Rabu, 13 Jun 2012

UMNO-BN TAK DAPAT TAWAN KELANTAN SELAMA LEBIH 20 TAHUN...MENGAPA???



SETELAH merenung dan melihat selama berpuluh tahun nampaknya UMNO di Kelantan gagal mencari formula bernas untuk menawan Kelantan. Soalnya sangat mudah. UMNO di Kelantan telah melakukan kebodohan tahap melampau, rakyat Kelantan bukanlah rakyat yang bangang tapi rakyat yang rata-ratanya cerdik meskipun bekerja kampung sahaja tapi dasar politik dan tahap pemikiran politik mereka jauh lebih advance ke depan.

Selama kajian yang dibuat ke atas sebilangan ahli PAS yang tegar mereka berpendapat bahawa UMNO bukanlah musuh kepada mereka tapi akibat kebodohan dan ketamakan UMNO maka setiap kali pilihan raya rakyat sudah nampak UMNO ini sangat dungu, dan buta 'rengga' tak nampak. Tuli lagi pekak.

Apa yang mereka nampak ialah polarisasi yang berlaku antara parti PAS dan UMNO di Kelantan amatlah ketara. UMNO dengan UMNOnya begitu taksubnya kepada pemimpin mereka, Sebaliknya begitu juga dengan PAS dan PKR. Tapi mengapa dalam pergelutan untuk menawan Dewan Undangan Negeri, UMNO seolah buntu untuk mendapat kemenangan.

Pada PRU 12 (2008) PARLIMEN (Dewan Rakyat)Kelantan sebanyak 14 kerusi, hanya 2 calon UMNO menang, manakala 9 dari PAS dan selebihnya 3 dari PKR. DUN 45 kerusi hanya 6 dimenangi UMNO, 38 PAS dan 1 PKR. Pada PRU 11 yang lalu (2004) bagi DUN, UMNO menang 20 kerusi. Analisisnya kebelakangan ini undi UMNO semakin merosot, berlaku penurunan yang mendadak. Mengapa ini boleh berlaku?

Di mana silapnya? Fakta yang benar ini dan logik ini harus diberi ingat meskipun rakyat marhaen di Kelantan dikatakan terpinggir dari segi pembangunan dan kemajuan, tapi hakikatnya mata hati mereka jauh lebih celik berbanding penduduk yang berada di negeri tadbiran UMNO dan BN. Apa yang saya nampak bila saluran bantuan yang diagihkan pusat kepada rakyat Kelantan maka dengan jelas di tulis, disebar malah diletakkan batu penanda bahawa pembangunan ini adalah sumbangan dari kerajaan pusat.

Setiap kali sumbangan dari kerajaan pusat maka dengan jelas menampakkan ohh ianya dari kerajaan Barisan Nasional. Ini satu kesilapan, rakyat meluat dengan ungkitan-ungkitan sebegitu. UMNO tidak nampak ikhlas berbuat demikian.

Penubuhan JPPK (Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dengan terus memantau dan mengagihkan segala projek persekutuan. Inilah satu punca mengapa rakyat Kelantan meluat, sebabnya segala saluran yang diberikan adalah berdasarkan kroni UMNO semata-mata. Pekerja JPPK dan kontraktor yang dapat projek mestilah yang diluluskan oleh calon yang kalah dalam PRU yang lepas tapi masih diberi kuasa untuk berkhidmat dengan kewangan kerajaan pusat. Bagi pembangkang minta maaflah. Tak akan dapat projek termasuklah yang memegang lesen kewangan, kelas F, apatah lagi kelas yang lebih tinggi. Kebodohan sedemikian semakin menjauhkan rakyat Kelantan terhadap UMNO. UMNO menyalurkan bantuan dan segala peruntukan untuk mengayakan kroni melalui JPP inilah.

UMNO kini semakin terdesak, jika diamati dulu semasa UMNO memerintah Kelantan selalu digambarkan dan dimomokkan PAS adalah parti yang suka maki hamun, caci cerca dan sebagainya, suka menuduh orang UMNO kafir, sembelihan orang UMNO haram dimakan malah sembahyang 2 imam ini adalah satu lumrah bagi orang Kelantan. Tapi malangnya sejak kebelakangan ini segalanya itu sudah terbalik. UMNO pulak sering menuduh Nik Aziz sesat, kafir dan sebagainya. Sering memaki hamun PAS kerana tidak melaksanakan hudud, sering mengatakan PAS gagal membawa kemajuan kepada Kelantan. Caci, maki, cerca dan sebagainya adalah menjadi amalan lumrah bagi UMNO di mana-mana seluruh negara apatah lagi di Kelantan. Nampaknya UMNO sudah kembali menjadi PAS dulu. Faktor ini juga menampakkan betapa gagalnya UMNO untuk menawan balik Kelantan.

Kebodohan yang nyata ditunjukkan oleh UMNO di Kelantan adalah amalan 'cah keting' ramai yang berebut untuk menjadi calon kepada UMNO hinggakan sanggup melobi pimpinan tertinggi UMNO semata-mata bagi melepasi kehendak sebagai calon 'winnable candidate' yang dihadkan oleh Najib, hinggakan sanggup mengeluarkan harta kekayaan masing-masing. Berlumba-lumba untuk menjadi calon memenangi PRU dan bergelar YB. Seterusnya apa yang berlaku? Perlumbaan ini menyebabkan calon yang tidak terpilih akan memberontak dan memulaukan pilihan raya. Kesannya siapa yang rugi? Sudah tentu UMNO keseluruhannya.

Berlakunya pecah belah dalam UMNO di Kelantan adalah tak lain dan tak bukan semata-mata berebut jawatan. Maklumlah jika ada jawatan maka ada kuasa...dan jika ada kuasa maka sudah tentu segala harta dapat dikumpul dengan senang melalui pelbagai projek. Inilah masalahnya dengan UMNO di Kelantan. Berebut untuk berkuasa dan menjadi kaya.

Rakyat Kelantan pada hematnya adalah berfikiran terbuka, jadi mana yang baik dipamerkan meski hanya melalui hati mereka sudah nampak dengan mata kasar. Tapi kalau hatinya busuk maka dengan senang mereka nampak. UMNO di Kelantan telah memberi ruang yang besar untuk PAS mentadbir lebih lama. Ruang yang tidak disedari ini sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada PAS.

Tanpa bersusah payah dan berhabis wang yang banyak, PAS dapat mengekalkan kuasanya dengan jaya di Kelantan, akhirnya tinggallah UMNO terkapai-kapai sendirian mencari jalan sukar untuk menawan hati rakyat Kelantan. Pendek kata UMNO tidak ada formula dalam bab ini. Bodoh dan bangang...tak dapat mencari rahsia kelemahan PAS dan masih menggunakan strategi lama yang tidak setanding dengan keupayaan rakyat Kelantan yang berfikir terhadap politik matang dan moden masa kini.

Mengapa demikian? Kerana ramai pemimpin UMNO di Kelantan hanya memikirkan periuk-belanga mereka sendiri. Contoh yang paling dekat ialah di Jeli. Datuk Mustapa Muhamed sebagai ahli parlimen yang membuat banyak pembangunan sehinggakan Jeli dulu sebagai tempat 'Jin Bertendang' (Jin Mengamuk) kini sudah ada pembangunan yang dilakukan. Malah Jeli kini salah sebuah tempat yang pesat membangun dari berbagai sudut prasarana yang diperlukan rakyat marhaen. Malangnya, pembangunan dan jasa Mustapa Muhamed itu hanya tertumpu di Jeli sahaja, hanya orang Jeli saja yang dapat manfaatnya. Alasannya tempat lain adalah di bawah tadbiran kerajaan dan tanggungjawab kerajaan negeri maka kerajaan negeri tak bagi buat ini, tak bagi buat itu. Inilah alasannya.

Bila saja kerajaan negeri nak buat lebuh raya, maka dicanangnya oleh UMNO bahawa PAS tak mampu, apatah lagi dengan memungut derma saja nak buat lebuh raya. Ceramah pun kutip derma inikan pula lebuh raya yang menghubungkan Machang ke Gua Musang. Inilah mentaliti UMNO yang menggagalkan partinya untuk menawan Kelantan. Bukan dibantu sebaliknya diherdik dan sebagainya. Begitu juga dengan isu air yang dipalu canangnya oleh Ibrahim Ali. Konon Kelantan ini haus air dan kerajaan negeri pula gagal melaksanakan tanggunbgjawab tersebut. Paluan kompang Ibrahim Ali ini sebenarnya lebih menimbulkan kebencian rakyat terhadap UMNO.



Pendek kata berbaris lagi faktor UMNO gagal di Kelantan sebab ketogongan sendiri.

Bagaimana Cara UMNO Jika UMNO Ingin Merampas Kembali Kelantan?

Inilah satu persoalan yang tidak terjawab oleh UMNO hingga ke hari ini. Betapa bangangnya UMNO yang mendakwa mempunyai ijazah dan cendikiawan dalam kumpulannya tapi tak mampu nak jawab persoalan mudah ini. Bermula dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi semuanya tak boleh nak jawab. Semuanya bangang belaka!!! Maaflah kiranya agak terkasar sedikit tapi ini adalah hakikat. Selama ini PAS kekal kerana UMNO semakin lemah dan bodoh. Tidak berani keluar dari kotak masih berfikiran konservatif dan primitif, pemimpin UMNO tidak mahu berjuang dengan bersungguh-sungguh malah tidak mahu berkorban sedikitpun untuk Kelantan.

Atas kertas memang nampak UMNO buat kemajuan di Kelantan tapi hakikat dan makrifatnya UMNO tidak berbuat apa-apa. Misalnya isu royalti minyak yang di perjuangkan PAS, maka dicanangnya oleh Mustapa Mohamed bahawa Kelantan tiada hak ke atasnya. Mengapa Mustapa sampai sanggup menafikan hak rakyat Kelantan sedangkan sepatutnya sebagai anak Kelantan dia harus sama-sama berjuang untuk memastikan hak itu. Sebaliknya tidak demikian. Mustapa Muhamed hanya sanggup menjaga kroninya sahaja. KRONINYA SAHAJA. Itulah sebab UMNO Kelantan masih gagal. UMNO Kelantan masih tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar layak dan faham akan politik rakyat Kelantan dalam bab nak menjatuhkan musuh politik. UMNO dangkal fikiran.

Jawapan yang akan didedahkan ini adalah hasil kaji selidik selama 10 tahun yang saya buat dan tinjau ke atas beberapa daerah di Kelantan. Sebenarnya amat senang sekali merampas negeri Kelantan ini sejak dari dulu lagi. Bukan soal agama yang menjadi tunjang kekuatan rakyat Kelantan bukan dan bukan sama sekali. Bukan soal kehebatan para pimpinan PAS bukan. mereka juga manusia biasa yang ada kelemahan. Tapi soalnya UMNO itu sendiri yang lemah. Itulah jawapannya. Jadi bagaimana nak mengembalikan kekuatan itu?

Mudah saja, cuma perlu berkorban dan yakin. Apa dia?

Segala apa pruntukan dan keperluan kerajaan negeri disalurkan kepada kerajaan negeri, segala pembangunan asas yang diperlukan hendaklah dibuat seperti mana UMNO mentadbir negeri ini, lupuskan saja JPPK. Luluskan saja royalti minyak, buatkan saja lebuh raya yang diinginkan rakyat Kelantan. Bagilah peruntukan selayaknya. Jika ini berlaku maka dengan mudah BN akan berjaya di Kelantan.

Mengapa demikian? Pimpinan PAS juga adalah manusia yang sama saja dengan UMNO. Mengapa UMNO tewas. Tewas sebab berpecah. Berpecah kerana apa?? Kerana wang dan projek?? Cuba UMNO bagi kepada kerajaan negeri peruntukan yang banyak dan tunjukkan tiada apa kekurangan di pihak kerajaan. Maka akan kelihatanlah sebagaimana yang berlaku dalam UMNO sendiri. Mana duit itu hilang? Mereka juga akan berebut nak dapatkan projek, akan nampaklah siapa yang semakin kaya dalam kalangan mereka. Mereka juga sama dengan UMNO.

Tapi malangnya UMNO tak yakin dengan cara begini. Namun sebenarnya yakinlah jangan beri ruang begitu banyak untuk tunjuk kelemahan sebagai kerajaan pusat. Ini rakyat marhaen lagi mencemuh dan menjebek bibir bila disebut Najib kaya, bini kaya, anak kaya...rakyat hanya bagi RM500...

Namun sekiranya UMNO sanggup berbuat apa saja untuk Kelantan maka formulanya mudah jangan tunjukkan ketamakan pimpinan anda sebaliknya tonjolkanlah ketamakan pimpinan musuh anda.

Apa yang rakyat Kelantan akan dapat sekiranya perkara ini terlaksana. Sudah tentu sebuah pembangunan yang menyeluruh. Rakyat juga akan nampak mana pemimpin PAS yang terkandas dalam isu ini. Siapa yang gagal menguruskan dana yang diberikan dengan betul. Banyak....sudah pasti perebutan dan pertelagahan ini jelas kelihatan. Tak Percaya? Buatlah...cuba bagi apa yang rakyat Kelantan nak. Umumkan peruntukan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri. Pantau pemberian itu ke mana dihabiskan. Benarkah segala kerja dijalankan dengan betul??? Kalau gagal juga maka benarlah PAS itu lebih baik dari UMNO...tapi yakinlah tidak semua pimpinan PAS yang ada sekarang juga jujur dalam pengurusan dana ini. Duitlah katakan...lembu pun nak duduk kat kondominium...duit jugak tuhhh!!! Dan saat inilah modal kempen UMNO. Tapi UMNO tak nampak itu semua BUTA, PEKAK dan PENTINGKAN WANG DAN PROJEK SEMATA-MATA???

Tapi sekarang sudah hampir PRU, segala formula ini tiak dapat dijalankan dalam masa 2/3 hari...sepatutnya telah lama dilaksanakan....kalau kalah juga maka lingkuplah UMNO selama-lamanya dalam arus mencari kesetiaan pengundi di Kelantan. UMNO Kelantan gagal kerana ketamakan pimpinannya mendapatkan habuan dan projek sama ada untuk diri sendiri mahupun kroni...inilah sebabnya. Cuba diberi pilihan,kalau calon yang bertanding atas tiket UMNO itu tidak bergaji. Tengok..ada tak calon yang benar-benar ikhlas membela rakyat. ADA TAK? Mampukah UMNO meniru gaya Nik Aziz yang memotong sedikit dari gajinya untuk kepentingan rakyat? Kalau tak ada maka tak usah bermimpilah UMNO untuk Kelantan. Semua pemimpin UMNO di Kelantan gagal dalam ujian mengumpul harta sendiri. Semuanya bertanding mahu jadi jutawan....Sekian



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code