Sabtu, 11 Februari 2012

SHAHRIZAT BERAK KAPUR....MENIPU!!!


DESAKAN agar menteri ini mengisytiharkan hartanya amat wajar. Kemewahan hidup sejak menjadi menteri adalah hasil dari wang rakyat. Pemimpin seperti ini telah mencemarkan imej negara. Tapi yang peliknya jika orang awam telah lama didakwa, tapi tidak bila orang UMNO.

Logikkah Shahrizat kata tidak tahu menahu tentang pembelian kondominium puluhan juta ringgit oleh suami dan anaknya. Tak pernah pergikah Shahrizat ke kediaman mewah tersebut? Moleklah jika desakan untuk Shahrizat mengisytiharkan harta dibuat. Memang sering kita dengar orang yang berkhidmat untuk BN akan dapat buat banyak duit. Benarkah dakwaan ini

Cabar Shahrizat isytihar harta

SHAH ALAM - Jingga 13 mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta keluarganya mengisytiharkan harta bagi tempoh 2008 hingga tahun lalu, sekiranya beliau tidak mengetahui dakwaan pembelian dua unit kondominium di Marina Bay Suites, Singapura bernilai RM34.56 juta oleh suami serta anak lelakinya.

Sebelum itu, sembilan ahli Jingga 13 termasuk Ketua Koordinatornya, Mohd Fariz Abd Talib hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat laporan berhubung isu terbabit.

Mohd Fariz berkata, pihaknya mendesak SPRM menyiasat isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) secara terperinci.

“Pembelian dua unit kondominium mewah di Singapura itu adalah bukti bagaimana dana RM250 juta digunakan untuk tujuan peribadi, sedangkan tujuan asal dana diberikan, tidak dipenuhi.

“Kita cabar Shahrizat untuk menafikan pembelian kondominium mewah itu dan isytihar harta mereka sekeluarga sebagai bukti,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Menurutnya, bukti dokumen pembelian berkaitan dua unit kondominium mewah itu diserahkan kepada SPRM bagi membantu siasatan.

“Kita harap SPRM menyiasat secara profesional kerana kredibiliti dan integriti suruhanjaya itu sedang diperhati oleh se­luruh rakyat Malaysia,” katanya.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code