang kecil penyebab isteri anda tidak puas bersama anda.

Sila KLik Sini

FezAkir Herbs berkata...

Sebenarnya pil, makanan tambahan, urutan dan penggunaan pumo vakum membantu membesarkan zakar. Boleh lihat testimoni pelanggan saya yang berjaya. Apa yang perlu adalah latihan konsisten dan berterusan. Info lanjut layari www.fezakir.blogspot.com atau like page fb lintahbaraquda

Next Previous Home
hostgator coupon code