PENYAMUN Semutar yang menyamun kediaman Penyamun Tarbus akhirnya diberkas, tapi ini baru suspek saja.
KELANA JAYA - Polis menahan enam suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian rompakan di rumah milik Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob di sini pada 18 Julai lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata , tangkapan pertama melibatkan seorang wanita berusia 28 tahun di Kampung Baru Air Panas, Setapak pada pukul 1.30 pagi kelmarin.
Menurut beliau, susulan tangkapan pertama, polis pada pukul 3.20 pagi hari yang sama menahan tiga lelaki berusia 26 hingga 52 tahun di sebuah rumah di Flat Seri Sabah, Cheras.
Polis pada pukul 5 pagi kemudian menahan dua lagi suspek warga Indonesia berusia 21 dan 28 tahun di Batu 10, Cheras.
"Keenam-enam suspek terbabit merupakan rakan manakala dua lelaki Indonesia terbabit bekerja sebagai buruh," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Mohd. Adnan memberitahu, polis masih menyoal siasat kesemua suspek bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
"Polis belum menemui apa-apa barang bukti daripada keenam-enam suspek yang dipercayai terbabit merompak rumah bekas menteri tersebut," kata beliau dengan memberitahu kesemua suspek direman sehingga 29 Julai ini.
P/S: Peliknya polis hanya siasat Penyamun Semutar, tapi keturunan Penyamun Tarbus hingga hari ini tidak disiasat, hingga menjadi tanda tanya kepada gua, bagaimana keluarga ini dapat menjadi jutawan dengan cepat sedangkan semasa mudanya, hidup dalam kedaifan seperti rakyat biasa....cikgu biasalah beb...tup tup tup jadi kaya....makan suap, kerja haram kot....siasatlah...baru tahu...tuduh, fitnah nanti berrdosa plak di bulan mulia ini...
Sabtu, 28 Julai 2012
PENYAMUN SEMUTAR DIBERKAS...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan