TAK payah nak autar, tak payah nak goreng...puak yang menentang pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai nanti...diharamkan dari menggunakannya. Jika guna juga...cilakak badan. Akan berlaku eksiden. Mulut aku masin. Ini adalah fatwa, siapa tak ikut alamatnya, mungkin tanda-tanda dah nak sampai masa...kah kah kah...
Komitmen dan usaha keras dari pihak kerajaan negeri bagi merealisasikan projek pembinaan ini bukanlah sesuatu yang sangat renyeh, setakat ini dana yang dikumpul sudah melebihi RM3 juta. Apa yang Ibrahim Ali nak kata lagi...kalau dulu beliau mengejek pembinaan L/R KBKK ini hanyalah satu angan-angan, tapi kini mungkin tidak lagi...
Apatah lagi Kelantan juga bakal menerima 'durian runtuh' hasil dari keinsafan pembelot dan pengkhianat rakyat Kelantan seperti Mustapa Mohamed dan Awang Adek, lebih-lebih lagi Najib yang bila terasa terancam UMNO akan rebah, maka 'royalti' minyak akan dibawa berbincang. Mungkin untuk tunjuk sedikit ketelusan, walhal orang semua tahu ini musim mengundi, edahnya sudah sampai bang. Selain itu keberkatan doa Nik Aziz dan rakyat Kelantan seluruhnya nampaknya telah dimakbulkan. Tambahan pula bulan ini adalah bulan yang mulia. Bulan dimakbulkan doa bagi orang saleh.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melancarkan penubuhan satu tabung amanah bagi membiayai pembinaan satu lebuh raya baru menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK). Derma boleh dihulurkan ke dalam akaun Bank Islam bernombor 0303601 0003031 atas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.
Berputih mata lagilah geng UMNO untuk rampas negeri Kelantan bila dana dengan jumlah yang besar (kalau Najib Cilakak tarak tipu punya maa), bakal disalurkan kepada kerajaan negeri yang sedia maklum sangat cekap menguruskannya. Bukan macam UMNO, jika diberikan royalti minyak kepadanya habis dibelanjakan dengan aktiviti maksiat dan tidak berfaedah. Buat masjid kristal, buat stadium guna nama Tok Agong, tapi akhirnya runtuh sembah bumi. Nama hebat tapi hampehhh.... Pendek kata duit royalti yang diberikan sebelum ini kepada kerajaan negeri Terengganu dulu banyak terlingkup dan terbuang sia-sia. Hinggakan nak buat benteng dari hakisan tebing (tepi laut) juga kerajaan tiada dana menguruskannya.
1 comments:
Kamu nie tak tahu ape-ape pun.Kamu sekolah kerajaan hospital kerajaan highway kerajaan jadi kamu nie lebih haram dari cuma guna satu lebuhraya KBKK.Kamu cuma tin kosong
Catat Ulasan