Khamis, 6 Oktober 2011

HARUSSANI TIDAK CUKUP DENGAN 'NASIHAT' SAJA!!!


HARUSSANI harus menyatakan dengan tegas pendirian berkaitan hudud di Kelantan, jangan hanya setakat sokong hudud kemudian 'nasihat' kepada Perdana Menateri Najib itu. Kenyataan Harussani ini seolah 'kanak-kanak yang bermain tanah' puas bermain akhirnya dia sanggup makan tanah. Rakyat Kelantan tidak suka dengan bermain tanah walau berasal dari tanah, rakyat Kelantan tidak mahu mendengar omel si kudung yang bermimpi hisap ibu jari di tengah hari.

Harussani usahlah berselindung di balik kopiyah putih milik sendiri atau bernusup dicelah dahi licin Najib Razak. Orang nampak jelas, orang kenal siapa Harussani, hanya orang yang 'jahil makrifat' saja  sanggup mendengar apa kata-kata yang Harussani maksudkan. Harussani hanya ingin melepaskan diri saja. Harussani mahu sembunyi di balik ketiak bini saja.

Harussani berkata sokong hudud dan nasihat Najib adalah kata-kata sang pujangga yang lari sambil bawa najis dipunggung setelah berak merata-riti. Ini saja kerja Harussani dari dulu sampai sekarang. Sokong hudud dan 'nasihat' Najib, kekononan dan mainan Harussani ini berputar ligat setelah diasak oleh wartawan akan persoalan dan pendirian beliau berkaitan hudud, maka terpacul keluarlah kata-kata sokong hudud dan menasihati Najib. Lucu sungguh percakapan orang tua ini.

Langkah 'nasihat' yang diambil Harussani seolah perbuatan yang 'berbisik dan mengulit' budak-budak tidur saja. Perbuatan berbisik dan mengulit ini hanya membuatkan Najib semakin 'lena' dibuai mimpi sebagai Perdana Menateri yang hebat bagi dirinya. Najib akan sentiasa merasa dialah yang nombor 1 dan tiada siapa dapat mengatasi kuasanya termasuk kuasa agama Islam. 1 Malaysia yang dilancarkan Najib juga merujuk kepada dirinya sendiri yang berada di tempat pertama dalam ranking pentadbiran negara. Sebab itu adanya no 1. Najib semakin angkuh dan rasa hebat. Semua ini muncul adalah disebabkan orang seperti Harussani yang hanya pandai berbisik dan mengulit Perdana Menateri Najib sehingga lena dalam dakapan kejahilan.

Harussani nasihat Najib dan sokong hudud. Tak payah cakap ungkapan ini. Tambah-tambah daripada Harussani, sedangkan semua orang yang beragama Islam selain Islam UMNO semuanya sokong hudud, semuanya menasihati Najib dalam soal ini. Tapi Najib tidak dengar. Apa Najib akan tunduk pada Harussani? Siapa Harussani di sisi Najib. Najib hebatkah atau Harussani yang hebat?

Najib tidak akan mendengar sesiapa yang berbisik kepadanya terutama Harussani, Najib hanya lebih suka mendengar bisikan syaitan dari bisikan seorang mufti tua yang banyak kali menyokong UMNO. Banyak kali menentang PAS. Harussani dulu bersikap berkecuali dan bisu pekak dalam soal hudud tapi tiba-tiba pandai bertateh dan pelat telor dalam bercakap soal hudud. Hudud tak perlu sokongan Harussani dan nasihat Harussani untuk merealisasikannya. Ini soal agama, ini soal perintah dan perundangan Islam. Semua orang tahu termasuk Najib. Harussani tidak perlu menasihati Najib kerana Najib sudah tahu. Bukan berbisik dan menasihati yang patut Harussani lakukan terhadap Najib.

Selaku seorang mufti yang lama berkhidmat sepatutnya Harussani mampu melaung, menempik atau menjerit ke telinga Najib Razak dengan pekikan yang gegak gempita laksana sangkakala sehingga pecah anak telinga Najib dan terkebek lubang najisnya. Tidur tak lena, berak tak sempat basuh pun Harussani mampu lakukan terhadap Najib tapi Harussani tak berani berbuat demikian. Apakah ini adalah selemah-lemah iman yang ada pada Harussani? Apa, kenapa dan mengapa begitu dayus Harussani menyatakan pendirian sokong hudud tapi kena nasihat Najib? Sebab apa?

Sebab takut ditangkap dan diseret ke muka pengadilan Najib maka segala periuk nasi serta tempat bergantungnya kepada rezeki melalui agama bakal semuanya dilempar Najib. Sebab itulah Harussani berkata demikian. Sokong hudud dan nasihat Najib ini adalah satu kesimpulan yang cuba melepaskan diri sebagai orang kuat dalam agama Islam saja. Harussani mesti berani bertegas dalam soal ini. Apa langkah yang harus Harussani buat?

Harussani mesti mengumpulkan semua mufti yang ada atas dasar dan semangat keislaman, mengundang mereka dan mengeluarkan satu fatwa yang jelas berkaitan hudud. Bukan menyalak secara solo saja depan wartawan pembangkang, sebaliknya jika wartawan UMNO lain pula ceritanya yang Harussani bawa. Usaha Harussani hanya di depan kamera dan mikrofon wartawan saja tidak mencukupi dalam membangunkan hudud untuk negeri Kelantan. Sewajarnya Harussani mesti sama-sama bangkit dan menyatakan pendirian secara berfatwa. Seperti sekiranya Najib dan UMNO tidak mahu menerima hudud, maka apa yang para mufti ini fatwakan ke atas mereka, barulah Najib tak senang duduk malah berbirat dan berbisullah punggung si Najib dan Mahathir itu. Jika sekiranya Najib tidak benarkan Kelantan buat hudud maka para mufti akan menjatuhkan fatwa bahawa Najib adalah seorang yang bagaimana?

Inilah yang harus Harussani lakukan, bukan sekadar menyanyi di depan Malaysian Insider saja mengatakan saya sokong hudud tapi saya akan nasihat Najib. Ini tidak cukup. Najib dah tahu itu. Tapi perkara yang harus ditegaskan oleh Harussani ialah menjemput Majlis Fatwa Kebangsaan merumuskan sikap dan penolakan UMNO terhadap hudud di Kelantan ini sebagai apa? Wajib, Sunat, Haram, Halal Islam atau yang paling nyata bagi orang yang menentang hudud ialah kafir atau apa? Ini yang harus Harussani tegaskan dalam setiap ciri pertemuan dan ulasan dengan wartawan bukan sambil duduk dan tengah makan 'laksam' Harussani berbisik saya sokong hudud di Kelantan tapi nanti saya nasihat Najib Perdana Menateri.

Jika ini yang diusahakan oleh Harussani, maka adalah lebih baik Harussani duk diam-diam kat rumah bermain tanah dengan anak cucu, jeling kanan, jeling kiri, pandang atas dan pandang bawah jika 'line clear', cuba jelirkan lidah curi-curi letakkan sedikit tanah tu kat mulut dan telan. Apa agaknya yang Harussani rasa? Sedap ke tidak, baru tahu!!!





Source: http://www.themalaysianinsider.com

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code