MENTERI wanita ini sering mengelak bila diajukan persoalan bila mahu berdebat dengan Anwar Ibrahim? Walhal sebagai seorang Perdana Menteri, sepatutnya Najib mempunyai berbagai kebolehan dan keberanian untuk berdepan di khalayak terutamanya musuh politiknya dari parti pembangkang seperti Anwar Ibrahim. Cabaran ini sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia tak kira dariparti mana sekalipun. Baik pembangkang mahupun pro-kerajaan, walau pada luarannya mereka bantah tapi hakikatnya mereka juga mahu lihat kematangan dan hujah pemimpin tersayang mereka berdebat.
Tapi malangnya, jawapan yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak memuaskan hati, Najib berdolak-dalik. Apatah lagi bila Najib telah bersedia dengan skrip untuk soalan itu sejak lama dulu, dan memberi jawapan "Debat bukan budaya kita". Ironinya jawapan Najib ini tetap disokong oleh angkatannya malah akan turut menggali satu set jawapan dan alasan yang boleh melembutkan hati rakyat yang berkobar-kobar ingin melihat hujah yang bakal diberikan Najib.
Tiada dalam dunia ini seorang Perdana Menteri yang takut untuk ke depan dan mempertahankan regimnya bagi menempis segala serangan pihak lawan. Nampaknya Perdana Menteri 'PENAKUT' ini hanya ada di Malaysia saja. Jika demikian nampak sudahlah kepada kita bahawa Pemimpin Orang Melayu sebenarnya seorang yang 'bacul'. Menurutnya tiada guna berdebat sekiranya rakyat sudah ada cukup maklumat dan tahu siapa yang akan dipilihnya. Inilah jawapan seorang yang 'kecundang'. Jawapan seorang yang 'dayus' lagi tidak bermaruah. Tapi sungguhpun demikian Najib masih menjadi orang 'pujaan' yang dipercayai untuk memimpin satu kumpulan Melayu yang tidak cerdik dengan menjadi Menteri Wanita dan presiden parti UMNO. Orang UMNO rasa bangga dengan si penakut ini untuk jadi ketua mereka. Selagi mereka dapat jilat dan hidu kelibat keuntungan maka selagi itulah si penakut ini akan bertakhta. Pelik kan?
Bagaimana Melayu hendak maju sekiranya para pemimpin seperti ini masih berada di atas, nampaknya orang Cina Soi Lek dan Guan Eng lebih berani menongkah arus dengan sannggup berdebat dan menunjukkan sifat seorang pemimpin sejati. Tapi pemimpin Melayu seperti Najib, langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin. Apa tidaknya bila dicabar, bila diasak, bila disua...Najib diam sembunyi di dalam 'perkuk' laksana ayam yang kalah sabung. Macam Megat Padang Jarak Padang Terkukur, belum pergi perang dan jatuh TERSUNGKUR.
Sistem demokrasi kini bukan sama macam zaman perang dulu, siapa yang gagah dan berani maka dialah jagoan. Tapi dunia demokrasi kini memerlukan seorang yang berani juga, tapi berani menegakkan saf melalui debat dan lidah yang fasih. Barulah rakyat sedar siapa yang layak sebagai pemimpin atau bukan?
Najib: Debat bukan budaya kita
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.
Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.
"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.
"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.
"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya.
Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.
"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.
PKR S'gor makin serius
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor, Najib berkata kemelut dalaman yang melanda parti pembangkang itu menunjukkan perbalahan di antara pemimpin parti itu semakin serius.
Bernama melaporkan Najib sebagai berkata rakyat sudah bijak membuat penilaian mengenai perpecahan serius yang melanda kepimpinan PKR Selangor sehingga ada pemimpinnya meletak jawatan secara tiba-tiba.
Menjawab satu soalan, Najib berkata andaian bahawa kemelut PKR itu berpunca daripada masalah individu tertentu dalam parti tersebut kini terzahir secara terbuka.
"Punca itu masing-masing kena buat kesimpulan apa punca perbalahan itu, tetapi nampaknya perbalahan semakin serius," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Sabtu, 23 Jun 2012
NAJIB BAWA TELOQ LARI LINTANG-PUKANG BILA ANWAR AJAK DEBAT!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan