Ahad, 17 Jun 2012

DR MASHITAH IBRAHIM MENGGALI KITAB BAGI MEMPERKECILKAN HUDUD BHG 2

SETELAH pembaca mendengar hujah Datuk ini pada bahagian 1, pada hakikatnya ialah ibarat menepuk air di dulang, bagaikan meludah ke langit sahaja. Jika di Kelantan soal mengasingkan antara lelaki dan perempuan dalam pasar raya, malah semua tempat khas dan umum kebanyakannya telah dilaksanakan demikian. Tapi bagaimana dengan kerajaan pusat? Adakah telah melakukan proses pendidikan ini. PAS mentadbir Kelantan hanya sekitar 20 tahun tapi sudah mampu menampakkan perubahan yang bermotifkan Islam. Syariat-syariat yang mudah dapat dilaksanakan di Kelantan.

Sebaliknya yang paling sedih ialah UMNO, setelah lebih 60 tahun mentadbir negara tapi apa yang telah dilakukan UMNO terhadap pendidikan ke arah Islam? UMNO makrifatnya gagal melaksanakan aspirasi yang dicanang Mashitah, UMNO lebih mementingkan sistem kapitalis dalam perekonomian. Sistem perundangan pula banyak berasaskan perundangan British kafir. Apa Mashitah masih kabur dalam soal ini? Di mana kedudukan perundangan syariat Islam di Malaysia?



Mashitah menggali kitab karangan yang mendakwa bahawa 'hudud' tidak dapat menyelesaikan masalah, inilah hujah yang cuba diperkecilkan oleh ustazah UMNO ini. Benarkah demikian? Sedangkan selain memberi rasa serik kepada pelaku jenayah tersebut, Mashitah terlupa atau sengaja atau memang tidak tahu bahawa hukum hudud ini juga adalah sebahagian dari pendidikan dan pengajaran kepada masyarakat yang melihatnya. Hudud ini bukan dalam konteks bentuk hukuman semata-mata. Tapi hudud ini juga tersirat bentuk pendidikan dan pengajaran yang besar manfaatnya jika dilaksanakan. Tapi inilah angkara orang yang belajar kitab tapi mentafsirkan sendiri laksana seorang ulama yang muktabar. Selain menghapuskan dosa pelaku semasa di dunia, hudud ini dapat memberi keinsafan yang mendalam terhadap perbuatan jenayah tersebut.

Bila pula UMNO memperkasakan perundangan Islam di Malaysia? Apakah dengan hanya menubuhkan mahkamah syariah saja sudah cukup bagi Mashitah mengatakan perundangan yang terdapat di dalam itu sempurna?

Mashitah mendakwa bahawa setiap hukuman mestilah adil kepada pelakunya. Apakah hudud tidak berlaku adil kepada rakyat bagi Mashitah? Atau apakah Mashitah menganggap bahawa 'hudud' ini tidak adil???

Kalau setakat Mashitah mengatakan masyarakat harus 'mudah' mendapatkan makanan halal, rasanya di Malaysia alasan ini tidak menjadi masalah kecuali makhluk muslim itu sendiri yang mencari makanan yang haram. Mashitah kantoi lagi?

Sekiranya perundangan syariah menggariskan hudud adalah satu sistem terakhir mengikut Mashitah, mengapa enakmen hudud ini tidak dimasukkan di dalamnya. Sebagaimana Mashitah maklum bahawa untuk melaksanakan hudud bukan mudah tapi mengapa tiada dalam siri perundangan syariah negara Malaysia. Sekiranya tidak terdapat saksi yang cukup, maka secara logisnya hukuman itu akan pindah kepada takzir. Tapi sekurang-kurangnya hudud ini termaktub dalam perundangan syariah. Mashitah tidak menjawab persoalan ini melainkan hanya menafikan kepentingan hudud dalam perundangan syariah. Itu saja! Walaupun hudud tidak terlaksana tapi sekurang-kurangnya enakmen tersebut di gazetkan dan sah menjadi satu bentuk hukuman. Tapi mengapa ditolak?

Kesimpulannya dalam bab ini Mashitah beranggapan hudud ini adalah satu bentuk hukuman bukan pengajaran dan pendidikan.

sambungan...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code