SEPATUTNYA tak perlu guna tempoh itu sebabnya Najib juga akan menjadi PM Malaysia, jadi bukan saja 5 tahun sebaliknya berpuluh tahun lagi Najib ada mandat. Tapi mengapa Najib hanya nak penuhkan tempoh 5 tahun saja tak nak penuhkan tempoh yang berpuluh tahun lagi itu???
Nampaknya inilah ketakutan yang jelas terbayang di wajah gerombolan UMNO sebenarnya. Mereka gerun mengahadapi PRU nanti, sebab itu ditangguh, tangguh, tangguh...bermain masa memenuhi gubuk, merangka strategi, mencari peluang terbaik bila agaknya rakyat akan berpaling mengundi UMNO BN semula. Inilah persoalannya.
Mengapa Najib hanya mengejar tempoh yang sedikit berbanding tempoh yang panjang? Konon Najib mohon untuk memenuhi program dan kebajikan kepada rakyat...mengapa hanya tempoh 5 tahun ini untuk berbuat demikian, apakah tempoh bagi tahun ke-6 Najib sudah tumbang dan segala perancangan terbengkalai? Nampaknya pengampu Najib yang masih menebal dengan sikap tamak hanya memberi komen-komen yang membutakan rakyat, membutakan Najib hingga tidak nampak jalan pulang lagi. Ciri edukated ada pada mereka yang membuat kajian kepopularan Najib hanya sekadar mendapat perhatian pimpinan atasan, apatah lagi ilmu yang ada mereka semata-mata digunakan untuk mengaburi pilihan rakyat. Agar apa yang dinyatakan hanya nampak baik dan munasabah.
Inilah propaganda dan dakyah golongan profesor kelahiran sekolah sekular UMNO ini, mereka bela, pertahankan sedayanya, tidak kiralah PM itu siapa, hatta walaupun PM itu hanyalah seekor lembu pun mereka sanggup membelanya dengan mengatakan lembu itu bagus, kerana tidak makan nasi negara dapat berjimat, dan berbagai alasan yang konkrit dalam tafsiran serta pemikiran mereka sebagai cendikiawan. Cendikiawan sebegini adalah "cendikiawan cari makan", bukan cendikiawan berorietasikan ilmu. Nampaknya golongan ini semakin galak menebak dan menebas apa saja yang menjadi halangan kepada Najib selaku PM.
Rupa-rupanya dalam edaran dan cakap-cakap tertutup dalam kalangan mereka ialah kerana membela kerajaan adalah satu jihad dan haram menentang kerajaan. Inilah pandangan mereka apatah lagi setelah disogok dengan berbagai pangkat dan anugerah, hutang budi inilah yang menjadi sindrom kepada tergadainya maruah dan harga diri sebagai cendikiawan tulin. 'Hutang budi tergadai bodi' inilah falsafah yang dipegang Najib untuk mentarbiyahkan dan berbakti dengan beri sedikit bantuan kepada rakyat untuk meraih bergunung keuntungan untuk diri sendiri dan kaum kerabat. Rakyat akan kata tak apalah...Najib dapat aku pun dapat...tapi masalahnya Najib dapat banyak...rakyat dapat sikit.
Inilah kebodohan rakyat Malaysia berjuang bermati-matian demi menjaga perut pemimpin yang sudah sedia kaya. Tapi rakyat marhaen...memang nak mampus....
Inilah kenyataan gerombolan "bodoh dalam cerdik" UMNO. Tidak adil bagi Najib yang baru perintah 3 tahun...tapi macam mana dengan Pak Lah dulu? Adakah adil bagi Pak Lah dijatuhkan dengan sedemikian rupa, lepas tu dikritik sebagai PM yang paling lemah abad ini?
Najib dan geng kangkungnya harus mengakui bahawa rakyat kini sudah mula memberontak, dan apa sekalipun yang Najib lakukan tidak mungkin dapat mengubat luka. Betapa parahnya penipuan UMNO terhadap Melayu. Rasuah, korap, mungkar Islam dan fitnah UMNO terhadap sesama Melayu menjadi satu kesumat yang sangat besar. Bahkan menjadi iltizam untuk rakyat yang sedar kepincangan ini menjatuhkan UMNO seluruhnya.
UMNO dan ahlinya sudah tidak lagi mampu memimpin dengan ikhlas, betul dan jujur. Sebaliknya sistem yang dibina UMNO ternyata telah menggariskan jurang kapitalisme yang tinggi serta membezakan darjat antara kaum dalam masyarakat. Seolah hanya keturunan pemimpin sahaja yang dapat menjadi MB dan PM, selain itu orang lain 'tidak mungkin', sudah kabur dan gayat. Begitu juga dengan sebarang pangkat dan darjat, hanya orang yang benar-benar UMNO maka dipilih dan dinaikkan pangkat walaupun sebenarnya orang yang dipilih itu hanyalah tak ubah seperti 'ayam daging' saja.
UMNO sudah tidak relevan lagi dengan masyarakat kecil pangkatnya di Malaysia, tidak sesuai lagi darjatnya untuk orang beragama Islam. Pemimpin yang ada dalam UMNO sudah hanyut dengan berbagai maksiat, termasuklah Najib yang jahil beragama,(pakai rantai emas lagi). Inikah model pemimpin yang harus dipilih oleh umat Islam di Malaysia? Hanya orang-orang yang bermaksiat saja suka dengan pemimpin maksiat, ini adalah pasangan secocok. Hanya Manikam mengenal Jauhari....
Namun apakan daya, sebab umat yang ada sekarang kurang nilai didikan agama di samping terus hanyut mendewasakan pentadbiran Najib ini dengan buat-buat tidak nampak kesalahannya, walaupun Najib ini seorang pembunuh. Mereka juga tidak peduli. Buta perut.
Jika tadi komen yang diberikan oleh gerombolan profesor adalah komen manusia yang "bodoh dalam cerdik" laksana Ahli Nujum Negara. Tapi kini dalam UMNO muncul pula satu golongan yang terbalik dari golongan di atas iaitu golongan yang "cerdik dalam bodoh". Antara golongan ini ialah komen Mashitah Ibrahim terhadap hukum Islam iaitu hudud. Mashitah cerdik agama tapi sebenarnya bodoh AlQuran...benok alkitab..selain itu orang yang termasuk dalam golongan itu ialah ulama muda UMNO...klik sini
Kesimpulannya, dalam UMNO ada 2 golongan yang selalu mencari-cari peluang dan mengintai alat sulit (skodeng) orang lain. Peranan dua golongan ini semakin manjahanamkan parti bukan semakin mengukuhkan parti. Tapi rakyat yang ditengah-tengah semakin terhimpit dengan sandiwara 2 golongan ini. Iaitu golongan 'BODOH DALAM CERDIK' DAN GOLONGAN 'CERDIK DALAM BODOH' yang bertebaran dalam UMNO dan diluar podium UMNO tapi berselindung di balik ketiak UMNO seperti badan-badan NGO (PERKOSA, PATRIOT DAN SEBAGAINYA YANG TAK TERSEBUT SEBAB TAK INGAT KERANA TERLALU BANYAK GOLONGAN PARIA INI MENCEMARI KOLONI UMNO SEJAGAT).
Hingga akhirnya UMNO wajib ditumbangkan demi meneruskan legasi kejujuran dan telus antara pemimpin dan rakyat. Bukan rakyat didahulukan bodoh sementara pencapaian dibelasah pemimpin yang berkurap. Sekian.
Sabtu, 28 Julai 2012
JIKA YAKIN MENANG MENGAPA NAK GUNA MANDAT 5 TAHUN...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
apa jadah nak suruh buat PRU cepat2 pulok ni? itukan hak mutlak PM...ko tanya dialah sendiri!
SEBAB AKU BACA MAKIN LAMBAT DI BUAT PRU13 MAKIN PARAH PAKATAN SYAITAN SEBAB ISU2 RASUAH DAH MULA DI BONGKAR.
MAKIN LAMBAT DI BUAT PRU13 MAKIN RAMAI PENYOKONG2 PAS YANG AKAN MENGIKUT DATO DR HASAN ALI, USTAZ NASHA MD AISA DALAM MENYATU PADUKAN UMAT ISLAM!
KORANG NAK CERITA BN SABAH JE SBB ITU JE MODAL YG KORANG ADA HEHE
TAPI HAKIKATNYA PAS DAH GOYANG LUTUT SEBAB TU MERAPU!
PERCAYALAH UNDI2 PAS AKAN HANYA DATANG DARI PENIKUT TEGAR DAN TAKSUB JE. SELEBIHNYA DARI ORANG CINA!
ALAMAT NAK LINGKUP? TEPAT SEKALI!
HIDUP BEKAS2 ULAMAK PAS YG DAH SEDAR!
PAShit
Catat Ulasan