Isnin, 18 Mac 2013

MANA HILANGNYA WANG TABUNG BAKUN? - ANWAR

SONY DSC

SARAWAK 18 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kedudukan wang tabung khas Bakun yang dijanjikan kerajaan kepada penduduk sebagai ganti rugi pembinaan Empangan Bakun. Berucap depan kira-kira 3,000 penduduk tempatan di Rumah Badeng, Hulu Rajang, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wang berkenaan perlu diberi kerana ia hak orang Asal.

“Semasa saya Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu buat Empangan Bakun dan meminta saya mempengerusikannya.

“Saya setuju, dengan syarat ganti rugi perlu diberi kepada penduduk melalui pemberian tanah yang sesuai."

“Kemudian kena buat tabung khas dengan pemberian RM5 juta kepada penduduk, saya luluskan. Yang jadi persoalan sekarang, RM5 juta itu langsung tidak diberi."

“Ke mana perginya wang tabung itu? Mana boleh kita sokong kerajaan yang rampas tanah kita sendiri,” katanya disambut sorakan gamat."

Pada ceramah sama, Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit turut menyelar perilaku BN yang giat merampas tanah adat di Bakun."

“Rampasan BN terhadap tanah adat di Hulu Bakun menyebabkan hanya tiga ekar saja yang tinggal."

“Perbuatan memindah dan menyerahkan tanah milik kita kepada syarikat kroni adalah perbuatan kejam."

“Saya gesa, ditubuhkan segera Suruhanjaya Tanah Adat untuk siasat rampasan itu,” katanya."

Pejuang tanah adat tanding kerusi Parlimen Hulu Rajang, Sarawak

SARAWAK 18 MAC: Pejuang tanah adat, Abun Sui Anyit yang terkenal kerana membela rakyat tertindas akibat pembinaan Empangan Bakun, diumum bertanding kerusi Parlimen Hulu Rajang pada PRU 13.



Pengumuman dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Hulu Rajang, malam tadi.

Sorakan gamat kira-kira 3,000 penduduk tempatan mengiringi pengumuman terhadap Abun, seorang peguam yang juga Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang.

“Kita tahu apa yang diusahakan Abun beberapa tahun ini. Beliau banyak berjuang terutama dalam isu Empangan Bakum yang merampas tanah adat orang Asal,” kata Anwar.

Beliau berkata, Abun memperjuang keadilan untuk seluruh penduduk terutama orang Asal di Hulu Rajang yang menjadi mangsa penindasan pemimpin BN.

Hadir sama, Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Ali Biju; Adun Batu Lintang, See Chee How; Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak, Paul Bian dan pimpinan lain.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code