SEPATUTNYA perkara ini harus dilakukan oleh PAS sejak lama dulu lagi, bukan hanya sekarang baru terburu-buru menyelesaikan soal penerangan hudud ini. Mengapa PAS baru bermula? Apakah sudah terantuk baru tengadah kembali?
Apapun sekalung tahniah buat kepimpinan PAS yang mula mengorak langkah ke arah yang lebih positif. Jangan pula sampai dekat pilihan raya kelewatan ini menjadi buah mulut UMNO pula. Apakah benar setelah hampir pilihan raya isu hudud ini muncul semula? Ujar seorang penyokong PAS yang mempertikaikan kehangatan hudud seolah semakin layu dalam dakapan PAS. Bukan begitu saya mencelah....
Namun luahan hati penyokong tegar PAS itu terkadang ada juga benarnya bila dirobek kembali sejarah lampau, sejarah pembentukan PAS dan isu hudud yang seakan longlai bila PAS terjebak dengan DAP dan PKR. Benarkah pandangan penyokong PAS itu?
Hudud: PAS gerak kempen penerangan mulai esok
KOTA BARU, 3 Okt — Kerajaan PAS Kelantan akan menggerakkan program penerangan mengenai hukum Hudud di negeri itu termasuk kepada golongan bukan Islam bermula esok, kata Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya bermula malam esok, sesi ceramah akan diadakan di seluruh negeri termasuk ceramah perdana di sini Khamis ini.
“Oleh kerana hukum Hudud menjadi isu besar, jadi kerajaan PAS perlu ada program penerangan secara besar-besar untuk elak kekeliruan tentang hukum Hudud,” katanya pemberita selepas majlis pelancaran van dakwah bergerak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan di sini hari ini.
Mengulas dakwaan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kebangsaan (DHPP) yang mendakwa tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hududn, beliau berkata ia hanyalah satu salah faham.
Semalam, media melaporkan DHPP menjangkakan sokongan terhadap PAS di kalangan bukan Islam akan merosot pada pilihan raya umum ke-13, berikutan isu hukum Hudud.
Pengerusinya Hu Pang Chaw dilaporkan berkata walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.
0 comments:
Catat Ulasan