Khamis, 6 Oktober 2011

SHAHRIZAT JALIL DAN MASHITAH WOII...KELANTAN DERITA SEBAB PUTRAJAYA BONGOK!!!


SELAMA ini dua orang ini mengatakan negeri Kelantan yang sangat unik dan hebat ini mundur kerana di bawah pemerintahan PAS yang lemah dan tidak ada sebarang pembangunan. Bantuan yang diberikan pusat melalui JPP juga dilihat sebagai satu bentuk membantu perut-perut orang UMNO sahaja untuk mengadakan kempen haram dan meraih pengundi dengan bantuan pusat bukan untuk membuat pembangunan.

Semua kontrak pusat hanya diberikan kepada kontraktor yang memangkah UMNO dan setiap projek yang ditender harus mendapatkan surat sokongan sekurang-kurangnya daripada Ketua Bahagian UMNO, jika lebih 'power' surat sokongan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan. Semua kontraktor ahli PAS hanya terperap dan mengejar kelas F sahaja walaupun mempunyai lesen berbagai kelas sebelum ini seperti A, B, C, D dan E.

Segala kontrak itu pula diperolehi oleh orang yang kuat dalam parti UMNO, misalnya di Pasir Mas Abdullah Mat Yasin sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, apa lanchau kontrak sekalipun bila diburu oleh beliau pasti membuahkan hasil mahsul. Jadi? Jika dilihat dari sudut politiknya Putrajaya hanya ingin menjaga kaum kerabatnya sahaja bagi menjalankan aktiviti subversif dengan menyogokkan sumber kewangan kepada ahlinya.

Semua orang tahu siapa Abdullah Mat Yasin ini, dulu dia seorang yang tiada apa-apa, tapi kini? Siapakah dia? Berapakah jumlah harta yang telah dimilikinya setelah berhempas pulas dalam UMNO.

Banyak lagi contoh lain yang boleh dibawa dalam melayari kecurangan UMNO terhadap negeri Kelantan, selain isu hudud yang disokong oleh Mufti kesayangan UMNO seperti Harussani Zakari dan heboh diperkatakan, isu royalti minyak dan berbagai tuntutan kerajaan negeri yang langsung tidak berlaku adil kepada Kelantan, bukan sebab apa. Tapi sebab Kelantan di bawah pentadbiran Kelantan.

Jika minyak yang dulu dipohon oleh kerajaan negeri dibantah oleh pusat dengan alasan berada diluar perairan Kelantan tetapi di sempadan antarabangsa (padahal jika tanpa negeri Kelantan, masihkah perairan itu milik Malaysia?)

Tapi kini telaga minyak yang benar-benar berada di zon perairan negeri Kelantan yang sama jaraknya dengan minyak yang terdapat di perairan Trengganu. Kelantan masih tidak dapat menerima royalti malah disembunyikan hasilnya dari pengetahuan kerajaan negeri Kelantan. Sementara Trengganu mendapat royalti minyak pada kadar 5% tetapi Kelantan terus terpinggir dan tidak mendapat apa-apa hasil dari aktiviti yang begitu eksklusif dan kaya milik negeri.

Sikap pilih kasih dan pelik ini adalah antara satu faktor penting mengapa UMNO selalu tewas di Kelantan. Sikap pembohong dan tidak adil ini memberi kesan yang sangat menyakitkan hati rakyat Kelantan dan menyebabkan rasa tersinggung penduduknya. [klik sini]

Begitu juga dengan hasil mahsul bumi Kelantan lantaran kawasan tanah yang menjadi sebahagian Taman Negara dengan keluasan 1300 hektar yang berada di sempadan Pahang sejak 30 tahun lalu. Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian ekoran kawasan itu merangkumi balak, getah dan kelapa sawit. Peluang penerokaan hutan dalam sektor perladangan komuniti terlepas, peluang menghasilkan komoditi getah untuk lateks juga hilang. Akhirnya Kelantan menuntut kerugian dari kerajaan pusat berjumlah lebih RM2.4 bilion bagi nilai tanah tersebut. Tapi apa yang ada, segalanya hanyalah tinggal dalam peta minda kerajaan PAS sahaja. Tuntutan ini tidak pernah dihiraukan oleh pusat walau ia jelas milik Kelantan.

Jika dari sudut kekayaan hasil bumi sedia ada maka Kelantan tidak kurangnya mampu bersaing dengan negeri-negeri maju yang lain. Kelantan telah diperkotak-katikkan oleh UMNO sejak dulu kala lagi. Semasa pentadbiran UMNO, sesiapa yang ingin ke Kota Bharu dan melalui jambatan Sultan Yahya Putera, maka tol dikenakan. Taktik bayaran tol ini telah menyebabkan rakyat Kelantan begitu terhimpit sekali.

Namun setelah kehadiran PAS tol tersebut telah dihapuskan. UMNO membuat pembangunan di Kelantan tapi memerah wang saku rakyat Kelantan yang ingin ke Kota Bharu, tapi PAS lebih rela duduk dalam keadaan biasa dan tidak memaksa rakyat membayar untuk membangun sesuatu projek. Inilah satu kelebihan yang tidak ada pada UMNO. Jika pusat habis duit. Maka saman polis diperhebatkan, cukai langsung bakal dikenakan di setiap corok kedai. Harga barang dinaikkan dan akhirnya yang menjadi kemarahan rakyat Kelantan ialah minyak dinaikkan walhal Kelantan juga mempunyai hasil minyaknya sendiri.

Rakyat Kelantan terus ditindas oleh pusat dengan kaedah psikologi Maslow yang mencengkam membuatkan rakyat Kelantan semakin benci kepada kerajaan pusat. Tidak cukup dengan itu UMNO menaburkan kewangan dan bantuan hanya kepada penyokong tegarnya sahaja demi melancarkan gerakan untuk meraih pengundi. Orang yang tidak ahli UMNO atau PAS maka dengan secara automatiknya akan terlepas dari bantuan kewangan UMNO termasuk bantuan kewangan pelajar sekolah seperti KWAMP, E-KASIH dan bentuk bantuan yang lain, sekiranya ibu bapa mereka PAS maka bantuan juga bakal terlePAS.

UMNO jika boleh sama sekali tidak mahu anak orang-orang PAS bersekolah di sekolah kerajaan, sebaliknya jika boleh mereka mahu anak orang-orang PAS ini belajar di pondok atau di sekolah-sekolah agama sahaja, tapi sebab tersekat dan termaktub dalam perlembagaan agar memberi hak pendidikan yang sama rata kepada rakyat Malaysia maka usaha ini terpaksa UMNO lupakan.

Inilah kejadian yang menimpa Kelantan pada dasarnya. Jadi wahai Shahrizat dan Mashitah, jangan sekali-kali anda berani menyatakan Kelantan mundur sebab kerajaan negeri. Sebaliknya kerajaan pusat telah membawa lari separuh harta milik kerajaan negeri untuk dijadikan hak milik bersama. Bantuan yang kerajaan pusat beri berjumlah RM20 juta setahun kepada kerajaan negeri adalah sedikit dan tidak cukup, ibarat kata nak makan pun tak cukup inikan pula nak beli gincu dan bedak seperti anda berdua, kalau dulu anda tak cukup mekap tapi kini anda bermekap berlebih-lebihan minyak wangi sejebor satu hari, bedak satu kilo sehari, manakala lipstik 3 batang sejam. Dari mana anda dapat semua itu? Dari duit hasil minyak negeri Kelantan yang sepatutnya rakyat Kelantan lebih berhak dari anda.

Makanlah harta dunia ini. Rakyat Kelantan tidak menghalalkannya dunia dan akhirat. Dunia jah belakonyo!!!



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code