Sabtu, 23 Jun 2012

KHALID IBRAHIM DIDESAK 'PECAT' FAEKAH!!! BLOGGER UMNO PENIPU BODOH!!!

BIASALAH tu...bila ada sedikit bukti saja (itupun yang direka-reka) maka canang dan siren perang blogger UMNO dipalu dan dihebohkan melalui berbagai media arus perdana. Sehari dua ini sibuklah para wartawan UMNO yang tidak bertauliah ini membuat siasatan dan mengorek mana-mana pungkok yang ternganga demi mendapat simpati rakyat marhaen sekali gus menggugat undi PAKATAN, konon inilah peluangnya.

Tanpa usul periksa dengan mendalam para pemimpin UMNO pula sibuk mendesak agar dipecat dan ditelanjangkan Faekah. Kalau boleh agaknya nak disula sekali. Inilah fenomena perang siber oleh UMNO.

Desakan yang dibuat itu tak lain tak bukan atas dasar 'membalas dendam' perbuatan yang dilakukan pembangkang tempoh hari, agar mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat iaitu Shahrizat Jalil. Malah pada ketika itu meskipun didesak Shahrizat tetap mempertahankan jawatannya, tak mahu dia. Lantaran itulah maka Najib mengarahkan agar tempoh penamatan Shahrizat adalah berdasarkan kepada edah perkhidmatannya iaitu selama 3 tahun. Inilah kerja blog UMNO sengaja cari peluang nak balas balik. Akhirnya Najib yang menjadi menteri wanita pertama di dunia....


Menteri Wanita, Keluarga dan Hal-Ehwal Masyarakat Malaysia 

Faekah dalam Sinar Harian hari ini menafikan berlaku salah laku dan pemberian projek kepada kroni sebagaimana didakwa UMNO itu.

Blogger UMNO ingin memancing Faekah sebenarnya, bila dipecat mungkin banyak lagi rasa ketidakpuasan hati di pihak Faekah dan sudah tentu maklumat-maklumat sulit parti akan didedahkan si Faekah ini, inilah matlamat mengapa geng UMNO serang Faekah kerana hanya menggunakan kepala surat pejabat menteri saja, apa yang lucu surat itu tidak pula bertujuan untuk mengkhususkan pemberian projek itu kepada saudaranya saja, malah surat sama juga dikeluarkan kepada mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan projek tersebut.



Apa yang menarik jika diteliti surat di atas ada perbezaan antara warna kepala surat dengan badan surat, kepala surat nampaknya lebih putih berbanding badan surat. Kalau nak menipu pun janganlah sampai orang lain tahu. Bodoh punya admin!!!

Tuduhan ini adalah sekadar untuk menaikkan nama si blogger ini saja padahal semuanya adalah satu penipuan saja. Konon nak membuktikan bahawa dialah yang berjasa kepada UMNO untuk memecah-belahkan PKR. Konon dialah yang membela nasib UMNO di Selangor dan akhirnya, dia akan mendapat bayaran kerana kerja tekunnya itu. Inilah saja kerja blogger UMNO...mereka tak ada isu. Sengaja cipta isu, lepas tu sebarkan pada rakyat melalui media arus perdana. Peluang untuk Faekah bela diri melalui media ini tidak diberikan. Hanya sebaran fitnah terhadapnya saja dibenarkan....Bangang!!!


PAKDOE ALLAN



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code