JIKA versi video polis sebelum ini yang memaparkan beberapa siri tindakan polis dan menafikan sebarang kekejaman yang dilakukan oleh pihaknya. Dijelaskan secara terperinci oleh IGP, disokong oleh Hishamuddin dan dinafikan oleh Tiong Lai.
Maka pada hari ini versi lain pula telah membuktikan segalanya, polis mengaku bahawa tindakan yang dilakukan dalam mengawal perarakan Bersih 2.0 tempoh hari tidak menepati SOP yang ditetapkan. Jelaslah sekali lagi kepada kita bahawa kesilapan yang dilakukan oleh polis selama ini salah dan bertentangan dengan undang-undang tapi dinafikan sekeras-kerasnya malah sesiapa yang berkata polis kejam akan didakwa. Perbuatan ini dinafikan semata-mata kerana polis mempunyai 'kuasa' berbuat demikian.
Kejadian ini menuntut supaya pihak polis membuat permohonan maaf secara terbuka sebagaimana polis mengambil tindakan serupa dalam menyebarkan video versi polis hari itu. Polis hari itu telah membuat sidang video siaran langsung berkaitan punca kematian seorang peserta Bersih 2.0 dan menafikan kekejaman yang dilakukan. Sebaliknya pada hari ini pihak polis dan Tiong Lai sudah mengaku tapi tidak mahu bertanggungjawab malah membebaskan anggotanya yang bertindak sedemikian rupa. Adilkah begitu?
Ghani Patail juga melihat isu ini sangat remeh dan seolah tidak mahu mengambil sebarang tindakan pendakwaan ke atas anggota yang bertanggungjawab melakukan jenayah kekejaman ini.[klik sini]
0 comments:
Catat Ulasan