Selasa, 11 Oktober 2011

HARI-HARI SULTAN TERSINGGUNG KERANA PAS DAN DAP

SETIAP hari ada saja aktiviti yang dilakukan PAS menyebabkan ramai sultan di Malaysia tersinggung. Ungkapan yang dipetik dari portal Utusan jelas kepada rakyat marhaen menggambarkan betapa tergurisnya baginda dengan sikap pembangkang dalam mentadbir urus negeri masing-masing.

Terbaru menurut laporan tersebut, Sultan Selangor amat tersinggung dengan cubaan pihak tertentu dalam mendakwa berlakunya kesilapan JAIS menyerbu gereja. Sultan merasakan bahawa tindakan yang dilakukan JAIS itu amat tepat dan sebarang pertikaian berkaitannya hendaklah dihentikan.

Dalam konteks perlembagaan terdapat beberapa ciri yang membolehkan campur tangan sultan mengenai sesuatu isu, mengikut Aziz Bari-pakar perlembagaan mengatakan campur tangan sultan itu amat jarang berlaku di Malaysia [klik sini]

Kebanyakan tindakan pembangkang terutamanya sering dikaitkan dengan kemurkaan dan tersinggung hati sultan menyebabkan berlakunya desakan untuk permohonan maaf secara rasmi dan terbuka. Perbuatan ini menjadi trend terbaru masyarakat Malaysia kebelakangan ini bila hampir saja pilihan raya.

Hati sultan perlu diutamakan oleh rakyat di Malaysia. Selaku ketua agama segalanya harus menjadi rujukan yang terakhir. Sebelum ini isu penghinaan negeri Johor yang melibatkan pembangkang Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka tapi masih belum mendapat kepuasan hati segelintir pengapi sultan. Sultan seolah diheret songsang dalam segala isu politik yang berkaitan dengan pembangkang. Sekalipun kuasa khusus sultan hanya dalam hal ehwal agama sahaja.

Sebaliknya menurut Aziz Bari lagi bila melibatkan UMNO sahaja maka mulut sultan akan terkunci rapat, tidak lagi dapat berbuat apa-apa melainkan menyanggupi sahaja. Jika adapun segalanya akan berakhir dengan persetujuan bersama.

Hanya UMNO yang berani mengusik lubuk istana, jika dulu oleh Mahathir yang merombak perlembagaan kerana kuasa sultan yang berlebihan dan bebas pendakwaan sekalipun terlibat secara langsung dengan jenayah. Tidak pula mendapat tentangan daripada istana. Ini juga kerana perkara ini mungkin lebih memberi keadilan sosial kepada rakyat marhaen. Tapi inilah hakikatnya.

Jika dulu perobohan masjid yang secara langsung melibatkan kekuasaan sultan di Selangor yang dilakukan oleh bekas Menteri Besarnya tidak pula menyebabkan sultan tersinggung. Bukankah itu satu usaha yang sangat ditegah dalam Islam?

Campur tangan sultan dalam isu politik di Perak juga adalah akibat dari pembangkang, oleh itu sultan selaku orang yang berkuasa sekali lagi menyatakan pendiriannya bahawa orang yang berhak dalam perlantikan Menteri Besarnya adalah orang UMNO. Titik. Habis cerita.

Isu perlantikan SUK Selangor juga sultan tidak perlu nasihat Menteri Besar. Titik. Habis cerita.

Tapi dalam soal hudud pula tidak pernah disuarakan oleh sultan akan duduk sebenar perkara ini di sisi undang-undang Islam.

Istana lebih mengutamakan kehendak UMNO berbanding PAS, jika diberi pilihan mengundi maka UMNO lah pilihan yang tepat kepada istana.

Namun jika diamati, benarlah apa yang sultan lakukan. Demi menjaga hati rakyat amnya, pendirian sultan amat tepat sekali. Namun apa yang sangat dikesalkan ialah bila PAS ingin laksana hudud hanya Najib yang berani tampil menolak sistem perundangan itu. Tapi pihak istana masih berdiam diri dalam soal ini. Tidak berkata apa-apa. Setuju atau tidak.




0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code