ISU Israel yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya bercakap 13 patah perkataan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" saja seolah menjadi satu tsunami yang besar pada skala ritcher 11.0 yang dimainkan oleh media UMNO.
Jika direnung dan ditilik secara mendalam isu Israel dan kenyataan Anwar Ibrahim yang dikatakan secara spontan menyokong Israel, tapi sebaliknya tanpa disedari Najib juga adalah seorang penyokong tegar kepada Israel dengan membuat hubungan perniagaan melalui APCO WORLDWIDE
Mengapa isu Israel ini sangat besar kepada UMNO?
Antaranya untuk menarik perhatian umat Islam Malaysia supaya membenci Anwar Ibrahim. Apatah lagi ramai para ilmuan agama berada dalam parti pembangkang.
Dengan menarik perhatian sehingga ke Palestin supaya Anwar dibenci dapatlah sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah pengundi yang kian condong ke arah pembangkang. Sudah berminggu isu ini ditayangkan di saluran media utama dan akhbar tempatan. Tapi selama itulah batang tubuh Anwar Ibrahim yang ingin mengulas berkaitan dengan isu yang diperkatakan tidak pernah muncul di kaca tv. Apa yang ada hanyalah sekutu Anwar Ibrahim dan para musuh tegarnya saja yang cuba mengulas perkara tersebut. Pelik bukan...!!!
Membesarkan isu Israel mengikut kaca mata UMNO dapat memberi impak yang besar kepada pengaruh Anwar. Namun bagi rakyat yang celik mereka juga tahu bahawa isu ini hanyalah sekadar ingin menutup kelemahan dalam tadbir urus UMNO berkaitan isu lembu oleh Shahrizat Jalil. Semalam Najib berkata bahawa jawatan Shahrizat adalah hak mutlak Perdana Menteri. Jadi segala masalah ini hanyalah satu permainan politik UMNO saja demi menjaga kroni. Mengapa Najib takut berdepan Shahrizat?
Soal ini amat jelas kerana bini Najib terlalu akrab dengan Shahrizat. Segala rahsia Rosmah ada dalam kandang Shahrizat. Justru bagi menutup segala rahsia maka dengan sipu-sipu Najib terpaksa mempertahankan Shahrizat demi bimbang terheret ke lembah yang hina bila Shahrizat mendedahkan kepada umum rahsia-rahsia Rosmah dan penyelewengannya kepada umum.
Mengapa Shahrizat begitu takut untuk mengisytiharkan harta selaku demi membersihkan namanya? Mesti ada sebabnya.
Berbalik kepada kerjasama dengan Israel, kerajaan zaman Mahathir dulu lagi telah menyayangi Israel, buktinya dengan menjemput pasukan kebangsaan kriket Israel ke Malaysia. Inilah peristiwa yang amat terang dan jelas tapi tidak pula disiarka dalam akhbar dan saluran tv.
Malaysia juga menduduki tangga ke 15 rakan dagang utama dengan Israel pada tahun 2010,melalui dokumen rasmi yang didedahkan oleh Kesatuan Eropah (EU), selain kapal Israel dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia. Tapi tak pula mengatakan bahawa Najib sokong Israel...
Manakala Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.
Isu yang digembar-gemburkan oleh UMNO hanyalah satu strategi untuk mengelak dari disoal dan membincangkan isu lembu Shahrizat Jalil yang menelan begitu banyak belanja dan hasil wang rakyat.
Peluang mengulum isu ini tidak dibiarkan terlepas dengan mudah, malah ianya akan digunakan dengan sehebatnya sehingga PRU 13 nanti. Tapi isu lembu Shahrizat pula akan dibiarkan tertutup sehingga lepas pilihan raya.
Taktik kotor UMNO ini sudah jelas dan terang sekali.
Khamis, 16 Februari 2012
ISU LEMBU DAN ISRAEL....OLEH UMNO!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan