Isnin, 24 Oktober 2011

LIM GUAN ENG JAUH LEBIH BERHEMAH BERBANDING KOH TSU KOON


ISU moral dan perbelanjaan kerajaan negeri dalam melibatkan wang rakyat lebih mencerminkan ketelusan PR memerintah berbanding Gerakan. Jika sebelum ini, mana ada pendedahan yang sedemikian rupa dapat dilakukan oleh BN untuk tatapan rakyat. Langsung tidak ada.

Barisan Nasional lebih teruk membelanjakan wang rakyat berbanding PAKATAN. Najib sahaja ke hulu ke hilir dengan menggunakan pesawat milik kerajaan untuk kegunaan peribadi sahaja telah melibatkan kos dari poket rakyat. Tapi ini semua tidak dikira oleh penyokong UMNO.

Pemimpin UMNO jauh lebih mewah berbanding perbelanjaan yang dilakukan kerajaan PAKATAN.

Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta untuk perjalanan luar negara sepanjang tempoh tiga setengah tahun memerintah di Pulau Pinang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata dari Mac 2008 hingga Mac 2011, kerajaan membelanjakan RM146,284 bagi 20 lawatan yang membabitkan ketua menteri dan RM1,066.697 untuk 123 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan negeri ahli-ahli majlis eksekutif (exco).

Menurut Lim, ketika Pulau Pinang di bawah pimpinan BN, kerajaan negeri berkenaan membelanjakan RM149,326 bagi sepuluh lawatan rasmi yang membabitkan ketua menteri dan RM782,988 untuk 56 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan ahli-ahli exco yang lain.

Jumlah perbelanjaan itu adalah untuk tahun-tahun dari Mac 2005 hingga Feb 2008, kata Lim.

"Sebagai perbandingan, kos purata untuk lawatan rasmi ketua menteri di bawah kerajaan BN adalah RM14,932.60 berbanding dengan RM7,314.20 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersidang hari ini dengan sesi soal soal jawab pada sebelah pagi dan akan dikuti pembentangan bajet negeri 2012 pada waktu petang.

Dewan akan akan ditangguhkan esok untuk perayaan Deepavali dan disambung semula pada 31 Okt hingga 4 Nov.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum itu menjawab soalan oleh ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee, yang meminta perbandingan perbelanjaan kerajaan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sepanjang tempoh tiga tahun pemerintahannya.

P/S: Sudah sampai masanya BN merenung kembali akan nasibnya yang bakal menimpa, semua rakyat harus sedar betapa BN telah banyak menguruskan hasil mahsul wang rakyat dengan cara yang salah dan bermewah-mewahan.

Manakah si Blogger pencacai najis UMNO itu...sila jawab isu ini...!!!


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code