Ahad, 5 Ogos 2012

DATUK MUSTAPA MOHAMED AHLI NUJUM UMNO...TERKEBIL-KEBIL BIJI MATA...!!!

AHLI Nujum UMNO, inilah selayaknya gelaran yang wajar diberikan kepada pengerusi badan perhubungan UMNO negeri Kelantan ini. Sebelum ini bercadang untuk mendapat jawatan yang lebih besar, sanggup menjaja hak milik rakyat Kelantan dengan menghebohkan bahawa Kelantan tidak layak dapat 'royalti' minyak sebab ia bukan dalam kawasan Kelantan.

Tetiba, bila Najib terbuka hati mungkin dapat merasakan kesan oleh doa seorang tok guru untuk mendapatkan semula hak milik wajar negeri Kelantan. Najib panas 'bontot', dan mula bermain wayang...konon untuk meluluskan pemberian royalti kepada Kelantan dengan syarat Kelantan diperintah oleh UMNO!!! Kah kah kah...

Syarat gila babi ini datangnya dari mesyuarat khas yang diadakan dalam majlis tertinggi UMNO, Najib terpaksa bergegas ke Kelantan untuk mendengar taklimat dari barua-baruanya di sana. Ku Li sebelum ini lantang menentang penafian hak rakyat Kelantan terhadap hasil petroleum itu. UMNO buat tidak endah saja, kini Ahli Nujum UMNO terkebil-kebil biji mata dan terpaksa buat konar leper U-TURN untuk menyokong apa-apa tindakan yang dibuat Najib. Jika Najib tak setuju, maka Ahli Nujum inilah yang akan canang ke seluruh negeri. Pendek kata kalau Najib suruh makan tahit pun maka Ahli Nujum UMNO ini sanggup berbuat demikian untuk mencari mandat mendapatkan title Menteri Besar Kelantan, andai UMNO dapat merampas Kelantan. Sekali gus menpis saingan terdekat Awang Adek yang 'berak tak basuh' dan takut berdepan rakyat mengenai skandal rasuahnya.

Sikap flip-flop antara kepala UMNO dan abdinya ini dalam isu nak bagi royalti kepada Kelantan semakin diautar, semakin banyak putar belitnya. Sekali begini dan sekali begitu...last sekali tinggal tahit jugalah...

Dulu Tok Pa ni kata royalti minyak Kelantan tidak layak kerana pakar perundangan telah pun mengesahkan bahawa telaga minyak yang ada di Kelantan itu adalah terletak di perairan antarabangsa. Niat jahat Tok Pa ini nampak jelas bila hari ini beliau mengatakan yang sebaliknya pula. Serta-merta tukar pendirian, mengapa dulu beliau tidak berkata demikian?

Tambahan pula bila Najib tanpa segan silu sound kepada rakyat Kelantan petang tadi di Bachok bahawa selama ini beliau tidak pernah kencing rakyat Kelantan, satu tong minyak pun dia tak makan. Siapa yang makan minyak wahai Najib autar...?

Sungguh berbulu mendengar jeritan Najib yang seolah tidak tahu kepala ekor, rakyat yang hadir bukan nak dengar ceramah Najib tapi nak buka posa free saja...jangan nak bodohkan rakyatlah Najib, cukup-cukup sudah pembohongan dan janji yang ditaburi ini. Najib tidak mungkin mengotakan janji ini. Jika Kelantan diberi royalti, maka jelaslah pentadbiran PAS juga akan bertambah baik, pembangunan dan kemajuan akan pesat membangun di Kelantan. Akhirnya rakyat akan tetap setia kepada PAS...!!!

Tapi kiranya ini adalah buah kilas dari UMNO maka tunggulah...mungkinkah PAS bakal tersungkur di Kelantan? Dek gara-gara kroni PAS pula yang berebut projek lantaran wang yang ditaburi terlalu banyak dan melimpah? Mampukah PAS menyeimbangkan antara pembangunan negeri demi rakyat atau demi pemimpin sebagaimana yang berlaku dalam UMNO sebelum ini?

Admin pernah bercerita sebelum ini akan topik ini, benar sekali...klik sini

SELAMAT BERSAHUR...!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code