![]() |
| Muhyiddin Al Sembabi |
BANYAK bukti dan isu membabitkan TPM sering menimbulkan kontroversi dan bercanggah dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Isu pembuangan kerja yang gagal dilaksanakan sehingga isu yang remeh temeh membabitkan perlakuan seks remaja juga gagal ditangani dengan baik oleh Muhyiddin.
Sejarah yang tidak dijangka sebenarnya terjadi kepada Muhyiddin setelah UMNO tandus pemimpin yang berwibawa. Jika ada orang lain seperti Muhyiddin maka alamatnya akan berkuburlah UMNO tak lama lagi. UMNO dan perikatannya memilih Muhyiddin bukan kerana kebijakan dan ketrampilan pentadbirannya tapi kerana UMNO tidak lagi sebulu dengan tokoh pemimpin lain yang lebih berwibawa darinya. Misalnya Ku Li. Jika nak dibandingkan antara Ku Li dengan Muhyiddin, bahkan Najib sendiripun Ku Li masih merupakan calon terbaik kepada UMNO. Namun apakan daya, kejutan yang tidak semena-mena terjadi kepada Muhyiddin setelah tiada calon yang diadakan maka dengan itu terkejut bewaklah Muhyiddin menjadi TPM atau orang nombor 2 penting di Malaysia.
Muhyiddin sendiripun tidak pernah terfikir akan muncul sejauh ini dalam penglibatannya dengan arus politik semasa, sebab itu percakapan Muhyiddin dan idea Muhyiddin tidaklah sehebat mana, cuma ikut dan dengar cakap-cakap orang kanan dan kiri beliau sahaja. Ketokohan Muhyiddin tidaklah segah pemimpin terdahulu. Ucapan Muhyiddin tidak pernah menusuk kalbu rakyat. Tapi oleh kerana beliau sebagai seorang TPM maka rakyat yang kaki mengampu ini terlopong mendengar dengan lidah terjelir dan mulut berbuih. Macam orang kena penyakit 'gila babi' atau 'sawan khinzir' lagaknya.
Apa yang ada pada Muhyiddin tak lebih dari bersifat orang dah buat maka dia sekonyong-konyong nak buat, lepas itu nama yang besar dia pulun. jasa orang lain tapi nama dia dapat. Lembu punya susu sapi dapat nama. Inilah Muhyiddin, sebab itu isu yang dimainkan oleh blogger UMNO disokong oleh Muhyiddin kerana dia buta tuli dan pekak badak. Apa yang dia tahu ialah bila bininya nak berjalan makan angin, bila dia nak berjalan makan angin, ini saja yang dia tahu. Bila blogger UMNO buat tuduhan liar maka inilah yang dia tahu sebab dimaklumkan. Sebaliknya bila ada urusan rakyat nak berjumpa dengan Muhyiddin, nak minta tolong, nak merayu dengan Muhyiddin maka dengan cepat pula si Muhyiddin ini lari dan beri alasan.
Hari-hari inilah kerja Muhyiddin, menusup dari berjumpa dengan rakyat jelata. Tapi bila bab turun padang, sembelih lembu, sembelih kambing...kenduri kahwin bab makan minum, maka muncullah Muhyiddin membedal kari kambing orang kampung, ayam itik orang kampung semua dibalunnya. Bahkan kalau ada saja anak dara orang kampung itu yang dahi licin sikit maka mulalah Muhyiddin resah gelisah, kalam kabut. Kisin-kinyih, kisin-kinyih tak tentu pasal.
Jika ada rakyat datang nak mengadu kepadanya maka dengan cepat pula dihalang oleh body guard dan pengawal, bahkan juak-juak UMNO yang bertebaran lebih dulu mengerumuni beliau. Bagi orang biasa, haram jadah Muhyiddin tak nak berjumpa dan menusup sama sekali. Muhyiddin ego dengan orang kampung yang tak berjawatan dalam parti. lebih-lebih lagi jika bukan ahli UMNO dan orang itu mungkin dari parti lawan. Cepat pula Muhyiddin bertindak dari berjumpa dengan orang-orang seperti ini.
Jelas sikap Muhyiddin ini tak ubah dengan sikap egonya sejak dari dulu lagi, Muhyiddin hanyalah penempel dalam parti UMNO, seorang pemimpin yang ditempelkan oleh UMNO kerana UMNO tiada lagi watak yang layak menjadi pemimpin berjiwa rakyat.
Jelas sikap Muhyiddin ini tak ubah dengan sikap egonya sejak dari dulu lagi, Muhyiddin hanyalah penempel dalam parti UMNO, seorang pemimpin yang ditempelkan oleh UMNO kerana UMNO tiada lagi watak yang layak menjadi pemimpin berjiwa rakyat.
Inikah sikap seorang pemimpin yang berjiwa rakyat? klik sini

0 comments:
Catat Ulasan