Khamis, 9 Mei 2013

INILAH BUKTI WARGA CINA MEMBANTU RAKYAT DEMI RAIH KUASA....MALULAH!!!


RUPANYA bantuan yang diberikan mengharapkan balasan, bukan ikhlas pun. Mujurlah rakyat cepat sedar dengan gelagat mereka ini. Semua bantuan yang diberikan hanyalah sebagai gula-gula untuk meraih undi sahaja. Selebihnya ialah untuk berebut kuasa. Fenomena biasa dalam BN.

PCM kecewa, tutup semua pusat khidmat di P. Pinang

CHENG GUAN (tengah) menunjukkan dokumen aduan rakyat mengenai pelbagai isu yang akan diserahkan kepada wakil rakyat DAP di Perai semalam.

PERAI - Parti Cinta Malaysia (PCM) bertindak menutup semua lapan pusat khidmatnya di seluruh Pulau Pinang kecuali ibu pejabat parti itu di sini selepas kecewa dengan pengundi yang tidak menghargai jasa dan usaha parti tersebut membantu menyelesaikan masalah penduduk.

Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan turut mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) tidak lagi meletakkan penyelarasnya di kawasan-kawasan yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

Menurut beliau, kewujudan penyelaras BN di kawasan-kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang hanya akan memberi 'perkhidmatan percuma' kepada wakil rakyat daripada parti pembangkang kerana mereka tidak perlu bekerja keras untuk membantu rakyat.

"Sejak lima tahun lalu, penyelaras-penyelaras BN bagi semua kawasan Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) telah bekerja keras membantu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

"Tetapi apa yang berlaku dalam pilihan raya kali ini, penduduk di kawasan berkenaan tidak menghargai jasa dan usaha yang dilakukan sedangkan pemimpin parti pembangkang yang menang di kawasan itu tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat.

"Lebih baik kali ini BN tumpukan kepada usaha membantu masyarakat di kawasan yang dimenangi BN sahaja," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PCM di sini semalam.

Cheng Guan berkata, beliau boleh menerima kekalahan semua calon parti PCM yang bertanding di dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN di Pulau Pinang kerana memang kekalahan mereka sudah dijangka.

Katanya, apa yang menyecewakannya ialah pengundi terutamanya di kawasan Parlimen Batu Kawan yang ditandinginya seolah-olah tidak menghargai langsung jasa dan pengorbanan PCM dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk di situ.

"PCM telah banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk khususnya di Parlimen Batu Kawan sejak tiga tahun lalu.

"Sehingga kini, lebih 1,000 kes telah berjaya kami selesaikan tetapi keputusan yang kami terima dalam pilihan raya baru-baru ini amat mengecewakan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan lebih 500 dokumen yang mengandungi pelbagai aduan penduduk berkaitan beberapa isu yang belum diselesaikan kepada wakil rakyat DAP.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code