DIAM tak linang Awang Selamat taji berkarat UMNO, menuding jari lagi ke arah Tuan Guru Nik Aziz dalam mentafsirkan penggabungan antara PAS dan DAP. Isu yang dibangkitkan oleh Awang seolah PAS seharusnya bermusuh dengan orang bukan Islam. Malah PAS itu adalah sebuah parti yang mesti menjadikan Chua Soi Lek (penzina) seorang Islam. Seolah dalam pemikiran Awang, Nik Aziz adalah orang yang bertanggungjawab bagi memastikan Liow Tiong Lai masuk syurga.
Dalam tulisan Awang yang mengatakan bahawa orang kafir masuk Islam begitu ramai semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman di bawah bendera UMNO, manakah buktinya. Apakah hanya sekadar Tunku berjaya kahwin dengan seorang bukan Islam kemudian akhirnya berpisah menjadikan satu fakta buat Awang mengatakan Islam zaman UMNO dulu berkembang?
Tapi lupakah Awang sekarang. Apa Awang Selamat sudah tuli bercampur buta bahawa kebelakangan ini bilangan orang Islam yang murtad atau keluar Islam juga terlalu ramai. Ramainya murtad adalah juga berpunca dari kegagalan kerajaan UMNO. Malah isu yang diperjuangkan Hasan Ali berkisar tentang murtad masih juga sama, iaitu masih menyalahkan PAS sehingga akhirnya ramai yang beranggapan bahawa itu juga tanggungjawab PAS bukan UMNO. Nampaknya Awang hanya nampak bila orang kafir masuk Islam, UMNOlah puncanya. Tapi bila ramai yang murtad pada zaman Mahathir sehingga era Najib seperti Lina Joy, Azhar Mansur, Nor Aisyah Bokhari dan terakhir isu murtad yang dilakukan oleh gereja di negeri Selangor yang sangat hebat diperjuangkan Hasan Ali, masih lagi tidak cukup untuk Awang mengakuri keburukan kerajaannya UMNO. Apa yang sangat dikesalkan ialah Awang masih berani menyatakan segala-galanya adalah disebabkan Tuan Guru Nik Aziz. Walhal kesalahan murtad ini adalah disebabkan oleh kerajaan yang ada sekarang. Iaitu kerajaan Awang Selamat.
Inilah label pemikiran orang yang sangat dalam mencintai UMNO kategori mania, menegakkan benang yang basah dan tidak sanggup membetulkan kesalahan diri tapi begitu angkuh mendabik dada membawa kesalahan itu adalah berpunca dari orang lain. Malah satu-satunya musuh Awang Selamat ialah Nik Aziz. Meskipun Tuan Guru Nik Aziz sanggup memotong gajinya, sanggup tidak tinggal di rumah agam seorang Menteri Besar, sanggup tidak bermewah dengan harta kerajaan seperti kereta, pengawal peribadi dan sebagainya. Bahkan jika Menteri Besar UMNO seperti Khir Toyo sudah lama ditaramnya kemewahan sebegini. Apatah lagi Bugatty Veyron, dan Porche milik anak Mahathir dan Nazri Aziz yang berbangga dengan ijazah undang-undangnya, malah anaknya pun ada pengawal peribadi. Mewah.
Sedikitpun Awang tidak sedar ini semua, sebaliknya yang menjadi kurap kepada Awang ialah Nik Aziz dan Nik Aziz. Apapun yang Nik Aziz lakukan tetap tidak menyenangkan Awang Selamat. Awang Selamat melaga-lagakan PAS dan DAP sebabnya sangat mudah, bukan isu perjuangan PAS terhadap Islam tapi soalnya UMNO semakin parah dalam meraih undi orang Melayu. Jadi senjatanya Awang terpaksa menjatuhkan kredibiliti pemimpin agung dalam PAS seperti Nik Aziz. Awang terpaksa memburuk-burukkan pokok perjuangan PAS demi mudahnya mengekalkan kuasa. Inilah mandat yang diberikan UMNO kepada insan seperti Awang.
Awang Selamat hanya tahu menyalahkan PAS bila berkait dengan Islam, sebaliknya bukan parti UMNO yang mendakwa juga beragama Islam dan berani bersuara berjuang demi Islam. Rasanya PAS berbaik dengan DAP yang nyata kafir SEBENARNYA lebih baik dari berkawan dengan orang yang mengaku Islam tapi sedikitpun tidak mengamalkan ciri-ciri kesederhanaan dalam Islam.
Cukup dengan satu bukti saja tak perlu banyak, seorang Perdana Menteri Malaysia yang mengaku Islam, mengaku perjuangkan Islam tapi masih sanggup memakai rantai emas dileher.
Inilah ciri-ciri pemimpin yang diagungkan Awang Selamat |
Kalau PAS berkawan dengan DAP adalah sangat wajar kerana sekurang-kurangnya orang kafir pandai mentafsir Al-Quran dan mencari hadis daripada berkawan dengan pemimpin UMNO yang tak tahu hukum-hakam agama Islam meski dilahirkan dalam Islam. Pakai rantai 'emas' jelas menunjukkan Najib Razak juga sama dengan Chua Soi Lek cina kafir laknat.
1 comments:
awang selamat adalah seorang pengampu, bukan pejuang. Nak tunjuk mukapun tak berani. Inikan pula bergadai periuk nasi.
Catat Ulasan