Rabu, 8 Mei 2013

INI DASAR DEMOKRASI MALAYSIA WALAU PAKATAN MENANG UNDI POPULAR TAPI BN JADI PEMERINTAH


KUALA LUMPUR 8 MEI: Walaupun di atas kertas BN menang dengan 133 kerusi Parlimen, hakikatnya rakyat menolak parti itu berdasarkan peratusan jumlah undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zamanhuri mempersoal kemenangan BN sedangkan peratusan undi popular yang diterima Pakatan lebih tinggi berbanding peratus kepada BN.

“BN dapat 133 kerusi Parlimen, tapi undi popular BN hanya 46 peratus. Berbanding undi popular rakyat kepada Pakatan Rakyat mencecah 50.3 peratus.

“Begitu juga dengan kerusi yang dimenangi Pakatan telah bertambah tujuh kerusi Parlimen, tetapi BN hilang tujuh kerusi,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Azmizam, jika Malaysia mengamalkan kaedah yang diguna pakai di luar negara iaitu ‘Propotional Representation’ (PR), bermakna secara jelas Pakatan sudah pun berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Sudah tiba masanya kita gunakan undi popular untuk tentukan pemerintah kerana berdasarkan kecenderungan rakyat memilih dan mewakili suara mereka.

“Kalau kita masih guna kaedah sekarang iaitu ‘First Past The Post’, keputusan pilihan raya hanya bergantung kepada kiraan majoriti sahaja tanpa mengambil kira peratusan undi popular,” jelasnya.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Pakatan menang sebanyak 89 kerusi Parlimen dan 230 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding BN 133 kerusi Parlimen tetapi hilang tujuh kerusi daripada 140 pada PRU ke-12.

Bagi undi keseluruhan pula, dalam PRU 13, Pakatan berjaya mendapat 5.5 juta undi berbanding BN 5.2 juta sahaja.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code