Sabtu, 11 Februari 2012
JANDA COMEL KE TALI GANTUNG....
SHAH ALAM - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain seberat 765.9 gram dengan cara menelannya dua tahun lepas.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Raveeploy Sangkam, (gambar) 28, dari Bangkok gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas bilik Wad 6B, Hospital Serdang, di antara pukul 6.35 petang 5 November dan pukul 11.05 malam pada 8 November 2010.
LAPORAN LAIN
SHAH ALAM – Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar kokain dengan cara menelannya dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Raveeploy Sangkam, 28, selepas berpuas hati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Noor Azian dalam penghakimannya berkata, mahkamah menerima pakai keterangan pembelaan Miss Raveeploy yang mengaku menelan dadah itu.
“Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia mahu mengedar bahan itu di Malaysia, sebaliknya negara ini hanya sebagai transit untuk dia membawa dadah tersebut ke tempat lain.
“Tertuduh juga menyatakan dia berkenalan dengan seseorang bernama Rado, warga Argentina dan dibawa lelaki itu ke sana untuk bercuti. Malah Rado menjanjikan AS$5,000 (RM15,150) sebaik pulang ke Bangkok.
“Justeru, mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.
Miss Raveeploy didapati bersalah mengedar 765.9 gram kokain dengan cara menelan 83 palet bahan itu di tandas bilik Wad 6B Hospital Serdang, Sepang, antara 5 November 2010 dan 8 November 2010.
Pendakwaan terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Seramai 16 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Miss Raveeploy diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan