PEKAN Mundok yang terletak di seberang Bukit Lata Pasir Mas menjadi tumpuan ramai warga Kelantan membeli barangan yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Kunjungan ke Mundok di Thailand ini pada dasarnya telah menjadi tradisi dan kegemaran bagi warga ini sejak dari dahulu kala lagi.
Sebarang halangan dari pihak berkuasa polis hanya menyebabkan penduduk Kelantan resah dan gelisah untuk mendapatkan barangan murah di sana. Keadaan ini bukan memberi kesejahteraan rakyat tetapi hanya lebih kepada mencari publisiti murahan dan mendapat nama saja.
Mundok sangat terkenal dalam kalangan warga Kelantan, Mengapa ia mesti disekat dan dihalang dengan berbagai undang-undang baru pihak berkuasa?
Sebarang tindakan yang menyusahkan rakyat tidak harus dilakukan oleh pihak tertentu demi konon atas nama keselamatan kerana kenyataannya perkara ini telah lama berlaku di sini.
Penduduk di Rantau Panjang meredah Sungai Golok untuk ke pekan Mundok, Thailand semalam.
RANTAU PANJANG - Pekan Mundok, Thailand terus mencuri perhatian penduduk di sini untuk membeli barangan pada harga murah apabila kira-kira 5,000 orang sanggup bergadai nyawa ke pekan tersebut dengan menyeberangi Sungai Golok setiap minggu.
Sebahagian besar mereka bertindak demikian menerusi pangkalan haram Bukit Lata di sini dengan menaiki sampan tidak berlesen dan tanpa jaket keselamatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar undang-undang.
Antara barangan murah di pekan Mundok yang menjadi tumpuan ialah pelbagai jenis makanan, pakaian, buah-buahan, barangan elektrik dan kelengkapan dapur.
"Saya akan mengadakan perbincangan bersama agensi tertentu seperti Jabatan Imigresen, kastam, tentera dan kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini,'' katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sempadan di sini semalam.
P/S: Sepatutnya bukan dihalang tapi dibantu oleh pihak berkuasa, inilah khidmat yang ditagih oleh rakyat Kelantan terhadap pihak berkuasa seperti polis.
0 comments:
Catat Ulasan