Sabtu, 23 Jun 2012

RM 3 BILLION: DAH LAMA MAHATHIR BELASAH ANWAR JIKA PERKARA INI BENAR-BENAR WUJUD!!!

SETAKAT nak tuduh dan bongkar semula segala yang berlaku itu semata-mata berniat jahat dan politik murahan agar sikap benci dan marah pada Anwar semakin menebal dalam kalangan penyokong tegar UMNO. Inilah taktik yang digunakan UMNO untuk menjaga kroninya dari berpaling tadah...mereka tanam sikap dan kepercayaan yang menebal dengan mengecop Anwar ini adalah pengkhianat sebab apa. Tak lain tak bukan adalah untuk menepis calon lawan biar Najib lebih selesa bertanding tanpa pesaing.

Inilah yang di'gala' dan dicangkul oleh puak UMNO sejak lama dulu. Mana-mana watak yang nampaknya hebat, maka mereka akan cuba menyebarkan dakyah dan merekayasa pelbagai bentuk moral defection dan sebarkan ke dalam masyarakat agar dengan demikian, semakin banyak berita buruk dan semakin kerap perlakuan buruk ini dipaparkan maka semakin jelas dan tebal para masyarakat yang menontonnya membuat persepsi terhadap Anwar. Musuh yang harus digulingkan ini sangat berkaliber, oleh itu untuk menjatuhkannya dengan berkesan mestilah dengan menggunakan psikologi dan sosiologi yang sering kali terpampang dalam berbagai teori pendidikan. Proses pengulangan adalah satu proses menanam kepercayaan dan berjaya mempengaruhi bermacam jenis rupa manusia.

Cerita buruk dan fitnah yang tiada tapi jika diada-adakan dengan pengulangan yang berbagai maka sudah tentu akan membentuk satu nilai yang diset ke dalam masyarakat yang tahap pemikiran mereka agak lemah dan dangkal. Sebab itu kebanyakan penganut agama UMNO ini dilabel oleh Mahathir sebagai kurang cerdik. Sebab banyak yang cerdik sudah sedar teori pengulangan ini. Sebab itu banyak yang masuk PAS dan PKR.

KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.

“Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.

Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti.

Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu.

Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.

“Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa.

“Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan dengan menjerit ’3 bilion’ lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk bertanyakan soal itu.

“Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua ‘kelu lidah’ tidak berkata,” katanya.

Anwar juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib mahupun Rosmah.

“Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.

P/S: Dakyah dan keburukan yang disebarkan dalam media prokerajaan adalah semata-mata untuk mencari sebab dan menanam sekelumit kebencian terhadap seorang yang bernama Anwar Ibrahim...bagi saya andai Anwar berkelakuan sebagaimana yang didakwapun adalah jauh lebih baik dari seorang pembunuh yang sembunyikan diri dari disiasat....tapi dapat pula jadi PM. 

Namun dakwaan ini sekeras-kerasnya dinafikan oleh berbagai spesis akhbar di muka bumi Malaysia ini konon tiada bukti...tapi sebaliknya Anwar yang dibebaskan mahkamah pun masih lagi dicop sebagai petualang kerana isu moralnya dikatakan dasyat...tapi pernahkah dia dibuktikan????

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code