Rabu, 4 Julai 2012
Mana Pendirian Dr Mashitah Ibrahim, Ibrahim Ali dan Hasan Ali - Bila MCA Tolak Hudud
NAMPAKNYA Dr Mashitah Ibrahim yang berulang kali memperkecilkan PAS berkaitan dakwaannya terhadap kegagalan PAS melaksanakan hudud kerana dihalang DAP. Tapi bagaimana pula dengan jawapan yang diutarakan oleh MCA ini?
Sikap mendiamkan diri Dr Mashitah jelas menunjukkan bahawa UMNO takut terhadap MCA, UMNO dayus dalam memperjuangkan Islam. UMNO hanya bertopengkan Islam semata-mata. menggunakan Islam demi kuasa. Hakikatnya hati dan nuraninya adalah sekular dan ortodok.
Demi meraih kuasa, UMNO sanggup diperkudakan MCA. Dr Mashitah sanggup mengorek berbagai kitab demi mencari set alasan untuk diberikan kepada umat Islam bagi menolak hudud. Padahal hakikatnya ialah untuk menjaga hati MCA, menatang MCA agar kekal dalam Barisan Nasional. Inilah segelintir sikap cerdik agama dalam UMNO.
Sanggup menolak hukum Allah semata-mata untuk berkuasa. Sudah lebih 60 tahun mentadbir Malaysia, nampaknya UMNO masih gagal menembusi benteng ini, ikatan kontrak sosial yang dimainkan MCA menjadikan UMNO sebuah parti yang pengecut lagi pondan. UMNO bapok.
UMNO tidak berani menyahut cabaran ini, UMNO hanya tahu bertempik, dan melalak bila mana soal berkaitan Islam dimainkan, konon UMNO memperjuangkan Islam. 60 tahun, ada mahkamah syariah yang hanya mampu mendenda penari tiang RM25, minum arak RM500, zina dan khalwat RM500 ke RM2000. Inikah yang dikatakan UMNO perjuangkan Islam? Sudahlah...UMNO parti yang pondan!!! MCA, telah perkudakan UMNO sejak zaman Tan Cheng Lock lagi. UMNO ingin merdeka tapi dihalang oleh Tan Cheng Lock sehingga UMNO akhirnya terpaksa setuju untuk mendapatkan kemerdekaan dengan menjadikan orang Cina dan India sebahagian penduduk tetap Malaysia.(perenggan akhir).
UMNO hanya sebuah parti komersial, parti untuk diniagakan, parti yang tiada ketegasan dalam beragama, hanya parti demi mencari makan dan mengisi tembolok pemimpinnya berlandaskan orang Melayu dan Islam kononnya. Dr Mashitah harus berani menjawab persoalan ini. Harus berada di depan bila seorang ahlinya-Adun Kemelah mengemukakan cadangan untuk 'melaksanakan' hudud versi UMNO yang didakwa lebih baik dari hudud PAS.
Begitu juga dengan pendirian Menteri Perkasa-Ibrahim Ali yang perjuangkan Melayu, termaktub dalam perlembagaan-Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Jangan hanya tahu perjuangkan isu air di Kelantan, pembangunan si Kelantan dan menentang Bersih untuk pilihan raya. Tapi bila isu MCA, Ibrahim Ali lari sembunyi bawah kolong. Jangan pula Perkasa hanya berdendam dengan DAP-menyerang Lim Guan Eng, mempolitikkan berbagai isu berkaitan DAP. Tapi bila bab MCA merogol Melayu dalam agama. Ibrahim turut monyok dan bacul. Apa erti perjuangan Perkasa andai sentimen agama yang dimainkan MCA tidak langsung menjadi kudis, tidak langsung berani bertentang mata menyatakan pendirian. Apa tujuan Perkasa sebenarnya? Jika terbukti tidak berfungsi dalam soal agama Islam yang kian galak diratah MCA, lebih baiklah bungkus saja, bikin semak para NGO lain saja.
Bagaimana pula dengan Hasan Ali yang sering membela gerombolan yang murtad! Orang yang murtad itu betul tapi kerajaan negeri yang salah. Inilah fungsi Menteri Jati ini. IMR-Islam, Melayu dan Raja, seteru utama hanya DAP konon dakwanya DAP mahukan agama lain sebagai agama rasmi negara. Tuduhan yang dinafikan Hasan ini jelas menunjukkan bahawa Hasan hanya bermusuh dengan DAP, tapi tidak dengan MCA.
Namun bagaimana dengan Hasan? Apakah soal hudud yang ingin dilaksanakan di Johor harus turut sama ditentang Hasan bersama Chua Soi Lek? Hasan hanya pandai berputar lidah dan menafikan sesuatu bila terkena batang hidung sendiri. Beranikah Hasan membela raja Johor andai hudud ditentang oleh MCA di Johor? Beranikah Hasan dan gerombolan fatwanis UMNO mengeluarkan ijtihad dan fatwa berkaitan usaha untuk melaksanakan hudud versi UMNO ini? Beranikah beliau?
Oleh hal yang demikian maka jelaslah, sikap menyepikan diri ketiga-tiga tokoh ini hanyalah untuk menentang orang Melayu yang cuba bangkit mencari keadilan dan kemurnian dalam beragama. Malah perjuangan mereka hanyalah semata-maa untuk berebut takhta dengan rakyat, demi melimpahi poket dan mengisi gebuk beras yang sedia ada agar penuh dan melimpah. Inilah sebenarnya perjuangan UMNO. Jadi berfikirlah dengan lebih rasional wahai rakyat Malaysia....UMNO harus/mesti digulai dan direbus. Sudah sampai masanya. Sudah tiba waktu dan saatnya rakyat berlindung di bawah sebuah kerajaan yang adil lagi saksama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan