Isnin, 27 Ogos 2012

BENARKAH PENGUSAHA BAS TAMAK?


SEORANG penumpang bas ekspres menunjukkan harga tiket bas yang dibeli pada harga RM55.35 untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru semalam.

ADA Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)juga masih tidak jalan penguatkuasaan, atau mungkin tak cukup kakitangan. Namun bila pengguna membuat tafsiran bahawa pengusaha bas mengambil kesempatan dan tamak, maka sudah tentu kesalahan ini 100 peratus diletakkan dibahu pengusaha bas terbabit, kerana dasar customers is always right.

Cetusan fenomena berfikir secara selapis ini wujud kerana kepintaran fakta yang disembunyikan. Namun bila kita ingin menyatakan yang sebenarnya, maka akan muncul pula perkataan ini "...jangan politikkan isu ini...". Inilah modalnya selama berpuluh tahun. Padahal inilah kenyataannya.

Bukan soal politik atau soal parti dalam pentadbiran negara, tapi ini adalah sistem pentadbiran. Jika pengusaha bas mengambil kesempatan menaikkan harga tambang, apakah mereka juga harus dipersalahkan seluruhnya dalam soal ini? Pernah si penuduh berfikir aras sintesis, mengapa terjadi demikian?

Dalam soal ini sikap mengambil untung lebih sudah menjadi kebiasaan bagi peniaga, tidak kira siapa. Wujud sikap sedemikian bersifat global dan natural, tidak mungkin masih ada manusia yang meniaga tapi tak mahu untung. Cuma kadarnya saja yang sering menjadi pertikaian. Melontarkan tuduhan sedemikian amat tidak wajar kerana sistem pentadbiran yang ada sekarang juga tidak kosisten dalam hal ini. Harga barang mentah yang meningkat naik hampir saban bulan dan saban tahun tidak pula menjadi landasan kesedaran pengguna tapi menurutnya saja apa yang kerajaan ingin lakukan.

Minyak naik rakyat senyap, gula naik rakyat senyap, minyak masak naik rakyat senyap, sayur, ikan, ayam daging semuanya melambung. Elektrik melambung, air melambung, tapi semuanya rakyat senyap saja. Road tax kenderaan diesel melambung, harga diesel yang tinggi, road tax motor hanya RM2 tapi insuransnya mahal melambung. Sama saja dengan sistem lama. Inilah yang rakyat gelap mata dan tak nampak.

Coba bezakan harga barang asas ini dengan 50 tahun lalu, paling kurang 30 tahun lalu sebelum Tong Mahathir mentadbir, apa rasanya perbezaan ini? 20 sen pergi sekolah pun sudah cukup. Kini ramai rakyat sudah mula berfikir, malangnya pemikiran mereka hanya setakat menyalahkan sebelah pihak saja. Padahal sebelah pihak lagi yang bertanggungjawab tidak pernah dipersoalkan.

Setiap sesi pembentangan bajet, gah sekali pihak kerajaan mengumumkan konon akan membantu dan membanteras kemiskinan, namun hakikatnya yanhg terjadi adalah tidak semua yang dilaungkan itu ditepati. Bahkan banyak yang akhirnya menjerat batang tengkuk rakyat dalam sindrom hutang budi tergadai bodi.

Pendek kata, rakyat hanya tahu senyap saja, tapi bila gaji naik kerajaan bising, heboh sana sini mencari publisiti murahan, bila tambang kenderaan awam naik pengguna pula bising. Ini sajalah yang rakyat robot di Malaysia ini mampu berfikir. Logiknya lembaga yang bersalah sebenarnya adalah kerajaan yang meninggikan kadar inflasi, "wang seguni mengejar ayam nan seekor".

Kesimpulannya tidak dapat dinafikan selain penguatkuasaan yang gagal dalam soal ini, kerajaan yang ada sekarang terus-terusan membaham rakyat dengan menetapkan harga siling yang sangat tinggi bagi barang kawalan. Kerajaan yang ada sekarang telah gagal menguruskan ekonomi Malaysia dengan baik dan berhemah, sebaliknya hanya melindungi kroni-kroni yang nyata membedal wang rakyat...

JOHOR BAHRU - Situasi terdesak orang ramai yang ingin pulang ke ibu kota pada saat-saat akhir semalam mendorong kebanyakan pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin di sini mengambil kesempatan menjual tiket pada harga yang jauh lebih mahal.

Selepas menerima aduan daripada pengguna, Kosmo! yang membuat tinjauan mendapati ada pengusaha sanggup menjual tiket ke Kuala Lumpur pada harga RM55.

Tidak kurang pula yang menawarkan harga antara RM40 hingga RM35.

Harga asal tiket bas ke ibu kota sebenarnya cuma RM31.20.

"Harga yang saya bagi merupakan harga standard pada musim perayaan, lagi pun hari ini (semalam) adalah hari terakhir orang ramai pulang ke kampung," kata seorang penjual tiket yang memberi alasan punca harga tiket dinaikkan.

Buktinya, wartawan Kosmo! yang cuba membeli tiket semalam terpaksa membayar tiket pada harga RM40 yang asalnya ditawarkan pada harga RM55. - Statement yang kurang cerdik. Inilah sindrom berfikiran selapis yang dilahirkan oleh pendidikan sekular UMNO.

P/S: SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK MEMBUNGKUS KERAJAAN YANG ADA SEKARANG, BERIKAN KEPADA YANG LAYAK DAN JUJUR MENTADBIR...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code