KUALA LUMPUR 8 MEI: Peguam, Latheefa Koya hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya adalah Papagomo, blogger pro-Umno.
Menurut Latheefa yang juga Pengarah Guaman KEADILAN, beliau terserempak dengan Papagomo bersama wakil peguamnya dari Majlis Peguam di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.
“Kami (bersama peguam, Eric Paulsen) terserempak dengan Papagomo yang sedang digari di Balai Polis Dang Wangi, dan polis sendiri sahkan beliau adalah Wan Azri,” kata Latheefa kepada Keadilan Daily.
Wan Azri sebelum ini menafikan beliau adalah Papagomo.
Beliau ditahan semalam di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran kiriman berunsur perkauman terhadap kaum Cina sebelum ini.
“Polis juga menasihatkan orang ramai agar terus membuat laporan terhadap Papagomo yang telah banyak mengirim berita-berita berunsur fitnah dan lucah,” kata Latheefa.
Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfail saman RM100 juta terhadap Wan Azri berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.
Dalam perkembangan lain, blogger pro-Pakatan Rakyat, King Jason atau nama sebenarnya, Mohd Bustamam Omar akan ditahan untuk siasatan sehingga esok, juga di Balai Polis Dang Wangi.
King Jason ditahan untuk siasatan tengahari semalam di bawah Seksyen 223 Akta Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kirimannya berkaitan pengundi hantu.
“Polis pada mulanya mahu tahan sehingga hari tetapi setelah berunding, polis setuju untuk tahan sehingga esok,” kata Latheefa yang mewakili King Jason.
AYAT INI YANG AKU PELIK SIKIT, JIKA TAK BERUNDING DIBEBASKAN HARI INI, TAPI BILA BERUNDING DIBEBASKAN ESOK PULAK....MACAM MANA NI???
SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan