Hidu bau busuk setiap hari, sedap sebab MPS orang UMNO
KALAU Seremban di bawah pentadbiran pembangkang, rasanya dah lama demonstrasi jalanan dilakukan oleh UMNO dan penduduk setempat. TV1,TV3 suku sibuk usung kamera ke sana ke mari, Datuk Karam Singh Walit tidak henti-henti mencipta pantun prosa, demi untuk mendapatkan pingat pembela rakyat dari Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Setelah mendapatnya dari Pahang kerana aksi ganasnya membela Lynas.
Berita seumpama ini tidak perlu dikeluarkan oleh akhbar UMNO kerana memalukan masyarakat UMNO sendiri. Tapi apa yang menariknya ialah bila kesalahan itu adalah akibat perbuatan kerajaan negeri UMNO maka tiada apa-apa yang berlaku. Malah penduduknya juga kelihatan tenang dengan bau busuk itu agaknya sebab bendera biru maka segala bau najis dan tahi pemimpin UMNO semuanya sedap bagi mereka.
SEREMBAN: Kerja mengutip sampah tidak mengikut jadual menyebabkan sebahagian penduduk Taman Bunga Raya dan Rumah Rakyat, Mantin, dekat sini terpaksa menghidu bau busuk setiap hari.
Berikutan masalah itu ada segelintir penghuni mengambil jalan mudah membuang sampah dan sisa pepejal di kawasan terbuka termasuk di bahu jalan dan di persimpangan jalan termasuk di dalam longkang.
Tinjauan Metroplus mendapati penduduk yang tinggal di taman perumahan itu melahirkan rasa kesal dengan keadaan itu dan mendakwa hanya kawasan taman perumahan di sekitar bandar berada dalam keadaan sempurna berbanding taman perumahan di kawasan luar dari sekitar bandar ini.
Penduduk Rumah Rakyat Mantin, Siti Aishah Saat, 60, berkata, longkang di kawasan perumahan didiami tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berkenaan walaupun beberapa kali aduan dibuat.
Siti Aishah yang tinggal di kawasan terbabit sejak 15 tahun lalu mendakwa keadaan itu sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa penyelenggaraan yang betul daripada pihak bertanggungjawab.
“Sebahagian besar longkang dan parit di depan rumah tersumbat menyebabkan banyak sampah tersekat kerana air bertakung dan tidak dapat mengalir.
“Saya bimbang, jika dibiarkan masalah sampah dan longkang tersumbat ini akan menjadi punca pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengancam nyawa penduduk,” katanya.
Sehubungan itu dia berharap masalah berkenaan diambil tindakan segera demi keselesaan penduduk.
“Setiap tahun kami bayar cukai pintu, namun kenapa kawasan kediaman kami tidak diselenggara dengan baik.
“Sepatutnya, pihak terbabit perlu membuat pemantauan di setiap kawasan perumahan di sekitar daerah ini dan secara tidak langsung dapat melihat sendiri keadaan dihadapi masyarakat setempat,” katanya.
Seorang lagi penduduk, M Kethieswary, 25, berkata, dia kecewa dengan sikap pihak berkenaan yang tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya sehingga menyulitkan penduduk.
“Saya tidak tahan lagi menghidu bau busuk sampah yang tidak diangkut sehingga mengeluarkan ulat yang menjijikkan serta dihurungi lalat.
“Masalah itu bukan baru, tetapi sering berlaku dan sehingga kini tiada tindakan diambil pihak terbabit. Selain mencemarkan pemandangan, longgokan sampah-sarap itu menimbulkan rasa kurang senang orang luar.
“Bukan itu saja, keadaan bau busuk itu mengganggu kehidupan penduduk di sini sehingga menyebabkan hilang selera makan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan