Khamis, 9 Mei 2013

TARIF ELEKTRIK NAIK....TERIMA KASIH UMNO BN....BAGUSSS SIAP BAGI ALASAN KENAPA NAIK!!!


KUALA LUMPUR 8 MEI: Kenaikan tarif elektrik merupakan hadiah terbesar BN kepada rakyat setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Beliau mengulas kenaikan caj tambahan sebanyak satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna dengan jumlah bil RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

Pengumuman kenaikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek, sehari sebelum PRU berlangsung Ahad lalu.
“Ini hadiah pertama BN kepada rakyat setelah menang pilihan raya. Selepas ini akan ada banyak lagi hadiah besar,” kata Azan ketika dihubungi.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini kerana BN mahu mengutip semula wang yang telah dilaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.

“Sebelum pilihan raya, pelbagai gula-gula termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia diberi. Sekarang masa untuk balas dendam dan mereka tak sabar-sabar nak kutip semula wang tersebut daripada rakyat,” kata Azan.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu juga tidak menolak kemungkinan tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana syarikat-syarikat kroni sudah melabur sebelum pilihan raya.
“Saya dapat banyak maklumat bahawa BN dapat pelaburan dari banyak syarikat sebelum pilihan raya. Setelah menang, syarikat terlibat tekan BN untuk mendapatkan pulangan,” jelas Azan.

Tambahnya, dalam tahun ini juga, beban rakyat akan bertambah kerana cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan turut dilaksanakan.

“Saya menjangkakan GST akan dikuatkuasakan tahun ini juga, selepas sidang Parlimen. Begitu juga harga barang, minyak dan tambang pengangkutan,” katanya.

“Ini adalah bukti semua pemberian BN sebelum pilihan raya hanya gula-gula, dan saya simpati kepada rakyat yang percaya janji-janji BN,” kata Azan lagi.

INI PULA ADALAH ALASSAN KENAPA IA DINAIKKAN...KENA CERDIK JANGAN BODOH!!! KIKIKI

Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011.

FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini dinamakan “Dana Kumpulan Wang TBB” dan akan dipaparkan dalam bil elektrik pengguna.

Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tujuan pembangunan sumber TBB dibawah Skim FiT.

Apakah FAEDAH TBB dan FIT kepada pengguna dan Negara?

Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB adalah langkah yang mesra alam. Sumber tenaga elektrik dari TBB mengeluarkan Gas Rumah Hijau (GHG) pada tahap minimum atau tanpa pelepasan (Zero emission) GHG. Kualiti kehidupan akan meningkat dengan alam sekitar yang lestari.

Ekonomi – FiT memberi pelunag kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam penjanaan TBB termasuk pemilik rumah melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) yang merupakan pelabur terbaik.

Amalan kecekapan tenaga dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik pengguna–pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan tidak perlu menyumbang kepada kumpulan Wang TBB bagi perlaksanaan FiT. Bilangan unit penggunaan elektrik akan berkurangan, seterusnya bil elektrik juga akan berkurangan. Pengguna masih boleh menikmati cara hidup yang sama dengan menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan produktif.

P/S: TERINGAT PAKDOE AKAN KISAH BILA HARGA GULA DINAIKKAN, ALASANNYA IALAH KERANA TAKUT RAKYAT KENA KENCING MANIS....KAH KAH KAH...

KINI ELEKTRIK NAIK JUGA ADALAH DISEBABKAN OLEH RAKYAT PERLU BERI SUMBANGAN KEPADA KERAJAAN...SEBAB RAKYAT SOKONG KERAJAAN...KAH KAH KAH...TERBERAK AKU...!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code