SUDAHLAH jadi Perdana Menteri dengan senang bertopengkan wajah ayu bapa, tidak bersusah payah seperti orang lain. Kemudian terasa sangat hebat dan tidak mahu melepaskan jawatan dengan alasan negara mengamalkan demokrasi.
Peluang untuk pembangkang tampil dikhalayak amat sempit malah dalam ruangan arus media semasa langsung tidak berpeluang. Jika diamati, manakah ruang demkrasi itu? Yang selama ini dilaungkan BN?
Bila berceramah dan bersyarah kepada rakyat berbagai idea dikemukakan untuk mematahkan setiap hujah pembangkang yang diutarakan melalui lidah-lidah rasmi mereka seperti Harakah dan Keadilan. Pandainya menjawab sebab tidak berdepan. Bukan untuk apa tapi sekadar meraih simpati undi dari rakyat. Tapi bila berdepan lidahnya amat kelu dan tidak berani.
Jika dalam negara yang bebenar demokrasi berdebat di khalayak adalah satu trend yang sangat biasa. Debat dapat memberi satu impak dan penilaian yang sangat positif kepada rakyat. Berbagai informasi bernilai buat rakyat secara telus memilih pemimpin mereka yang benarf-benar jujur dan ikhlas. Selama ini BN tuduh pembangkang untuk menghancurkan negara jika mentadbir. Begitu jugalah sebaliknya. Tapi kenyataan sedemikian hanyalah jauh-jauh melalui podium dan lidah-lidah media masing-masing.
Ini tidak jelas dan berat sebelah. Tapi andainya Najib berani bersemuka dengan Anwar Ibrahim maka dengan cepat pula rakyat dapat menilai kedua pemimpin ini yang mana lebih berkarisma dan jujur terhadap rakyatnya. Najib tidak harus berdolak-dalik lagi.
Zaman sekarang bukan macam zaman bapa dia dulu yang rakyat hanya kenal orang yang kerap keluar tv, tapi kini zaman moden, zaman manusia harus berani dalam membuktikan kebenaran.
Najib, Anwar perlu debat
SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak perlu sedia bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdebat mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.
“Debat dua pemimpin tertinggi itu perlu, terutama untuk Perdana Menteri menjelaskan pendirian mengenai isu ketirisan ekonomi yang berlaku. Seeloknya sebelum pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh menilai kewibawaan mereka.
“Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mahfuz berkata, debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kelmarin adalah di peringkat lain yang mewakili dua parti bermajoriti Cina.
“Jangan hantar wakil. Rakyat mahukan debat antara Najib dan Anwar, bukannya wakil mereka seperti sebelum ini apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihantar untuk berdebat dengan Anwar.
“Melalui debatlah, Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya.
Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar juga bersetuju supaya perdebatan itu antara Najib dengan Anwar.
“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ katanya.
Isnin, 20 Februari 2012
NAJIB TAKUT BERDEBAT DENGAN ANWAR?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan