Ahad, 16 Oktober 2011

TSU KOON TERSUNGKUR SEBELUM BERJUANG


JELAS, habis madu sepah dibuang, cocoklah ungkapan ini bila kelangsungan parti tidak lagi memerlukan orang yang lemah berada di atas. Tsu Koon kena tahu, inilah sikap sebenar yang wujud dalam BN, bila sudah tidak berdaya saing lagi. Penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung datang. Maka tunggulah saatnya. Anda akan di ban sai  atas kepala oleh sahabat-handai anda sendiri.

Presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan beliau bersedia mengorbankan dirinya sendiri supaya parti itu dapat menyediakan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

Katanya, beliau tidak akan memberitahu apa yang akan dilakukannya buat masa ini kerana beberapa perkara masih perlu disemak dan diselaraskan.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam persidang nasional GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata beliau boleh menjamin akan mengorbankan dirinya untuk parti.

Janji itu ekoran suara-suara cemas, antaranya Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe yang semalam menggesa Koh tidak bertanding pada pilihan raya umum demi kepentingan parti.

Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mengesahkan atau menafikan kemungkinannya untuk bertanding lagi.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code