Selasa, 4 Oktober 2011

KELANTAN: APA AKAN JADI JIKA PAS LAKSANAKAN HUDUD TANPA MENGIRA KELULUSAN NAJIB ATAU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?

PERSOALAN ini harus dijawab dengan telus dan benar. Apa akan jadi kiranya PAS meneruskan juga hasrat mengadakan hudud tanpa mengambil kira persetujuan dari sesiapa dan dari apa-apa perundangan yang ada sebelum ini. Apa akan berlaku sekiranya PAS buat kaedah ini, iaitu hanya kelulusan dari Allah saja untuk melaksanakannya. PAS lakukan saja, sebab Allah dah luluskan!

PAS tidak perlu menunggu dari sesiapa pun kerana itu hukum Tuhan, sepatutnya PAS laksanakan dulu cita-cita ke arah itu. PAS tidak cukup dengan enakmen Jenayah Syariah yang dikeluarkan pada 1993 itu sebagai satu usaha ke arah mencapai matlamat itu. Kemudian PAS diam.

Mengapa PAS perlu menunggu Mahathir atau Najib dalam perlaksanaan ini. Apakah hukuman yang bakal PAS terima sekiranya PAS berdegil melaksanakan hudud di negeri Kelantan. Buat dulu baru tahu tindakannya. Sekurang-kurangnya UMNO akan menunjukkan kekuasaannya.

Mengapa PAS harus akur kepada pusat? Apakah perjanjian yang termaktub sehingga PAS harus bergantung kepada Pusat dalam soal ini? Apa sebenarnya yang menjadi penghalang utama? Jangan berfikir demikian, buat dulu, laksanakan dulu hudud di Kelantan, biar semua orang tahu. Bukankah PAS berkuasa di Kelantan?

Sekiranya ada yang menentang,(penyokong UMNO misalnya) PAS boleh beri kata dua kepada mereka, jika mereka tidak suka, suruh saja mereka pindah duduk di negeri yang UMNO perintah habis cerita.

Jika tidak, UMNO selalu mengungkit sebab PAS sudah 20 tahun, kalau manusia sudah tua - dah beranak malah mungkin dah bercucu pun. Tapi PAS masih tak buat hudud. PAS pula kata nak buat hudud macam mana sebab pusat tak beri kelulusan, kini DAP dan PKR pula tak mahu hudud. Akhirnya PAS tak buat juga hudud. UMNO kutuk lagi. UMNO sepak lagi. PAS elak lagi dan elak lagi.

Asal saja timbul pilihan raya....sekonyong-konyong muncul hudud...

Tak kira siapa yang mulakan dulu. Mahathir atau Nik Aziz tak kira. Apa yang penting UMNO cabar PAS, tapi PAS banyak masalah. Masalah Najib, masalah perlembagaan, kini masalah DAP pula. Akhirnya hudud hanya satu usaha yang sia-sia.

Hudud tinggal hudud....lama-lama PAS tinggal hudud.

Sebab apa? 

Sebab masalah Kerajaan pusat (UMNO), Perlembagaan Persekutuan dan kini DAP. Tiga perkara ini menjadi benteng kuat untuk PAS beralasan dari melaksanakan hudud.

Mengapa tiga perkara ini menjadi batu hijab buat PAS? 

Apa akan jadi kepada PAS andai PAS buat hudud tanpa kerajaan Pusat?

Dulu semasa tanpa DAP alasan PAS cuma 2, perlembagaan tak lepas dan Pusat tak beri. Tapi kini menjadi 3 atau 4 ditambah dengan PKR.

Mungkinkah Kelantan akan dimerdekakan oleh Pusat kerana masalah hudud? Pusat akan jadikan Kelantan sebagai sebuah negara? Seperti Singapura kerana sudah tidak lagi sebulu dengan Pusat? Apakah PAS takut? Terjadikah perkara sedemikian rupa andai PAS meninggalkan pusat dalam soal hudud?

PAS mesti buat hudud dulu tanpa mengira kerajaan pusat. Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Buat dulu baru tahu!

Tapi PAS tak buat juga. Mengapa begitu?

Hampir saja pilihan raya maka wajah hudud mula timbul, maka PAS sibuklah mencanang untuk buat hudud, tapi masih ada 3 perkara dan kini tambah PKR jadi 4 perkara. Semakin lama menanti, semakin banyak masalah timbul.

Apa akan jadi kepada PAS andai PAS buat hudud tanpa pedulikan perlembagaan?

PAS usah peduli pasal perlembagaan, kerana perlembagaan yang Allah buat lebih dari segala-galanya. PAS kena buat dulu sebelum terlambat. Jangan jadikan isu perlembagaan sebagai pendinding. Sediakan dulu kelengkapan asas seperti ada mahkamah sendiri, ada kes sendiri dan sebagainya. Bukan bila dekat pilihan raya PAS baru sesibuk ini untuk memberi penerangan soal hudud kepada muslim dan bukan muslim. Bukan masa ini yang sangat sesuai. Sepatutnya lama dulu setua PAS mentadbir Kelantan. Ruang yang terbuka luas ini akan dijadikan tempat untuk UMNO bersarang dan menyebarkan virus jahatnya. 

Apa akan jadi kepada PAS andai PAS buat hudud tanpa persetujuan DAP?

Nik Aziz bertekad meninggalkan DAP andai DAP menolaknya, itu tidak penting yang penting hudud mesti dilaksanakan, ini soal ketuhanan. Andai PAS dibenci DAP malah PKR sekalipun ini bukan masa yang sesuai untuk PAS mengeluh. Jangan peduli pasal yang mudah ini. Jangan ingat dulu sebelum mentadbir Kelantan PAS berjanji buat hudud tapi melupakan hasrat itu setelah berjaya menawan Kelantan. Tapi soal hudud muncul semula dalam hasrat menawan Putrajaya. Apakah benar jika PAS berjaya hudud akan terlaksana?

Apakah benar sudah tiada lagi masalah setelah PAS berjaya berada dipuncak? Mungkinkah campur tangan Agung akan berlaku dalam soal ini menambahkan masalah dari 4 menjadi 5?

Setujukah baginda dalam soal ini?

Apa akan jadi sekiranya PAS laksanakan juga tanpa mengambil kira istana dalam soal menegakkan hukum Allah yang satu ini?

PAS tidak perlu menunggu sejauh mana Najib beri kelulusan kepada Kelantan [klik sini], tidak perlu akur kepada Najib, tapi PAS laksanakan dulu tengok apa yang bakal Najib buat terhadap PAS.

Apa, takkan Najib akan menghukum semua rakyat Kelantan yang menyokong hudud. Atau apakah Najib bakal menangkap dan menyumbat ke dalam penjara pejuang-pejuang hudud ini, lagipun ISA dah tak ada. Atau kata lain adakah PAS takut dalam soal menghalalkan hudud dan menentang penentangnya.

Apa akan jadi sekiranya PAS sudah berjaya memotong tangan seorang pencuri yang disabitkan dengan hudud?

Perjuangan PAS atas dasar toleransi, sekiranya PAS berkeras, semua pemimpin PAS ditangkap dan dilancap Najib, maka habislah PAS, tiada berkuburlah PAS dikerjakan Najib. Mungkin Nik Aziz akan dicampakkan ke laut umpama Osama bin Laden, Mat Sabu akan dibakar hidup-hidup sehingga jadi abu, manakala Takiyuddin dan Husam akan dihanyutkan di Sungai Nil oleh Najib.

Mungkinkah ini semua akan terjadi sekiranya PAS melaksanakan hudud?

Semuanya ini adalah persoalan yang hanya di jawab dengan soalan. Tiada kesudahan. Tiada kesudahan.

Bila soalan jawapannya soalan. Ditanya lagi, dijawab lagi, ditanya lagi, dijawab lagi. Tapi semua jawapan adalah soalan demi soalan. Soalan demi soalan.

Jawapannya: Mana Hudud?
Akhirnya dijawab dengan.....Entahhhlahhhhhh......!!!!!



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code