BILA hampir pilihan raya, tabuh dan gendang perang berebut takhta dipalu. Maka sekonyol-konyol muncullah berbagai dakwaan dengan maksud tidak lain dan tidak bukan cuma satu, iaitu menjatuhkan pihak lawan. Tuduhan dan tohmahan yang langsung tiada dalam kitab moral kemelayuan atau buku teks mata pelajaran sivik di sekolah semena-mena muncul bertebaran menjadi sindrom nuklear di setiap pelusuk ceruk dan kampung.
Demikianlah hebatnya peperangan yang berlaku semata-mata meraih undi. Nilai tambah yang semakin galak dimainkan oleh UMNO BN ialah pembangunan dan budi. Pandainya UMNO (dakwanya) mentadbir hingga dapat memberi sebuah pembangunan yang pesat dan moden, tanpa menduga bahawa negara lain yang jarak kemerdekaan dan pembebasan hampir sama dengan Malaysia jauh lebih maju, contohnya Korea Selatan. Saya suka pilih negara ini sebab tanpa sumber asli hasil bumi seperti petroleum, gas, bijih, malah pertanian seperti getah, kelapa sawit dan sebagainya, tapi berjaya bangkit dan menjadi sebuah negara moden termaju di rantau Asia.
Benarlah dakwa sesetengah pengkaji sejarah bahawa rakyat Malaysia telah dicungkil biji matanya kerana silap. Rakyat Malaysia telah sebaliknya bangga dengan kemajuan yang dikecapi tanpa menduga bahawa orang lain jauh lebih maju dari Malaysia, walaupun tiada sumber dari negara mereka untuk dieksploitasi.
Tapi apa yang lebih malang, rakyat Malaysia telah memberi anugerah kepada orang yang silap, dan mengiktiraf bahawa beliaulah bapa pemodenan Malaysia. Jika diteliti apalah jasanya, selepas lebih 22 tahun menjadi pentadbir negara, dan telah membelanjakan bertrilion wang negara semata-mata mengejar sedikit perkembangan kemajuan. Padahal itupun atas kepentingan peribadi dan anak-beranak...juga kerana desakan kroni mahukan keuntungan besar, tanpa mengira jangka masa, sama ada pendek atau panjang....yang penting....money, money, money.....!!! Antara dasar dan jasa akibat lama mentadbir ialah....ini dia....
1. Dasar pandang ke Timur
2. Dasar Penswastaan
3. Melancarkan kereta negara-Proton
4. Membina Putrajaya
5. Membina Menara KL
6. Membina KLCC/Cyberjaya
7. Litar Lumba
8. Lebuh raya bertol
9. KLIA
10.Stadium Bukit Jalil
11.Langkawi-pusat pelancungan
12.Jambatan Pulau Pinang
13.Mempercepatkan masa setengah jam ke depan
14.Tukar $ kepada unit RM (Ringgit Mahathir)
15.Wawasan 2020
16.Rasanya dah tiada yang besaq2...
Lebih kurang 11 sahaja pembangunan yang besar dilaksanakan oleh PM ini, kita sudah kata Malaysia hebat dan hebat...mengapa 11? Dasar Pandang ke Jepun, wawasan 2020 bukan satu material dan mekanisme kemajuan. Begitu juga dasar penswastaan, serta percepatkan masa. Semua itu adalah satu psokologi mental saja.
Akibatnya, Malaysia dikategorikan maju (oleh rakyatnya sendiri) meski masih jauh tercorot di bawah negara-negara dunia ketiga. Mengapa agaknya kita begitu jauh ke belakang, berbanding Korea Selatan yang tiada sumber dan hasil bumi sendiri. Kajian terbaru menunjukan bahawa para pemimpin yang berada dalam kabinet Korea bukanlah terdiri dari orang-orang yang tersenarai dalam majalah Forbes. Tapi sebaliknya Malaysia, ramai yang tersenarai seperti Mahathir, Daim Zainuddin dan beberapa tokoh semi politik pro kerajaan seperti Syed Mokhtar AlBukhary dan lain-lain. Mereka kaya dan bilionair.
Jika ingin dihuraikan dengan panjang lebar di ruangan ini tidak cukup, tapi sekadar ingin berkongsi pendapat melalui persepsi yang jauh berbeza yang selalu didengari melalui media arus perdana.
Misalnya, Dasar Pandang ke Timur(Jepun) adalah sangat memberi kesan positif mengikut sesetengah pendapat dan mazhab aliran UMNO. Tapi dasar ini telah memberi kesan mendalam dan tragis terhadap para pejuang kemerdekaan yang menentang Jepun satu masa dulu. Jepun telah bersikap kejam dan biadap terhadap masyarakat Melayu. Tapi akhirnya Mahathir memaafkan Jepun dan tunduk kepada Jepun demi meraih simpati membangunkan negara. Jepun ditagih untuk pembangunan dan melupakan dendam kesumat bertahun dulu. Sebaliknya Mahathir lebih sanggup berdendam dengan orang Melayu sendiri seperti peristiwa Memali dan sebagainya. INILAH SIKAP SEORANG DIKTATOR....
Peliknya Chin Peng ditentang, diwartakan dan disebarkan sebagai kejam hingga tidak sanggup dimaafkan oleh seluruh warga Malaysia. Sebab apa? Sebab komunis Chin Peng, Rasyid Maiden, Samsiah Fakeh dan ramai lagi sebenarnya mampu menggugat kestabilan politik dan kuasa UMNO. UMNO mungkin bungkus jika mereka ini di bawa pulang. Itulah muslihatnya.
Dengan Jepun kita sanggup berbaik tapi dengan para pejuang satu masa dulu kita tentang habis-habisan hingga sedikit pun tidak tercatat dalam sejarah kegemilangan Malaysia, sebaliknya semuanya buruk. Dan terbukti buruk!!! Apalah sangat yang ada pada dasar ini...sepatutnya Jepun harus membayar semua kelakuan buruknya kepada rakyat Malaysia, atau sekurang-kurangnya permohonan maaf yang selalu ditagih UMNO kepada rakyat dalam pelbagai isu politik lain. Tapi tidak dengan Jepun. Namun inilah yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia mengikut mazhab UMNO.
Manakala Dasar Penswastaan Negara hanya menjadi alat untuk mengkayakan lagi kroni UMNO dan anak-anak Mahathir. Apa tidaknya yang lahir dari dasar ini ialah badan-badan yang ditanggung kerajaan sepenuhnya tapi telah diswastakan hingga ada yang menjadi separa kerajaan. Nilai kecekapan yang di bawa dengan dasar ini terhadap negara tidaklah sehebat mana berbanding apa yang pemimpin dan menteri dapat hasil dari penswastaan ini. Sistem putaran cukai yang diamalkan terhadap dasar ini ternyata dalam jangka panjang tidak menguntungkan, contohnya MAS, sudah hampir dilanda krisis. TNB, TELEKOM MALAYSIA, semuanya banyak duit tapi bila membentangkan belanjawan selalu ditakrifkan sebagai rugi dan harga terpaksa dinaikkan. Siapa yang kena? Rakyat marhaen juga yang kena.
Kemajuan yang lahir dari dasar ini adalah seperti wujudnya jalan raya bertol yang nyatanya nampak gah dan moden, tapi rakyat sering menjadi mangsa kenaikan kadar tol hampir setiap tahun.
Akibat hilangnya banyak sumber ekonomi diraih oleh organisasi dan individu, akhirnya Tun Mahathir terpaksa menghapuskan banyak subsidi. Apa yang sangat menghairankan ke mana hilangnya bajet untuk subsidi ini, sedangkan di zaman Husin Onn. Kemampuan kewangan kerajaan nampaknya lebih terserlah. Banyak subsidi dapat diberikan kepada rakyat, hingga rakyat rata-ratanya bawa duit 20 sen pun sudahcukup untuk ke sekolah menimba ilmu. Tapi kini Ringgit Mahathir (RM)2.00 belum tentu kenyang berada di sekolah.
Akibat perubahan dalam sistem, maka banyaklah tender-tender awam dibuka, banyaklah lesen-lesen kontrak diberi dalam berbagai kelas untuk menjana pendapatan ini. Namun apa yang sangat malang dan sedih ialah setelah lebih 30 tahun nampaknya lesen ini telah lama dibekukan dan pemegang lesen yang sedia ada berlumba-lumba mencari menteri yang mampu memberi sokongan. Maka akhirnya apa yang terjadi? Berlakulah berbagai bangunan runtuh seperti stadium di Terengganu, bangunan makmal sekolah, kebocoran atap di Putrajaya dan parlimen dan banyak lagi peristiwa yang hampir masyarakat lupakan, sehinggalah kini sebagaimana yang telah didedahkan Pakatan Rakyat adalah berkaitan bidaan pembinaan LRT yang diberi kepada orang yang langsung tidak layak menerimanya. Markah dapat rendah tapi syarikat masih dapat projek.
Rentetan dari dasar penswastaan ini sebenarnya telah mengheret bersama gejala-gejala rasuah yang bertebaran di sekeliling pinggang, malah jika nampak ibarat nak bergerak pun tak boleh. Rasuah di mana-mana.
Tapi apa yang kroni BN dapat? Rata-rata projek termasuk juga bekalan makanan bermasak untuk orang Islam ke sekolah-sekolah berasrama penuh, termasuk sekolah-sekolah biasa dan teknik yang mempunyai asrama. Berkejar-kejaran rakyat masuk untuk mendapatkan tawaran tender, tapi siapa yang dapat? Carilah seorang yang dapat tender itu berdasarkan kemampuan kapasitinya sebagai penender tanpa ada tangan-tangan di sebaliknya. Tiada, sama sekali tiada.
Begitu juga dengan tender bersih kawasan sekolah, meski berjuta rakyat yang mahir dalam bidang ini tapi orang yang sama saja diberi peluang, mengapa? Sebab paling mudah adalah mulut-mulut yanng ternganga luas menanti untuk disuapi. Selidikilah jika ini meragukan. Seratus peratus orang yang dapat tender dari kerajaan Barisan Nasional akan dipimpin oleh pemimpin BN. Bukan tangan kosong yang memimpin, tapi ada kira-kira di belakangnya.
Gejala ini jelas menunjukkan betapa silapnya rakyat kerana memberi kuasa yang terlalu lama bagi seorang manusia mentadbir, sedangkan hasil kerjanya tidaklah terserlah mana. 15 perkara dalam tempoh lebih 20 tahun, kalau jaga anak dara dah berlaki budak tuh.. tapi Malaysia masih ditakuk 30 tahun dulu.
Bingainya rakyat Malaysia kerana tidak nampak, betapa hebat tekanan kerajaan UMNO meratah hak rakyat. Menaikkan harga berbagai barangan utama, seperti minyak petrol. Sekali gus menyebabkan barangan lain turut melambung. Sekali naik, maka sudah tentu tidak akan turun, akibatnya inflasi turut meningkat sama. Siapa yang terasa dalam situasi ini sudah tentu rakyat marhaen. Bagi menteri dan orang kenamaan ada mereka terasa? Nak ke sana, ke sini semuanya dengan menggunakan pengangkutan rasmi kerajaan, minyak percuma, siap iringan polis trafik lagi, tiada jem. Alangkah senangnya menjadi orang kenamaan. Orang kelas ini tidak terasa walau harga barangan asas 10-20 kali naik pun mereka tidak susah. Tapi siapa mereka? Tidak lain dan tidak bukan adalah keturunan pemimpin yang terdahulu. Jawatan dan calon dalam pilihan raya sudah diwarnai oleh kaum kerabat dan saudara mara pemimpin terdahulu. Golongan ini otomatisnya mencipta status tersendiri, dengan penyokongnya tersendiri pula.
Bila hidup diselubungi kesenangan, mana mungkin pemimpin ini dapat menyelami perasaan sebenar rakyat? Sama sekali tidak mungkin. Mana mungkin pembangunan dan kemajuan ini dibina tanpa ada sesuatu untuk disuap ke dalam mulut. Tidak sama sekali.
Para pemimpin yang ada sekarang mengejar dan membina kemajuan tapi semuanya bersikap tamak dan riak. Apa maknanya pembangunan andai para pemimpin selalu mengungkit apa yang dianugerahkan kepada rakyat. Apa maknanya pembangunan sekiranya para pemimpinsentiasa hidup dalam keujuban dan riak. Biar negeri miskin dan tidak maju, asal pemimpinnya juga seorang yang bertakwa, tidak rasuah dan mementingkan kroni.
Apa gunanya kemajuan andai jiwa para pemimpin hanya dipenuhi dengan rasa hebat, rasa haloba, riak, ujub, bangga diri sepanjang masa. Apatah lagi usia sudah lanjut dan 'malam' namun tanpa ada niat sedikit pun untuk bersara dan memberi peluang kepada orang lain untuk mentadbir negara. Bagi orang lain tadbir, tapi selepas itu...dikritik, dikeji seolah tidak genap lagi jadi PM. Laksana Maharani Tzu Chi yang memerintah secara kuku besi di belakang tabir -behind the curtains.
Biar lama mentadbir asalkan bila rakyat melihat pemimpinnya, jiwa akan terasa tenang dan damai. Tapi sebaliknya, jika rakyat tengok muka seseorang pemimpin itu telah 'mari danhh' (Kelantan language)/terdetik di hati/ first impression timbul rasa mual, menyampah, muka nampak teduh, redup, kelam, serabut wal kalibut, tiada langsung cahaya keimanan. Maka ketahuilah bahawa pemimpin tersebut ialah seekor JEMBALANG TANAH......
Selasa, 3 Julai 2012
APA GUNANYA KEMAJUAN ANDAI JIWA PARA PEMIMPIN DIPENUHI SIFAT TAMAK DAN RIAK!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan