SULTAN Brunei mengalu-alukan perlaksanaan hudud disegerakan kerana kelengkapan dan prasarana sudah ada. Apa lagi nak didolak-dalikkan? Tegas sultan Brunei lagi hudud merupakan satu hukum yang sangat berkesan dan ianya adalah perintah Allah. [klik sini]
Ini adalah pendapat dan pelaksanaan hudud di Brunei oleh kepala negaranya. Manakala Malaysia para ketua agama iaitu Sultan dan Agong belum lagi membuat sebarang komen dan titah untuk membantu merealisasikan hudud terutama di Kelantan. Apakah sikap mendiamkan diri ini adalah kerana sudah terpengaruh denngan UMNO dan Najib yang terang-terangan menolak hudud?
Sebaliknya jika isu berkaitan ekonomi dan perbuatan memburuk-burukkan negeri oleh pembangkang cepat pula bertindak dan menitahkan permohonan maaf. begitu juga dengan serbuan JAIS ke dalam gereja yang jelas menggambarkan kebobrokan agama lain dan menjatuhkan maruah umat Islam kerana agama lain didakwa telah memesongkan akidah umat Islam. Sekali lagi permohonan maaf telah didesak oleh UMNO untuk Menteri Besar Selangor memohon maaf kerana tersilap meminta maaf dari gereja.
Tetapi dalam bab hudud ini, apabila UMNO tidak merestui maka apakah para Sultan dan Agong juga tidak merestui?
Sama-samalah kita nantikan keputusannya, tetapi jika sultan Brunei rela melaksanakan hudud di negaranya, apa pula Malaysia, terutama Kelantan?
Siapa yang membisu dalam soal ini PAS atau....?
5 comments:
Penulis ni memang 'terlebih pandai' atau sengaja nak fikir negatif saja...Brunei dan Malaysia tu negara sama ke? Perlembagaan sama ke?
rasenyer tak perlu membezakan negara dalam melaksanakan hudud kerana semua nya adalah hak milik ALLAH swt siapa kita nak membangkang hukum ALLAH SWT malu la sikit .... Ingat kita hanya menumpang didunia ini tak perlu lah nak bangga sangat dengan hukum manusia ..... pikirlah kalo anda bijak berfikIRRRRR..!!!!!
kepada yang kononnya Minda Alam. Al-Quran dekat Brunei dengan Malaysia lain-lain ke? Al-Quran yg kau simpan dalam rak (taktau lah kau pernah baca atau tidak) dengan Al-Quran Nik Aziz lain-lain ke?
Orang yang ngaku Islam wajib terima Dan laksana hudud. Kita kena usha untuk kearah perlasanaany bukan cari alsan utk tidak dilaksana.
Kalau perlu pinda perlembagaan, cari jalan untuk pinda. Kalau umno Dan bn tak mau, wajib kalahkan dlm pru 13
Catat Ulasan