NAJIB mendakwa bajet yang dibuat berdasarkan kajian yang mendalam dari golongan pakar ekonomi negara, pakar ekonomi yang Najib pilih sebenarnya tidak mencerminkan kecerdikan mereka.
Bajet yang dibentangkan Najib yang merupakan satu kebanggaan kepada UMNO kerana membela rakyat sebenarnya hanya satu gambaran yang digembar-gemburkan oleh media saja. Najib langsung tidak membela nasib rakyat. Apa yang cuba Najib bela ialah para orang kaya dan kaum kerabatnya yang mata duitan.
Sebiji 'penampar tawar' sepatutnya diberikan kepada Najib yang 'syok sendiri' membentangkan bajet sambil ahli parlimen lain ternganga-nganga tak tahu apa benda. Orang sorak kita sorak orang ketawa kita ketawa, bahkan ada yang tepuk tangan tapi orang lain tak tepuk...tersengeh-sengeh sendirian bila tepukan tidak disambut oleh orang ramai. Tapi sebab muka tak malu maka tepuklah sorang-sorang...
Inilah peristiwa yang berlaku dalam sesi pembentangan bajet tempoh hari, gerombolan Najib dalam banyak hal bertepuk melebihi sunnah nabi...jelas mencerminkan kejahilan UMNO keseluruhannya dalam isu agama.
Apa yang menyedihkan bila Najib ingin menaikkan elaun dang gaji bagi ahli parlimen yang sudahpun senang-lenang, pengumuman ini telah menerima tepukan gemuruh dari penyokong Najib yang tamak dan berkhidmat demi gaji dan habuan, bukan keikhlasan demi rakyat. Najjib menganggap pengumuman ini akan diterima dan disokong dengan sepenuhnya oleh semua yang berhormat. Pada fikiran Najib semua orang yang menjadi Ahli Parlimen seronok bila gaji naik, sedangkan rakyat masih lagi ditampuk lama dan tidak berganjak sedikitpun dari gelombang kenaikan harga barang.
Najib kira semua orang sokong tapi tidak...kebijakan dan keikhlasan barisan pembangkang untuk tidak menerima tawaran kenaikan itu jelas menunjukkan keikhlasan mereka yang berkhidmat demi rakyat, bukan demi gaji dan elaun seperti mana gerombolan Najib. Najib lupa bahawa ahli parlimen UMNO kehidupan mereka sangat mewah dengan projek dan kontrak yang diberikan Najib kepada mereka. Najib ingat pemimpin berkelayakan bergantung kepada pendapatan yang tinggi untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan hidup bermewah-mewahan?
Jika dibandingkan dengan ahli parlimen sebelah pembangkang, amat jauh bezanya kehidupan mereka. Semua orang tahu, semua rakyat yang prihatin sedar dengan kemewahan gerombolan Najib yang hidup penuh dengan sikap suka bermegah-megah. Tengok kehidupan setiausaha politik dan ketua bahagian sahaja sudah cukup menggambarkan betapa golongan ini penuh kemewahan hasil dari wang dan projek yang diberi Najib kepada mereka. Manakala rakyat marhaen senantiasa duduk dalam kebimbangan kerana setiap hari harga barang semakin meningkat dan meningkat. Tapi Najib tidak hirau ini semua, Najib hanya sendiri syok saja untuk menaikkan gaji pemimpin yang kaya-raya.
Manakah Najib mendapat idea untuk menaikkan gaji ahli parlimen?
Siapa yang mencadangkan idea bodoh ini kepada Najib? Para pengampunya kah ataupun balacinya?
Najib tidak patut melihat dengan memberi kenaikan gaji yang tinggi kepada para pemimpin dapat menahan seseorang itu dari melompat parti atau keluar parti. Cadangan yang kurang cerdik ini datang dari seorang Perdana Menteri yang meletakkan rakyat dibelakang tapi mendahulukan barisan pemimpin rakyat. Inikah slogan yang Najib laung-laungkan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?
Sebaliknya sekalung tahniah kepada pembangkang yang tidak bersetuju dan tamak dengan kenaikan gaji bagi ahli parlimen yang disarankan Najib, sepatutnya Najib mengisytiharkan pengurangan gaji ahli parlimen sebanyak RM 100 seorang untuk meringankan beban rakyat, bukan untuk menambahkan kemewahan mereka.
Najib selalu kata pembangkang tiada pendirian, tapi tidak pernah sedar bahawa diri sendiri selalu menipu bila bercakap, janji juga tidak pernah ditunaikan dan berbelit-belit. Jika dalam bajet Najib mengumumkan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kurang dari RM3000 akan mendapat bantuan berjumlah RM 500, tapi hari ini sekali lagi Najib menipu bila mengatakan hanya orang yang mempunyai anak yang lebih dari 5 orang baru layak menadapat bantuan ini. Kepala hotak engkaulah Najib. Cakap tak serupa bikin.
Anda semua boleh lihat nanti sebarang yang dikemukakan Najib tidak akan menjadi kenyataan malah akan dipenuhi dengan beribu syarat yang menanti. Jika dulu yuran sekolah dimansuhkan tapi bila tiba hari persekolahan. Pihak sekolah akan meminta berbagai jenis bayaran untuk dipungut daripada pelajar dengan berbagai alasan dan syarat. Sikap berpura-pura Najib dalam bajet 2012 langsung penuh dengan penipuan.
Akibatnya eloklah jika Najib diberikan sebiji penampar tawar di muka sahaja sebab bercakap bohong kepada rakyat Malaysia.
0 comments:
Catat Ulasan