BLOGGER UMNO dan media UMNO tidak pernah mendedahkan rahsia ini sehingga ianya dipersoalkan di parlimen. Sikap sayang pada perdana menteri yang boros dan tidak berhemah dalam berbelanja ini dibela dengan serapinya oleh pecacai UMNO.
Bila Najib berpesan kepada rakyat agar bercermat, seolah terbayang difikiran rakyat bahawa Najib dan UMNO adalah orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan harta negara. Tapi rupa-rupanya sedikitpun tidak sedemikian. Najib hanya pandai menyuruh orang lain berjimat tapi puak-puaknya sama sekali tidak malah lebih teruk dari Marcos.
Apa kepentingan yang rakyat dapat hasil dari lawatan Najib ke Kazakhstan itu? Nampaknya hanya dokumen kosong yanng tandatangani Najib dan dokumen itu hanya tinggal dokumen sahaja. Sekali lagi blogger UMNO berak tak basuh...mereka biarkan sahaja najib lakukan apa sahaja sebab mereka tukang jilat tahi Najib. Najib sebenarnya berseronok di sana sambil berjalan sakan makan angin di rumah besan kononnya.
Sebenarnya bukan jemputan dari Kazakhstan tapi kerajaan Malaysia yang menawarkan diri dengan meminta Kazakhstan mengeluarkan surat jemputan, menurut satu sumber, Kementerian Najib telah melakukan spelet untuk membedal wang rakyat, menggunakan harta benda milik kerajaan Malaysia untuk kepentingan peribadi. [klik sini]
Najib bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya perbuatannya itu untuk kepentingan peribadi, katanya segala usaha itu adalah untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Apakah benar untuk rakyat?
Apakah butir dokumen perjanjian yang ditandatangan Najib dengan Kazakhstan?
Najib membuat lawatan rasmi tanpa merujuk kepada kerajaan tapi mengambil langkah sendiri membuat keputusan selaras dengan kuasa yang ada padanya. Keputusan yang Najib buat dengan terburu-buru ini telah mengakibatkan rakyat jelata telah rugi dan sepatutnya Najib menggunakan wang tersebut kepada perkara yang jauh lebih penting dari itu.
Najib membuat lawatan peribadi ke Turkmenistan atas dasar jemputan presiden negara itu yang dihebahkan oleh media tempatan kononnya anak perdana menteri Malaysia akan berkahwin dengan rakyat tempatan menimbulkan minat presidennya untuk menjemput Najib sekali gus dapat menjalinkan hubungan dengan Malaysia.
Perbelanjaan wang negara oleh Najib harus dilihat sebagai pembaziran yang begitu serius dilakukan oleh seorang perdana menteri. Rakyat sanggup menjilat tahi Najib seperti blogger UMNO tidak pernah mendedahkan perkara ini untuk tatapan umum kerana bimbang populariti Najib akan terjejas.
Sebaliknya dalam kesibukan menyambut hari raya dan hari kemerdekaan, sekali lagi Najib sibuk menghabiskan dan menggunakan jet peribadi milik kerajaan untuk melancong ke Perth, Australia. Aktiviti perjumpaan dengan pelajar Malaysia di sana cuma gambar sahaja, alasan sahaja. Sebaliknya tugas Najib ialah berbelanja dengan boros di sana.
Kesimpulannya sikap boros Najib dalam berbelanja menuntut kepada kenaikan gaji, oleh itu Najib dengan bangganya mengumumkan kenaikan elaun MP termasuk dirinya untuk memperolehi dana bagi dirinya mengelilingi dunia dengan jet milik kerajaan. Najib naikkan sendiri gaji dan elaunnya sedangkan rakyat dan pekerja awam tidak pernah dinaikkan gaji sejak bertahun yang lampau.
0 comments:
Catat Ulasan