Khamis, 19 Julai 2012

KISAH SI AWANG!!!

SEBUT saja nama Awang memang cukup masyhur sehingga jika orang itu berasal dari Kelantan dan berhijrah ke luar Kelantan, maka panggilan 'Awe' akan digelarkan kepadanya walaupun pada i/c nya dia bukan bernama Awang.

Awe/Awang ini adalah panggilan manja bagi anak lelaki di Kelantan. Biasanya ibu bapa yang memanggil anak lelakinya dengan nama Awe ini adalah merupakan anak yang paling manja dan dipuja oleh keluarga, kebanyakan gelaran ini diberikan kepada anak lelaki 'bongsu' atau anak lelaki paling muda dalam sesuatu keluarga.

Menyingkap cerita di balik sejarah, nama Si Awang ini amat klasik dan sinonim dengan nama orang Melayu, tapi agak 'ancient' atau purba sedikit, dan watak orang yang bernama Awang ini jika masih hidup, kebanyakannya sudah berumur/tua. Antara watak-watak gah zaman dulu nama si Awang ini ialah Awang Liku, Awang Kulup Besar, Awang Tahi Telinga, Awang Bontot Tajam, dan masing-masing ada cerita lawaknya sendiri-sendiri.

Berlalunya zaman kuno maka berganti pula dengan zaman moden, anak-anak semuanya bernama ala Inggeris serta 'up to date'. Kebanyakan ibu bapa sudah malu untuk meletakkan anak mereka dengan nama 'Awang'. Nama Awang adalah nama untuk orang Melayu zaman Tok Kong Tonggek. Tapi kini semua Tok Kong sudah 'tipus' dan tidak tonggek lagi. Kepupusan Tok Kong Tonggek telah mengikis bersamanya nama si Awang tadi.

Ricihnya mengikut kepercayaan dulu, orang yang bernama Awang mempunyai sifat semula jadi yang sentiasa galak dengan perangai suka mendorong orang lain melakukan sesuatu untuknya. Suka mendorong orang mengikutinya dan terpengaruh dengannya. Mungkin juga kerana dia diasuh dengan manja oleh ibu bapanya, maka sikapnya juga demikian, ingin selalu menjadi 'kepala' inilah sikapnya. Biasalah, namanya pun sudah tinggal kat muzium saja, inikan pula tuannya, kebanyakan Awang ini, mempunyai rupa paras yang 'komoh' dan 'dokos', jelas akan lagak kekampungan dan sikap primitifnya.

Peliknya semakin moden nama manusia kini, nampaknya semakin popular kembali nama si Awang. Nama 'kitar semula' ini galak meniti di setiap bibir masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Hari demi hari, ada-ada saja watak si Awang ini berlegar bermain dalam komuniti.

Antara watak-watak Awang yang jenis spesis lama dan baru wujud ini dapatlah dikenal pasti dengan jenama berikut:

Awang 1

Legasi Awang yang baru muncul dan sangat terkenal kebelakangan ini di Malaysia ialah pendatang dari benua Afrika, mereka ini berkulit gelap dan berketurunan Negro. Biasanya mereka berbadan tegap dan tinggi lampai. Gelaran yang diberikan kepada mereka ialah 'Awang Hitam'. Entah siapa yang mula-mula menggelarkan mereka ini sedemikian rupa, tapi lebih popular bila ianya disensasikan dalam media arus perdana. Sifat dan gelagat mereka yang kekampungan ini juga adalah satu faktor mengapa gelaran 'Awang' ini memang layak untuk mereka. Pendek kata, Awang Hitam ini hanya banyak tertumpu di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Mereka suka mengganggu rakyat tempatan dengan berbagai kaedah dan cara kekampungan mereka. Melakukan rusuhan dan pelbagai jenayah. Inilah nama Awang yang ada di sini sekarang di bumi Malaysia yang tercinta. Hasil dari keterbukaan pimpinan kerajaan memartabatkan IPTS dengan biaya pelbagai bentuk pinjaman pelajaran mahupun meluluskan pas belajar utnuk meramaikan makhluk spesis Awang ini.

Awang 2

Antara nama pesaka Awang yang masih tinggal ialah Awang Selamat, pengulas karat UMNO di Utusan Malaysia. Awang ini sengaja mencari helah dan bijak bermain kata untuk membela kerajaan UMNO, menuduh dan memfitnah sudah menjadi darah daging dalam mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Awang Selamat adalah penulis pojok yang gemar menangguk di air keruh, antaranya mengutuk Nik Aziz dengan berbagai tohmahan, macamlah baginya hanya UMNO yang pandai mentadbir negara, tanpa sedikit pun ada kelemahan dan kecacatan di pihak UMNO. Walhal apa yang dikatakan itu hanyalah lahir dari akal fikirannya selaras dengan kehendak taukehnya yang menghalalkan putar belit demi UMNO. Awang Selamat - selamat di dunia tapi akhirat belum tentu, beliau suka membuat tuduhan yang melulu dan buta tuli. Inilah kisah Awang Selamat yang masih hidup di Malaysia ini.

Awang 3

Ini adalah Awang yang baru muncul setakat ini, Awang Arang: Inilah nama yang masyhur sekarang, tapi nampaknya Awang Arang ni sudah nak jadi Awang Haram agaknya, bila disiasat mewujudkan ketegangan kaum di Malaysia. Takkan sampai begitu sekali, sedangkan Awang Metalik yang dekat Perak lagi boleh jadi menteri besar. Satu-satunya kaum India yang dapat menjadi Menteri Besar di Malaysia.



Awang 4

Awang inilah satu-satunya wujud secara realiti dan suka becakap bohong, Awang ini hanya pandai kata kat orang saja, tapi diri sendiri penuh bergelumang najis. Inilah berita penuh Awang ini, namanya ialah AWANG ADEK...bekas menteri Besar Kelantan yang tinggal dalam angan-angan. Menteri Besar tak dapat tangan pula berbau najis kerana kalah dalam gebuk sendiri.

KUALA LUMPUR: Biarpun cabaran dibuat sejak minggu lalu, namun sehingga kini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek masih membisu berhubung hubungan beliau dengan ahli peniagaan Chung Hon Cheong.


Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang Adek untuk tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan.

"Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa 3 minggu diberikan semakin berlalu.

"Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas eidulFitri," kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin.

Minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong.

Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.

Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran.

Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999.

Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.

"Itu hanya sebahagian dari dokumen lain. Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, bil - bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut," tegas Badrul.

Awang 5

Seorang lagi makhluk terakhir yang bernama Awang ialah Awang Sariyan, kunon seorang pejuang bahasa yang sejati dan pembela Melayu, namun hakikatnya perjuangan sedemikian dilihat sebagai satu yang sia-sia bila DBP yang di ketuainya gagal menghasilkan tulisan beridentitikan Melayu. Malah tiada satupun tulisan Melayu yang dihasilkan, melainkan hanya menggunakan huruf-huruf roman saja. Jawi telah lama dihapuskan oleh DBP, namun apalah sangat tulisan yang dijiplak dari tulisan Arab itu hanya sekadar menambah beberapa huruf yang tiada intonasi dan dengung dalam bahasa Arab, antaranya huruf 'cha', 'nga', 'nya'.Hanya 3 huruf inilah ciptaan para syeikh dulu kala untuk mengidentifikasikan bahawa jawi adalah milik orang Melayu. Selebihnya tiada lagi fungsi DBP ini, hanya mengagungkan tulisan barat saja. Tengoklah bangsa lain hatta Jawa pun ada huruf dan bentuk tulisan sendiri, Myanmar, Thai dan kebanyakan bangsa yang dianggap ketinggalan dalam berbagai sudut, tapi mereka mempunyai sistem bahasa yang tersendiri lagi unik.

Awang Sariyan hanya berjuang untuk membolehkan semua kaum di Malaysia ini menggunakan bahasa Melayu, konsep yang ditiru dari Indonesia. Tapi itu semua adalah satu hajat yang tidak mungkin tercapai selagi Malaysia adalah sebuah negara multination...gara-gara UMNO ingin sangat merdeka dengan kedamaian.

KESIMPULAN

Nama Awang ini sinonimnya dengan aktiviti maksiat dan negatif belaka. Jadi nasihat admin kepada para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata, usahlah diberikan nama Awang kepada anak mereka, namun yang dah terlepas itu apa boleh buat. Ubatnya hanyalah didikan agama semata-mata yang mampu mengubah makhluk yang bernama AWANG tadi. Nampaknya hanya Awang Sariyan saja yang agak unggul meninggalkan barisan Awang-Awang yang lain...itupun sebab dia orang kampung gua beb....!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code