Selasa, 4 Oktober 2011

STADIUM TRENGGANU: NAMA TIDAK SEGAH BANGUNAN-MAINAN UMNO!!!


GARA-gara berebut kontrak dan mencari keuntungan yang berlebihan, akibat pilih kontraktor di bawah telunjuk kroni, maka nama yang begitu GAH telah diberikan kepada stadium runtuh ini yang cuma berusia tidak lebih dari 2 tahun hanya tinggal dalam lipatan sejarah rakyat Trengganu. Nama yang sangat besar diberikan kepada bangunan robek ini bagai tidak padan dan hanya memalukan istana Trengganu saja di khalayak umum malah seluruh dunia menyaksikan kejadian ini.[klik sini]

Tapi siapakah yang datang menghadap sembah memohon kemaafan secara terbuka sebagaimana yang dibuat oleh Lim Guan Eng gara-gara dituduh memalukan Johor dengan kes penculikan?

Malah rakyat Trengganu tidak sedikitpun perasan keadaan yang memalukan ini. Nama besar dipermainkan oleh UMNO dengan begitu rupa. Sepatutnya kejadian ini juga harus menjadi tanggungjawab UMNO bagi menyelesaikannya, jangan hanya bila disebut nama stadium pun rakyat dan pelancong tahu ...oh...Stadium Sultan Mizan yang runtuh tu...

Jika ada pelancong yang ingin melawat ke sana maka ditanyanya, apakah nama stadium yang runtuh itu dan di mana letaknya? Maka rakyat dengan segera dapat menjawab ....ohhh   stadium Sultan Mizan Zainal Abidin namanya. Ya, saya tahu nun di sana.....!

Walaupun UMNO telah memperolokkan sedemikian rupa kejadian sebeginipun rakyat Trengganu masih berbangga dengan UMNO. Namun yang peliknya, para pemimpin UMNO tidak sedikitpun merasa terharu dengan kejadian yang menimpa stadium runtuh ini yang langsung tidak segah namanya ini.

collapsed half of roof of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium in Kuala Terengganu
Akibat muka yang jenis tebal laksana belulang kerbau dipanah petir, maka tiada sedikitpun rasa malu dan dukacita, malah rakyat Trengganu seakan semakin berbangga dengan keruntuhan stadium mereka bukan kerana sukan yang ada di sana selayu stadiumnya, tapi akibat salah tadbir dan urus oleh kerajaan UMNO yang boros dan lebih mementingkan kroni serta kerabat sahaja.


Akhirnya, tiada siapa yang berani bertanggungjawab, seolah tindakan terhadap orang yang merugikan wang rakyat Trengganu berjumlah hampir RM300 juta ini sepi tanpa berita, malah besar kemungkinan mereka hidup dalam kemewahan kerana persen lumayan yang diterima hasil kerja buat yang sebenarnya tidak sampai mencecah RM100juta pun tapi kini telah didakwa hampir RM300 juta.

Andai kata projek ini di bawah tanggungjawab PAS, rasanya tidak habis-habis pusingan permohonan maaf secara terbuka dan berbagai desakan supaya menghadap sembah kerana telah memalukan negeri Trengganu dengan begjtu teruk sekali. Malah waran tangkap akibat penyelewengan dan rasuah telah lama dilakukan oleh SPRM, jika hudud dibenarkan maka ramailah kalangan PAS akan dipotong tangannya kerana meranggos wang rakyat. Tidak cukup dengan itu seluruh harta milik individu yang terlibat dalam projek ini dibekukan dan disita.

Jika masa keruntuhan ini di bawah Hj Hadi misalnya, sudah tentu UMNO akan mengarahkan Hj Hadi dikurung dalam sangkar dibawa naik lori dan diarak keliling kampung (hukuman ala hudud), bagi menunjukkan betapa besarnya kemaluan yang diperoleh rakyat Trengganu apatah lagi mempermainkan nama yang besar itu. Tidak cukup dengan itu maka Tuan Hj Hadi mungkin tidak dibenarkan atau diharam sama sekali untuk berpijak kembali ke tanah asal kampung halaman kerana telah melakukan sesuatu yang amat memalukan terhadap negeri Trengganu.

Inilah fenomena sandiwara UMNO dalam menghadapi liku-liku era kejatuhan empayarnya. Jika pembangkang berbuat salah walau barang yang sedikitpun tanpa segan silu akan diajaknya pelbagai pihak termasuk istana untuk menghentam dan menghukum si pembuat salah walau itu sebenarnya hanyalah perkara kecil sahaja. Tapi sebaliknya jika sendiri berbuat salah meskipun amat besar maka sedaya upaya cuba untuk melindungi diri dengan duri bak 'landak'. UMNO akan menyembunyikan perkara sebenarnya dan mengelak dari dipertuturkan semoga dengan demikian rakyat yang buta seperti penyokong tegarnya akan melupakan begitu sahaja kejadian ini, malah sebaliknya kesalahan itu akan diputar dan diterbalikkan seolah orang lain pula yang bersalah.

Akhir kata, penulisan ini tidak sedikitpun untuk mengaitkan sesiapa dalam apa jua keadaan terutama pihak istana, tetapi penulisan ini hanya ingin menyampaikan betapa kerakusan barisan pimpinan UMNO telah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, sewajarnya nama itu harus ditukar secepatnya bagi menghindari salah tanggapan ramai orang. Wang yang banyak dihabiskan hanya mengenyangkan satu pihak tapi merugikan banyak pihak yang lain termasuk negeri Trengganu sendiri yang semakin tercalar di mata dunia. Akibat UMNO segalanya rosak binasa. Sekian diperwartakan.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code