SEKALI lagi Mashitah menafikan kepentingan hudud dalam perundangan syariah Islam. Akidah, Rohani dan Akhlak yang dikatakan Mashitah masih kabur. Masih tidak sempurna.Bagaimana dengan hukuman mati kerana mengedar dadah? Mengapa masyarakat di Malaysia sanggup dan boleh menerima hukuman ini? Sedangkan dalam Islam dakwa Mashitah penuh dengan konsep pengampunan. Bagaimana dengan keluarga yang ditinggalkan penjenayah terbabit sekiranya ia digantung sampai mati? Mengapa Mashitah masih setuju dengan hukuman ini, mengapa Mashitah tidakmenentang hukuman yang tidak adil ini? sedangkan hudud pula menurut Mashitah tidak dapat menyelesaikan masalah dan agak tidak adil. Pelik bukan?
Hatta hukuman mati sekalipun dikenakan kepada pengedar dadah. Gejala ini masih berleluasa. Mengapa demikian? Tidak cukupkah dengan pengajaran yang diberikan? Masih belum sempurnakah asuhan Islam UMNO Mashitah di Malaysia? Sesungguhnya tiada hukuman yang paling mujarab untuk mencegah berlakunya jenayah wahai Mashitah. Sebab itu Islam menggariskan hukuman seperti hudud ini. Sesungguhnya hudud itu hukumannya tidaklah sampai mati, tapi konsep pengajarannya sangat luas dan berbaloi. Bagaimana dengan hukuman mandotari mati terhadap pesalah dadah? Tak kasihankah kepada mereka. Apatah lagi yang menjadi 'kaldai' dadah?
Mashitah sekadar hanya menggali kitab dan memberi pandangan mengikut sedap mulut dia saja. Lebih dari itu hanya sekadar tafsiran sendiri mengikut ilmu pengajian dan pemikirannya semata-mata. Jenayah dan pelakunya bukan mengenal siapa. Hatta orang yang beriman sekalipun mampu terjerumus ke dalam perbuatan ini. Dari sudut pandangan lain mungkin ianya adalah sebagai sebahagian dari ujian Allah terhadap penjenayah si alim terbabit, tapi mengapa manusia mengambil keputusan menghukum? Untuk apa sebenarnya? Adakah dia juga termasuk dalam golongan penjenayah? Sedangkan dia seorang yang alim? Jadi Mashitah, meskipun hudud ini sebagaimana didakwa bukan senang untuk dilaksanakan hukumnya lantaran tuntutan-tuntutan fekah yang ada didalamnya seperti saksi yang benar, melihat dengan mata kepala sendiri, hendaklah dipersaksikan seramai 4 orang. Mengapa Mashitah masih menganggap bahawa hudud ini hanya bentuk hukuman semata, dan seolah tidak perlu?
Benarlah dakwaan beliau bahawa ini semua adalah agenda barat, dalam perundangan Islam tiada satupun bentuk hukuman yang dikhususkan untuk hukuman mati seperti secara gantung, suntikan beracun, kerusi elektrik, pancung dan sebagainya. Tidak ditetapkan secara khusus. Tapi mengapa agenda barat ini rakyat Malaysia boleh terima. Tapi bila sebut saja hudud. Mereka terpinga-pinga takut. Padahal untuk mensabitkan hudud itu sangat sukar. Mengapa gerunnya pengikut Mashitah terhadap hudud? Bahkan masih ada harapan untuk diampunkan sekiranya pesalah terrsebut bertaubat dan sebagainya. Mengapa Mashitah masih takut melaksanakan hudud di Malaysia? Siapa sebenarnya yang tidak mahu melaksanakan hudud? UMNO atau PAS? Atau MCA, MIC hatta DAP?
Apakah usia pentadbiran UMNO masih belum cukup untuk berbuat demikian? Sedangkan Kelantan yang inginkan hukuman tersebut dijadikan sebagai satu enakmen pun kerajaan Mashitah menolaknya. Apakah bahana pemikiran sedemikian rupa. Di mana hala tuju pendirian Mashitah dalam bab ini. MAHU ATAU TIDAK??? Itu persoalannya...
sambungan...
Ahad, 17 Jun 2012
DR MASHITAH IBRAHIM MENGGALI KITAB BAGI MEMPERKECILKAN HUDUD BHG 3
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan