Ahad, 17 Jun 2012

DR MASHITAH IBRAHIM MENGGALI KITAB BAGI MEMPERKECILKAN HUDUD BHG AKHIR

PEMBACA dapatlah menilai sendiri akan pendirian Ustazah ini terhadap perundangan Islam iaitu HUDUD. Adakah penggalian kitab Mashitah ini demi mengelak dari terlaksananya hudud atau apa?

"Islam bukanlah hudud semata-mata"...semua orang tahu. Dengan kata lain kitab yang digali Mashitah ialah demi menafikan hak hudud dan mengatakan menggantikan hudud dengan perundangan lain dibolehkan bagi menjaga keharmonian masyarakat bahkan wajib diambil? Menurutnya lagi hudud boleh mendatangkan fitnah dan wasilah kepada masyarakat Islam seluruhnya. Inilah hujah yang membawa kepada kebuntuan dan penolakan UMNO dalam mengambil hudud sebagai perundangan syariah. Mashitah masih tidak faham dan tidak baca habis kitab itu. Fitnah terhadap hudud adalah spekulasi semata-mata. Mengapa harus dinafikan hukum yang telah ditetapkan Allah dengan kitab yang digali Mashitah. Mana yang lebih tinggi martabatnya? Antara AlQuran dan kitab tafsiran Mashitah melalui pengamatannya. Mana lebih hebat?

Apabila orang yang fasik diambil sebagai saksi, maka di sinilah wujudnya fitnah dan wasilah tadi. Apabila pemimpin yang tidak adil, hakim yang berat sebelah menerajui penghakiman undang-undang Islam ini maka di sinilah masalah sebenarnya. Hakim yang menurut telunjuk pemerintah yang zalim inilah yang dikatakan dapat menimbulkan fitnah tersebut. Hakikatnya apa yang diungkapkan Mashitah tiada lain bermaksud sekiranya hudud dilaksanakan maka masyarakat lebih menjauhkan Islam. Bukan demikian Mashitah tapi sebaliknya yang menjauhkan diri dari Islam UMNO ialah MCA dan MIC. Inilah hakikat yang benar mengapa gerombolan UMNO seperti Mashitah sanggup menggali kitab demi mengelakkan dan memberi berbagai alasan bahawa hudud ini tidak wajar dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama. Inilah alasan Mashitah.



Sekali lagi Mashitah menimbulkan keraguan terhadap kerajaan tadbirannya UMNO. Seolah Mashitah menyalahkan PAS kerana tidak memberi kefahaman kepada bukan Islam, tapi bagaimana dengan UMNO? Sudah hampir 70 tahun berdirinya UMNO di bumi Malaysia. Apa yang mereka buat? Konon orang Islam di Malaysia masih lemah dari segi ekonomi. Tengoklah anak-anak menteri UMNO. Tengoklah pula menteri-menteri UMNO sendiri. Bukankah sudah kaya raya. Apa masih meminta dari MCA, MIC lagi ke?

Kesimpulannya, Mashitah hanya menyempitkan kajian sendiri malah menyebarkannya kepada umum dengan mengatakan hudud ini adalah satu pilihan dari beribu hukuman demi untuk mencegah jenayah dan menjaga masyarakat, jika ilmu yang tinggi, iman yang tebal di dada serta didikan yang sempurna, pada dasarnya menurut Mashitah akan dapat mencegah jenayah sebab semuanya beriman, dan pada masa itu baru hudud ini sesuai dilaksanakan. Pelik bukan? Sedangkan sebelum merdeka di Kelantan dan Terengganu hudud sudah menjadi acara yang ditonton masyarakat demi sebuah pengajaran. Tapi mengapa semakin moden dan semakin cerdik manusia kini maka semakin ramai yang mengelak dari melaksanakan hudud yang sah nyata datang dari Al Quran.

Sampai bila kita nak tunggu semuanya sempurna. Soal laki bini bergaduh itu tak perlulah dibincangkan dalam bab hudud ini. Sedangkan lidah lagi tergigit...jika nak tunggu laki bini sempurna, anak sempurna...maka alamatnya tiadalah hudud itu...Inilah ulama UMNO yang sering menjadi kuda tunggangan MCA dan MIC, mencari alasan dan sebab bagi menangkis tohmahan mengapa UMNO tidak mahu hudud?

Tahukan Mashitah bahawa hari demi hari, jenayah rogol, zina, mencuri, ragut, bahkan bunuh dan sebagainya semakin meningkat. Tapi apa yang Mashitah buat? Adakah dengan pendidikan dan solat itu mampu menjamin dari berlakunya jenayah, sedangkan para imam, para ulama dari dulu sampai sekarang juga tidak habis-habis dari melakukan kesalahan jenayah. Apa pendekatan yang dipakai Mashitah nampaknya tidak menjadi.

Malah pelbagai jenayah moden sperti menipu secara maya, judi maya juga semakin meningkat dari hari ke hari bahkan hukuman pilihan Mashitah tidak berkesan. Jadi apa yang harus dilakukan? Apakah Mashitah rasa dengan hukuman yang ada sekarang dapat mengurangkan kadar jenayah? Berapa orang telah mati di tali gantung kerana UMNO meredakan hukuman tersebut sejak zaman Mahathir lagi. Apa undang-undang tersebut mampu mencegahnya? Jika tidak, buatlah hukum Allah. Tengok apa kesannya. Jangan asyik mencari, menggali dan megorek kitab seraya Mashitah masih mengatakan hukuman hudud ini tidak relevan. Padahal dengan jelas dalam Al Quran mengatakan..."Barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Tuhan (Allah) maka sesunggunya orang itu adalah kafir", ...ayat lain juga demikian yang berakhir dengan "fasikun". Tapi Mashitah masih marah bila orang berkata ayat itu. Masih marah jika ada orang kata pemimpin yang menolak hudud adalah 'kafir'........?

-TAMAT-

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code