BANGUNAN usang Pacific Mall di Jalan Storey yang telah lama terbengkalai menjejaskan imej bandar raya Johor Bahru.
SSEBUAH negeri yang didakwa mempunyai kadar pembangunan pesat dan merupakan trade mark bagi negeri-negeri pentadbiran UMNO di semenanjung. Namun apa yang dibanggakan ini sebenarnya tidaklah sebagaimana yang dipamerkan. Indah khabar dari rupa. Negeri kebanggan UMNO ini nampaknya semakin memburuk dan membusuk. Buruk dari segi pandangan bangunan yang lama dan terbengkalai, busuk dari segi perkembangan maksiat, pusat pelacuran yang menawarkan berbagai bangsa ada di dalamnya. Termasuk gadis-gadis Melayu yang beragama Islam turut berkhidmat sebagai pelacur demi mencari rezeki membesarkan anak dan sedara mara di kampung jika yang tidak ada anak haram.
Bahkan gejala ini tidak mampu ditangani oleh pihak berkuasa lantaran tawaran dan umpan yang lumayan juga turut disediakan. Kerja menangkap predator ini tidaklah mudah. Umpamanya Pemangsa Menangkap Pemangsa. Bukan senang, semuanya licik belaka. Semuanya pandai makan, maka pandai pula simpan. Ramai yang tinggal di bandar-bandar metropolitan seperti ini dan bekerja sebagai pemangsa atau orang yang berkuasa mencegah segala bentuk maksiat dan jenayah mengakui bahawa hakikat untuk cegah 100% sukar, lantaran tawaran yang datang juga lumayan dari berbagai aspek keperluan harian yang diidamkan setiap manusia yang hidup di muka bumi ini...dari keperluan diri hinggalah keperluan sanak saudara mereka. Faham-faham je lah...cakap pun tak guna, sendiri merasa baru tau...
Inilah cabaran yang terpaksa dilalui orang yang berkuasa di sini, silap-silap hari bulan padah menimpa, jika tak makan pun susah nak bekerja tak senang, makan pun susah gak. Apa yang penting selagi kau jaga aku, aku jaga kau. Begitulah sebaliknya. Kepala makan ekor pun apatah lagi...turut kenyanglah nampaknya.
Oleh itu Johor Bahru meski indah namun ianya tidak sesekali seperti yang digambarkan...
Bangunan terbengkalai jejas imej Johor Bahru
JOHOR BAHRU - Selaku pintu masuk utama pelancong dari selatan tanah air, kepesatan pembangunan di bandar raya Johor Bahru sememangnya mengagumkan.
Bagaimanapun, di sebalik kepesatan pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan menara dan bangunan tinggi, timbul kecacatan apabila terdapat banyak bangunan komersial yang terbengkalai.
Selain mencemarkan pemandangan, kebanyakan bangunan yang hampir siap tetapi dibiarkan kosong selama bertahun-tahun itu turut mengundang pelbagai masalah sosial serta kesihatan kepada penduduk setempat.
Sebanyak 13 projek bangunan komersial di Johor Bahru dilaporkan terbengkalai, namun terdapat tiga bangunan utama yang cukup ketara kelihatan pada pandangan orang ramai kerana terletak di lokasi strategik di pusat bandar raya ini.
Ketiga-tiga bangunan tersebut ialah Kemayan City di Jalan Skudai, Pacific Mall di Jalan Storey dan JB Waterfront City di pesisir pantai Lido yang sepatutnya mampu menambah tarikan kepada aktiviti pelancongan dan membeli-belah di Johor.
Tinjauan Kosmo! di Kemayan City mendapati, bangunan yang mengandungi sembilan tingkat ruang perdagangan, tiga blok pejabat dan satu blok hotel itu sudah rosak teruk akibat perbuatan vandalisme dengan cermin yang sudah pecah, dinding diconteng serta kawasan sekitar yang ditumbuhi semak-samun.
0 comments:
Catat Ulasan