Isnin, 17 Oktober 2011

AWANG SELAMAT SEMAKIN SELAMAT SETELAH CENCANG AZIZ BARI

SEKALI lagi awang selamat menyalak berdekoh-dekoh demi menyelamatkan diri dan kaumnya. Awang suka menghentam musuh yang dirasakan padan dengannya atau sikit lebih darinya. Biarpun awang terpaksa menggelupur di bawah kena luku, awang tetap melawan. Melawan dan terus melawan sehingga akhirnya awang pengsan setengah mati.

NONE
Awang mengatakan bahawa Aziz Bari kini seorang penderhaka kepada agama dan raja-raja Melayu hatta kata-kata Aziz Bari yang mempersoalkan tindakan Sultan Selangor sebagai `bukan sesuatu yang lazim dan tidak konsisten’. Inilah yang awang bedil. Awang bedil Aziz kerana padanya Aziz Bari melakukan sesuatu yang tidak lazim bila mempersoalkan kredibiliti raja yang sah, termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Selangor bahawa sultan mempunyai kuasa mutlak dalam hal ehwal agama Islam di Selangor.

Keadaan ini timbul setelah kerajaan negeri Selangor tidak akan merungut berkaitan sebarang keputusan yang dibuat sultan. Jadi secara langsung UMNO seperti awang tidak berpeluang mencari publisiti dalam isu ini. Justru bila Aziz yang kelihatan lebih cenderung kepada pembangkang tapi berprofile akademik membuat ulasan yang sedikit berkaitan isu itu, maka dengan cepatnya awang dan Zul Kulum melatah lalu membedilnya. Sekurang-kurangnya bila Aziz Bari terkena tembakan, maka akan merebaklah kepada parti pembangkang yang tampil membela Aziz nanti. Nampaknya politik awang ini sudah boleh dibaca. Taktik ini taktik lama awang.

Awang tidak bijak menilai sesuatu itu dengan mata kepala, tapi awang lebih suka menilai sesuatu itu melalui kepala lutut. Rentetan kata-kata awang itu, maka sekonyong-konyong muncullah pembela awang yang mengulas dengan mengatakan Aziz Bari kurang ajar oleh Dr. M [klik sini] dan [klik sini]. Siapa Mahathir dalam soal institusi raja-raja awang juga lebih tahu bab ini. Bukankah lucu sikap sang Mahathir ini.

Akhirnya pelbagai pihak tampil mendesak agar Aziz memohon maaf kerana kesilapan dari segi moral bukan undang-undang yang dilanggari. Padahal semua orang sudah tahu apa motif di sebalik permohonan maaf itu?

Sebelum ini Lim Guan Eng telah memohon maaf secara terbuka kepada sultan Johor kerana pada dasarnya telah menghina negeri Johor. Setelah berbuat demikian apa yang diulaskan dan diminta UMNO?

Mereka mengatakan bahawa Lim Guan Eng telah mengaku salah kerana sudah terlajak kata dan akhirnya maaf sahaja tidak cukup. Inilah yang membawa gejala dalam hal kemaafan yang didesak oleh gerombolan seperti awang ini. Walau hakikatnya Guan Eng meminta maaf atas dasar meredakan keadaan yang mendesak, bukan terbukti secara fakta dan perundangan mahkamah yang menyatakan Lim Guan Eng bersalah, tapi media UMNO yang menghukumnya sedemikian. Akhirnya permohonan maaf oleh Guan Eng hanya membawa kepada gejala yang lebih buruk lagi dimainkan oleh UMNO bukan sahaja berhenti setakat itu sahaja.

Aziz Bari juga dalam soal ini telah didesak untuk melakukan hal yang serupa walau selama ini telah banyak menulis tentang Majlis Raja-Raja, tentang Perlembagaan dan berbagai makalah berkaitan perundangan negara. Tapi akhirnya apa yang beliau dapat?

Pendek kata segala jasa yang selama ini dibuat seolah dilemparkan begitu saja tanpa dipedulikan oleh kerajaan Malaysia. Mungkin jika perkara ini berlaku semasa Mahathir menjadi PM dulu Aziz Bari akan dicampakkan ke laut seperti Osama oleh Obama. Inilah yang berlaku di Malaysia. Orang yang berjasa senang saja dilupakan, ditohok, dilemparkan tanpa ada kemaafan lagi malah segala jasanya bakal dikuburkan bersama jasadnya sehingga sejarahnya juga turut dipadam dalam lipatan.

Awang dalam hal suka memprovokasi satu-satu isu amat pandai bermain kata, amat bijak mengolah susunan ayat agar nampak idea yang jitu lagi bernas, walhal awang juga tahu sikap yang terlalu obses kepada parti UMNO bahkan langsung tidak pernah menerima pandangan pembangkang atau orang lain yang tidak sealiran dengan UMNO bukanlah satu langkah yang bijak.

Awang juga lebih tahu pasal isu kebobrokan moral, isu kemandulan idea dan isu ketandusan pemimpin berwibawa dalam UMNO. Bukan semuanya yang UMNO buat betul lagi tepat. Soal kenaikan harga barang misalnya dan kadar inflasi yang begitu tinggi dirasakan oleh rakyat negara ini awang lebih arif. Awang tahu mengapa nilai wang kita begitu jauh ditinggalkan Singapura, sedangkan dulu semasa Tun Razak mata wang kita hampir sama saja. Awang tahu itu.

Awang juga tahu kalangan pemimpin UMNO kehidupan mereka dari segi kewangan jauh lebih kaya berbanding kehidupan ahli dari parti pembangkang, awang tahu itu. Tapi awang masih menggunakan sifir yang sama, awang kata jika pembangkang berada di tempat yang sama seperti UMNO sekarang, perkara serupa akan berlaku bahkan awang kata mungkin lebih teruk lagi? Inilah sifir yang awang selalu guna pakai dalam menolak pembangkang. Inilah sifir gila babi awang.

Wahai sang awang, sesuatu itu jika belum cuba kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, awang cuma hidup dalam ramalan dan khayalan sahaja. Secara relatif, agenda dan pemikiran pembangkang saja sudah tidak sama. Awang kena berani mencuba dulu. Perkara ini terletak di tangan orang-orang biasa seperti awang. Awang guna bendera yang sama sebab awang dayus, awang tak pandai berenang menentang arus. Awang tidak mahu menerima ajaran bagaimana cara nak berenang. Awang risau takut lemas. Awang takut mati konyol. Inilah sikap kepala batu awang. Awang degil.

UMNO akan mempertahankan segalanya sebab itu periuk nasinya. Sebab itu lubuk duitnya. Bukan untuk rakyat pada hakikatnya. Bukan sama sekali. Jika tidak masakan subsidi yang sah nyata untuk rakyat seharusnya patut diteruskan kerana itu tanggungjawab kerajaan yang memimpin kepada rakyat. Tapi malangnya, orang-orang seperti awang menyokong kerajaan menghapuskan subsidi dan membiarkan rakyat terumbang-ambing mencari sesuap rezeki pagi dan petang hatta malam sekalipun untuk menampung segala subsidi yang dihapuskan UMNO kepada rakyatnya. Bila rakyat susah melawat gereja untuk menerima bantuan awang marah, awang mengamuk. Tapi bantuan yang sepatutnya kerajaan awang beri, awang lupakan. Awang sanggup sokong pemimpin UMNO yang beli rumah besar dan berbini dua dengan artis pula tu. Ini awang tabik, awang setuju. Awang tak kata apa. Senyap dan sunyi dari awang.

Awang lupa lagi dalam soal subsidi: Mengapa dulu kerajaan mampu mengadakan subsidi tetapi sekarang tidak lagi? Bijakkah mentadbir sedemikian rupa? Apa perubahan yang berlaku antara pemimpin dahulu dan sekarang?

Pemimpin dulu membela rakyat tapi pemimpin sekarang cari makan, itu bezanya. Jawapan ini sangat tepat. Awang kematu lagi. Malah jika dalam pembangkang terutama PAS, logiknya tidak pernah dikaitkan dengan sebarang isu rasuah yang besar-besar untuk kepentingan diri. Sebaliknya dalam UMNO? Awang juga tahu, tapi awang masih kata UMNO baik.

PAS heboh pasal hudud pada musim pilihan raya kerana UMNO akan ingat hudud pada masa ini saja. Jika tidak sebab pilihan raya maka UMNO lupa terus pasal hudud dan tidak ambil kisah sedikitpun. Lantaran itu bila muncul pilihan raya, maka hudud juga muncul untuk mengingatkan UMNO dan sultan bahawa masih ada yang tertinggal dalam perlumbaannya untuk mengejar kedudukan dunia.

Pendek kata awang semua tahu pasal politik, pasal ekonomi dan pasal kebejatan sosial dalam negara, tapi awang masih buta pasal agama dan demokrasi berperlembagaan yang sebenar. Awang terus hanyut dan hanyut. Awang hanyut demi takut menentang arus bahkan sanggup melakukan yang bertentangan dengan naluri sendiri demi menyelamatkan diri dan keluarga awang. Itu saja!

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code