Ahad, 17 Jun 2012

DR MASHITAH IBRAHIM MENGGALI KITAB BAGI MEMPERKECILKAN HUDUD

SEBELUM pembaca mendengar keseluruhan hujah yang dibawa oleh ustazah (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ini, sewajarnya kita sedia maklum bahawa kesesuaian hudud itu sepanjang masa, bukan soal ajaran dan didikan semata-mata.

Persoalannya mengapa wujud pertelingkahan bahawa hudud ini tidak wajar dilaksanakan. Mashitah cuba menyampaikan mesej bahawa hudud ini tidak penting, cuma umat Islam wajib percaya, tapi melaksanakannya adalah tidak satu keutamaan. Menurutnya "Hukum hudud itu tidak sampai satu persepuluh daripada perundangan Islam. Hanya kira-kira 30 ayat daripada 6,000 ayat al-Quran sahaja yang membicarakan hudud," kata-katanya ini terkandung dalam bahagian satu di bawah: baca lagi




Dalam bahagian 2 sebagaimana video di bawah Mashitah menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia tidak menolak hudud cuma tiada kemampuan. Ibaratnya orang yang ingkar sembahyang tidak sama dengan orang yang tolak sembahyang. Ingkar sembahyang adalah berdosa. Tapi bagaimana dengan ingkar dari melaksanakan hukuman hudud? Bukankah berdosa? Siapa yang berdosa itu

Mashitah seolah menyindir kerajaan negeri Kelantan yang tidak mahu buat hudud, tapi Mashitah tidak tahu bahawa dari segi syariat yang lain Kelantan telah melaksanakannya antaranya seperti perbankan Islam, Menghormati waktu Maghrib dengan menghentikan jual-beli, mengharamkan kedai judi berlesen seperti Toto, Magnum dan Kuda. Segalanya ini telah lama dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Tapi bagaimana pula dengan kerajaan pusat? Adakah dapat mengharamkan terus pembelian nombor ekor di kedai yang berlesen? Sesungguhnya UMNO tidak mahu buat, sebab itu pendapatan penting bagi kerajaan pusat.




bersambung....

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code