[HM] GOMBAK: Cubaan seorang pegawai imigresen untuk melarikan diri daripada polis berakhir dengan tragedi apabila dia maut dengan cebisan otak bertaburan selepas terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Magnaville, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, empat anggota Jabatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pergi ke rumah Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, bagi menyiasat kes penipuan membabitkan mangsa.
Bagaimanapun mangsa yang disyaki panik selepas mendapat tahu kehadiran anggota polis nekad memanjat tingkap kediamannya untuk ke ruang tangga berhampiran sebelum dia dikatakan tergelincir dan terjatuh.
Akibat kejadian, mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang, maut di tempat kejadian dengan kepalanya pecah.
Isteri mangsa, Suridah Suhardi, 35, berkata, ketika kejadian suaminya baru bangun daripada tidur dan memberitahu dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan menyuruh sekumpulan lelaki yang mengaku sebagai polis pergi dari situ.
“Sebelum ini, suami saya sudah berpesan yang dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan jangan membuka pintu jika ada orang mencarinya,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan